Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 24 Disember 2024 bersamaan pada hari Selasa.
Pukul 6:30 pagi kami meninggalkan Borneo Tree House.
Fuad, Fairuz dan Firdaus meneruskan tidur dan akan daftar keluar pada pukul 12 tengah hari. Fuad dan Fairuz akan bergerak pulang ke LD pada sebelah malam. Kebetulan Aman (adik Abang Aznan) datang dari LD ke Kota Kinabalu pada hari ini membawa bersama dua orang anak lelakinya. Jadi, mereka meminta supaya Firdaus tidak pulang dahulu ke LD, sebaliknya terus bersama mereka sehingga hari Jumaat.
Kenapa kami bergerak awal pagi?
Encik Suami hendak mengelak kesesakan jalan raya terutamanya dari Kundasang hingga ke Ranau. Biasanya perjalanan dijangka selama tujuh hingga lapan jam tetapi sekiranya menghadapi kesesakan jalan dua hingga tiga jam, jadi panjanglah waktunya untuk sampai ke destinasi.Maka, mana yang boleh kita elak, baiklah kita atasi lebih awal.
Kenapa kami bergerak awal pagi?
Encik Suami hendak mengelak kesesakan jalan raya terutamanya dari Kundasang hingga ke Ranau. Biasanya perjalanan dijangka selama tujuh hingga lapan jam tetapi sekiranya menghadapi kesesakan jalan dua hingga tiga jam, jadi panjanglah waktunya untuk sampai ke destinasi.Maka, mana yang boleh kita elak, baiklah kita atasi lebih awal.
Syukur Alhamdulillah. Encik Suami sempat isi minyak di stesen minyak di Ranau dan ketika itu lalu lintas masih lancar. Dapatlah terus memandu dengan tenang sehinggalah tiba di Kampung Nalapak, kereta membelok masuk ke Ladang Teh Sabah.
Kami antara pelanggan terawal yang sampai di Sabah Tea Restaurant & Tea Shop. Rasa nyaman dan tenang ketika berada di sini. Matahari pula baru memancarkan sinarnya. Dapatlah bekalan Vitamin D ketika ini!
Mari basahkan tekak dan alas perut dengan menu sarapan yang dipesan.
Antara menu sarapan yang dipesan. |
Teko Sabah Tea masih lengang. |
Tok Baba bawa Hamzah menghirup udara segar dan menikmati sinaran matahari pagi. |
Apa menu sarapan yang hendak dipesan?
Mata terpikat melihat Bunga Telang Pancakes dan Sabah Tea Pancakes.
Mata terpikat melihat Bunga Telang Pancakes dan Sabah Tea Pancakes.
Encik Suami sudah tentu memilih kopi. Kami memesan satu teko. Bolehlah tuang dalam cawan berkali-kali.
Abang Farid & Aseeyah : Teh & Halia Madu |
Tambah krimer dalam kopi. |
Encik Suami : Fried Mee Hoon |
Amie : Fried Mee Kuning |
Aseeyah : Wan Tan Ho |
Abang Farid : Nasi Goreng |
Omelette |
Abang Farid memesan omellete. Amie tambah lempeng dan scones. Dalam hati sudah berbisik: Hendak rasa sedikit saja, selebihnya minta bungkus. Boleh makan dalam perjalanan ke LD kalau perut berasa lapar.
Sabah Tea Pancakes with Honey |
Makan scone panas-panas memang sedap!
Sarapan : RM170.00 |
Lepas sarapan, masuk ke Sabah Tea Shop. Cari dan beli apa yang berkenan di hati. Banyak yang memikat mata seperti Kalamansi Tea, Mango Tea, Strawberry Tea dan Passion Fruit Tea.
Kalau ada Firdaus mesti dia minta Sabah Tea Ice Cream.
Rembat juga beberapa kotak coklat pelbagai rasa.
Dan tidak ketinggalan, capai botol lada putih!
Pukul 10 pagi, kami teruskan perjalanan. Baki lempeng dan scones kami bawa bersama.
Cuaca hari ini cerah. Tiada mendung dan tiada hujan mencurah ke bumi.
Kami sampai ke Lahad Datu sekitar pukul empat petang.
Kami sampai ke Lahad Datu sekitar pukul empat petang.
Tak kisah pulak Daus kena tinggal ya. Penatnya memandu 7 - 8 jam tu. Mujur ada Abg Farid, boleh gilir memandu. Sy pernah pergi Sabah Tea ni tapi tak tahu ada kafe kat situ. Ke Sabah Tea lain yg sy pergi, sbb nmpk kilang teh aje.
BalasPadamSudah ada kawan, pastinya Daus tidak rasa keseorangan.
PadamEncik Suami seorang yang memandu sampai LD. Abang Farid tidak biasa dengan jalan 'bulan' di Sabah hahahaaa.
Sabah Teh Restaurant ini memang ada sejak dulu, sebelah kilang teh.
Menggoda betul lah scones & pancakes tu Kak Amie. Rasa nak terbang terus ke Sana, tapi apa daya sayapku tiada, ahak 😆
BalasPadamScones tu sedap betul makan panas PH.
PadamWalaupun tiada sayap, PH tetap boleh terbang hahahaaa.
Seronoklah Tok Baba dapat melayan cucu.
BalasPadamBetul Faizah. Walaupun penat, cucu juga didahulukan.
PadamHamzah dah balik Malaya, termenunglah Tok Babanya.
Selamat menjamu selera
BalasPadamNampak sedap2nyer
Terima kasih Wak.
PadamJemput sarapan.
saya terbayang pemandangan dari kk ke ranau yg cantik. nx visit kena ke tea sabah ni
BalasPadamHijau saja sepanjang jalan.
PadamPagi-pagi baca posting Mbak ini dan melihat foto-foto makanan yang tersaji...ah jadi membuat perut rasanya lapar kembali padahal tadi saya sudah sarapan.
BalasPadamSaya pilih nasi goreng plus omelette saja Mbak.... Untuk minumnya sepertinya pas kalau pagi hari minum kopi hitam saja.
Salam,
Ya, bagus minum kopi hitam.
PadamSetiap kali dari Kota Kinabalu singgah sarapan di sini Encik Suami wajib minum kopi hitam. Katanya supaya mata tetap segar, memandu lebih kurang lima atau enam jam untuk sampai ke Lahad Datu.
kak amie..... kenapa nampak sangat sedap menu menunye...
BalasPadamamboiiii melekat betul ya dia dgn tok babanyaaaa
BalasPadamnampak sedap pulak lempeng hijau tu...
Jauh juga ye kak..7-8 jam...tapi berbaloi la dapat sarapan di Sabah Tea..scones dia tu..aduhhhh...sedapnyaaa
BalasPadam