Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 22 Disember 2024, Ahad.
Dari Tamu Gaya Street Kota Kinabalu kami singgah di gerai lokan bakar yang terletak di Jalan Sulaman, Tuaran. Abang Farid dan Aseeyah tidak ikut sama dan lebih senang santai di Borneo Tree House sahaja. Abang Farid memesan sarapan dari luar dan 'abang angkatnya' hantar ke resort. Sebelah tengah hari pula Abang Farid makan di Borneo Tree House Restaurant & Catering.
Firdaus?
Sudah tentulah Fairuz belanja makan sebab menjadi teman Fairuz hantar bekalan ikan sepanjang hari.
Ketika hujan turun mencurah-curah dari langit, kami masuk ke salah sebuah gerai lokan bakar. Nama sahaja gerai lokan bakar, tetapi banyak jenis makanan boleh dipesan termasuk goreng-gorengan, sup dan juga makanan laut.
|
Tiram Bakar & Lokan Bakar |
Gambar atas dan bawah diambil selepas makan.
Hujan sudah reda tetapi masih lagi gerimis.
|
Lokan. |
Ada tiga saiz lokan yang dijual iaitu saiz besar, sederhana dan kecil. Harganya pun berbeza. Saiz besar RM15.00. Saiz sederhana RM13.00. Biasanya saiz besar agak liat sedikit berbanding saiz sederhana. kami ambil saiz sederhana.
Kalau datang ke sini jangan lupa makan puding kelapa dalam buah. Sebiji RM6.00. Ada juga air kelapa dan juga kelapa bakar.
Setelah memesan lokan bakar dan makanan lain, teringin pula hendak mencuba tiram bakar. Ada saiz kecil dan saiz besar. Kami memilih saiz sederhana seberat satu kilogram.
|
Memilih saiz tiram saiz sederhana seberat satu kilogram. |
|
Puding kelapa dalam buah kelapa. |
Puding kelapa dalam buah kelapa sudah sampai di meja.
Walaupun hujan tapi tetap berselera untuk menjamah puding kelapa yang sejuk!
Amie memesan bihun sup tapi peniaga di situ kata soto. Soto pun sotolah, janji sup. Keluarlah bihun sup daging rasa kuah soto, ditambah dengan hirisan timun yang menimbulkan aroma segar dan harum.
Oleh kerana bihun sup soto daging sudah cukup rasa, tak perlulah tambah apa-apa perasa lain lagi. Hirup jew sampai licin.
Sewaktu hirup kuah sup memang terasa tempias air hujan ke tempat duduk kami. Pedulilah situ.... ahaks! Yang penting bihun sup soto daging terasa sangat menyelerakan.
|
Bihun Sup Soto Daging |
|
Bihun Goreng |
Encik Suami pula memesan bihun goreng. Entah apa perencahnya....hiks!
|
Kopi O |
Memang ngam betul pilihan makan Encik Suami. Bihun goreng ditambah dengan kopi O. Memang layan selera betul ketika hujan begini.
|
Tiram Bakar |
Tidak lama kemudian sampailah tiram dan lokan bakar di meja kami.
Pencecahnya sangat sedap. Pedas dan masam secukup rasa.
|
Lokan Bakar |
|
Lokan Bakar |
Jom makan.
|
Tiram Bakar |
|
Tuang sos pencecah ke atas tiram dan terus makan! Memang hendak makan yang seterusnya. |
Banyak pelanggan menikmati makanan di sini.
Sebelum meninggalkan gerai lokan bakar, ambil gambar sekitar gerai sekali lagi.
|
Tiram & Lokan. |
Agak lama juga tidak berkunjung ke sini. Sekali datang terus tak fikir panjang makan lokan dan tiram! Santai-santai jew dating berdua dengan Encik Suami di musim hujan.
Bolehlah guna tips pasal lokan tu, jangan ambil yang besar. Maklumlah gigi tak berapa mampu 😄
BalasPadamPuding kelapa dalam buah kelapa tu maksudnya ada puding dalam tu kah? Atau isi kelapa lembut disebut sebagai puding?
Lama dah Kak Amie tak makan kat sini, kan.
BalasPadamDulu kak Amie ada publish makan kat sini jugak kan...aduhai...sedapnya..terliur SA la ....
BalasPadamSedapnya Kak Amie, tiram dan lokan. Pudding dalam kelapa tu pun.
BalasPadamsedapnya tiram n lokan bakar kat sini mahal harganya
BalasPadamAduh.. Tengok makanan tetiba rasa lapar. Padahal baru je makan ni.. Hehe
BalasPadamSedap nya lokan dengan tiram bakar tu... sini mana nak dpt semua tu.. kerang bakar jer lah yg ada pun hihii..
BalasPadamLinda tengok tiram tu.. Terus teringat, yang tu ke yang keluarkan mutiara tu.. Hihihi
BalasPadamMenarik lokan dan tiram bakar.
BalasPadamMungkin kat Sabah je ada.. kat sini yang rare mentarang bakar je lah😁