Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu
3:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu Fuad hantar kami ke apartment, Fuad pesan esok pagi setelah selesai tugasnya di tapak projek Fuad akan ambil kami pukul 10 pagi. Kami pun tidak pasti boleh bersiap tepat masa atau sebaliknya. Maklumlah badan sangat letih dan rasa tidak cukup rehat.
Abang Farid pula awal pagi lagi sudah meminta kami senaraikan makanan kerana dia hendak memesan makanan dari ZUS Coffee.
Pukul 9:30 pagi sampailah makanan dan minuman yang dipesan Abang Farid.
Makanan dari ZUS Coffee:
- Mee Hoon Goreng Siam
- ZUS Signature Chicken Lasagna
- Spaghetti Carbonara
Amie : ZUS Signature Chicken Lasagna |
Chicken Lasagna |
Apabila Abang Farid suruh Firdaus pilih menu, tak mahu pula dia. Nampak Chicken Lasagna kita, 3/4 dia habiskan... ahaks!
Spaghetti Carbonara |
Encik Suami : Mee Hoon Goreng Siam |
Abang Farid beli juga:
- ZUS Signature Curry Puff
- Tom Yam Chicken Puff
- Chicken Slice & Cheese Croissant
Di LD pun ada ZUS Coffee tapi kami belum berminat untuk berkunjung ke sana.
Alhamdulillah, rezekinya di sini pula.
Alhamdulillah, rezekinya di sini pula.
Terima kasih Abang Farid belanja sarapan. |
11 comments
sedap tak aimie. blum berkesempatan makan, cuma minum je
BalasPadamChicken Lasagna tu sedap. Mee Hoon Goreng Siam tu Encik Suami kata pedas. Yang lain tu saya tak rasa.
PadamBest nyer sarapan di Zuss Coffee.. order dan sampai senang jer.. Bihun tu selalu anak makan kalau ke Zuss..
BalasPadamSenang gini kan, tak payah bersiap keluar awal semata untuk sarapan.
BalasPadamKalau sy, mihun goreng tu la yg jadi pilihan :)
BalasPadamSenang ada delivery service ni kan...
Pasta & puff dia semua sedap2.
BalasPadamZus saya sukaaaa . Tp belum coba yg menu makanan. Kemarin itu hanya beli kopinya saja yg Spanish latte
BalasPadamAdussss... dah ramai yg share Zus ni.. dok lalu lalang tapi tak singgah².
BalasPadamspaghetti carbornara tu macam sedap je
BalasPadamnanti nak try juga laa
oh ada makanan juga ya. Ingat kopi je. jenis orang tak ikut peredaran zaman. hahahahaha
BalasPadamKalau x salah ada Nasi Lemak Pak Nasser jugak di Zus..tapi selalunya SA beli kopi je kat Zus
BalasPadam