Sarapan di Sabah Tea

7:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 24 Disember 2024 bersamaan pada hari Selasa. 
Pukul 6:30 pagi kami meninggalkan Borneo Tree House.
Fuad, Fairuz dan Firdaus meneruskan tidur dan akan daftar keluar pada pukul 12 tengah hari. Fuad dan Fairuz akan bergerak pulang ke LD pada sebelah malam. Kebetulan Aman (adik Abang Aznan) datang dari LD ke Kota Kinabalu pada hari ini membawa bersama dua orang anak lelakinya. Jadi, mereka meminta supaya Firdaus tidak pulang dahulu ke LD, sebaliknya terus bersama mereka sehingga hari Jumaat.

Kenapa kami bergerak awal pagi? 
Encik Suami hendak mengelak kesesakan jalan raya terutamanya dari Kundasang hingga ke Ranau. Biasanya perjalanan dijangka selama tujuh hingga lapan jam tetapi sekiranya menghadapi kesesakan jalan dua hingga tiga jam, jadi panjanglah waktunya untuk sampai ke destinasi.Maka, mana yang boleh kita elak, baiklah kita atasi lebih awal.

Syukur Alhamdulillah. Encik Suami sempat isi minyak di stesen minyak di Ranau dan ketika itu lalu lintas masih lancar. Dapatlah terus memandu dengan tenang sehinggalah tiba di Kampung Nalapak, kereta membelok masuk ke Ladang Teh Sabah.

Kami antara pelanggan terawal yang sampai di Sabah Tea Restaurant & Tea Shop. Rasa nyaman dan tenang ketika berada di sini. Matahari pula baru memancarkan sinarnya. Dapatlah bekalan Vitamin D ketika ini! 

Mari basahkan tekak dan alas perut dengan menu sarapan yang dipesan.

Antara menu sarapan yang dipesan.

Teko Sabah Tea masih lengang.

Tok Baba bawa Hamzah menghirup udara segar dan menikmati sinaran matahari pagi.



Apa menu sarapan yang hendak dipesan?
Mata terpikat melihat Bunga Telang Pancakes dan Sabah Tea Pancakes.



Encik Suami sudah tentu memilih kopi. Kami memesan satu teko. Bolehlah tuang dalam cawan berkali-kali.


Abang Farid & Aseeyah : Teh & Halia Madu

Tambah krimer dalam kopi.

Encik Suami : Fried Mee Hoon

Amie : Fried Mee Kuning

Aseeyah : Wan Tan Ho

Abang Farid : Nasi Goreng

Omelette

Abang Farid memesan omellete. Amie tambah lempeng dan scones. Dalam hati sudah berbisik: Hendak rasa sedikit saja, selebihnya minta bungkus. Boleh makan dalam perjalanan ke LD kalau perut berasa lapar.

Sabah Tea Pancakes with Honey

Scones


Makan scone panas-panas memang sedap! 


Aloloooo.... sayang betul Tok Baba dengan Hamzah. Waktu makan pun Tok Baba riba Hamzah.

Sarapan : RM170.00


Lepas sarapan, masuk ke Sabah Tea Shop. Cari dan beli apa yang berkenan di hati. Banyak yang memikat mata seperti Kalamansi Tea, Mango Tea, Strawberry Tea dan Passion Fruit Tea.


Kalau ada Firdaus mesti dia minta Sabah Tea Ice Cream.


Rembat juga beberapa kotak coklat pelbagai rasa.


Dan tidak ketinggalan, capai botol lada putih!


Pukul 10 pagi, kami teruskan perjalanan. Baki lempeng dan scones kami bawa bersama.


Cuaca hari ini cerah. Tiada mendung dan tiada hujan mencurah ke bumi.
Kami sampai ke Lahad Datu sekitar pukul empat petang.

14 comments

  1. Tak kisah pulak Daus kena tinggal ya. Penatnya memandu 7 - 8 jam tu. Mujur ada Abg Farid, boleh gilir memandu. Sy pernah pergi Sabah Tea ni tapi tak tahu ada kafe kat situ. Ke Sabah Tea lain yg sy pergi, sbb nmpk kilang teh aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah ada kawan, pastinya Daus tidak rasa keseorangan.
      Encik Suami seorang yang memandu sampai LD. Abang Farid tidak biasa dengan jalan 'bulan' di Sabah hahahaaa.
      Sabah Teh Restaurant ini memang ada sejak dulu, sebelah kilang teh.

      Padam
  2. Menggoda betul lah scones & pancakes tu Kak Amie. Rasa nak terbang terus ke Sana, tapi apa daya sayapku tiada, ahak 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Scones tu sedap betul makan panas PH.
      Walaupun tiada sayap, PH tetap boleh terbang hahahaaa.

      Padam
  3. Seronoklah Tok Baba dapat melayan cucu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Walaupun penat, cucu juga didahulukan.
      Hamzah dah balik Malaya, termenunglah Tok Babanya.

      Padam
  4. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap2nyer

    BalasPadam
  5. saya terbayang pemandangan dari kk ke ranau yg cantik. nx visit kena ke tea sabah ni

    BalasPadam
  6. Pagi-pagi baca posting Mbak ini dan melihat foto-foto makanan yang tersaji...ah jadi membuat perut rasanya lapar kembali padahal tadi saya sudah sarapan.

    Saya pilih nasi goreng plus omelette saja Mbak.... Untuk minumnya sepertinya pas kalau pagi hari minum kopi hitam saja.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bagus minum kopi hitam.
      Setiap kali dari Kota Kinabalu singgah sarapan di sini Encik Suami wajib minum kopi hitam. Katanya supaya mata tetap segar, memandu lebih kurang lima atau enam jam untuk sampai ke Lahad Datu.

      Padam
  7. kak amie..... kenapa nampak sangat sedap menu menunye...

    BalasPadam
  8. amboiiii melekat betul ya dia dgn tok babanyaaaa

    nampak sedap pulak lempeng hijau tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe