Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2023/2024
8:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari terakhir sesi persekolahan 2023/2024.
Kami menghadiri mesyuarat dari 8:00 pagi sehingga 12:15 tengah hari.
Esok, 09 Februari 2023 merupakan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM untuk semua sekolah Kumpulan B sempena Tahun Baru Cina kemudian disambung dengan Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024.
Sebelum memulakan mesyuarat, kami sama-sama alas perut dengan pelbagai makanan yang dibawa oleh rakan-rakan. Antaranya termasukkan buras yang dimakan dengan ayam masak palekko' dan minum nescafe.
Buras & Ayam Masak Palekko' |
Kuih Lapis Pandan |
Memang penuh perut dengan pelbagai kuih-muih, dan sudah tentu penuh tenaga untuk pergi menoreh....ahaks! |
Di akhir mesyuarat, pengetua menyampaikan pelbagai sijil penghargaan mengikut kategori kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan lain-lain. Tak sangka pula kita dapat sampai empat sijil penghargaan. Cukuplah, terima kasih sangat sebab dihargai. Tahniah juga untuk rakan-rakan lain yang dapat pelbagai sijil kategori yang lain. Sijil penghargaan yang kita terima:
- Sifar Cuti Rehat Khas Sepanjang Tahun 2023
- Kehadiran Awal ke Sekolah Secara Konsisten Sepanjang Tahun 2023
- Pengisian Amalan Baik Murid Sepanjang Tahun 2023
- Penghantaran 100% e-RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Masnita yang rajin bawa mi bandung dan lontong ke sekolah, hadiahkan tupperware berupa bekas air dan bekas makanan sebagai menghargai kerajinan kita mengisi secara online amalan baik murid-murid. Semoga sesi seterusnya kita tambahkan lagi pengisian tersebut.
Alhamdulillah, kelmarin dapat tupperware warna hijau dari blogger Mulan, hari ini dapat tupperware warna pink pula! Memang akan digunakan untuk isi bekalan ke tempat kerja.
Jumpa lagi kawan-kawan! Balik dulu. |
Singgah gerai di tepi Jalan Asam yang terletak di bawah pokok mangga. Di sini Amie selalu singgah untuk beli mangga, ubi kayu, pisang dan cili padi. Harganya jauh lebih murah berbanding harga di deretan warung di sebelah sanun. Terpandang betik kampung yang kecil comel.
Beli cili padi. |
Tak rugi beli betik kampung.
Rasanya manis!
Rasanya manis!
Roti Jala & Kari Ayam |
Awal pagi lagi Cikgu Jusna hulurkan sesuatu untuk Amie. Katanya, dia hendak kembalikan tupperware. Dua tahun lepas sewaktu bertandang raya ke rumah Amie, dia dan rakan-rakan lain bawa pulang lebihan lauk. Dia lupa hendak pulangkan. Jadinya, pagi tadi dipulangkan dengan hasil air tangannya iaitu roti jala dan kari ayam.
Tidak lama kemudian, Amie menghampiri mejanya.
Amie : Rasanya saya sudah pesan, tak perlu pulangkan tupperware tu.
Jusna : Oh, ya kah? Saya lupa pula. Malu saya sebab lama sangat saya tengok tupperware tu di rumah. Jadi hari ini saya kembalikanlah.
Amie : Jadi, sekarang tupperware dikembalikan semula. Saya kena ambil balik kah juga....ahahaha!
Aduhai!
Sehari dua ini cerita tupperwarelah pula ye.
Sehari dua ini cerita tupperwarelah pula ye.
Roti Jala & Kari Ayam itu Amie bawa pulang sebab teringat Firdaus yang suka makan roti jala.
Bihun Goreng Singapura & Peha Ayam Goreng |
Seperti biasa, Encik Suami akan belikan sarapan kalau kita tak sempat bawa bekal dari rumah. Encik Suami belikan bihun goreng singapura dan seketul peha ayam goreng. Kita tidak sempat jamah sebab awal pagi sudah makan buras dan kuih. Kebetulan pula tiada waktu rehat sewaktu mesyuarat. Jadi, kita bawa pulang ke rumah. Bihun dan ayam goreng masih elok. Kita makan sajalah.
22 comments
Selamat bercuti panjang cikgu
BalasPadamBolehlah jalan2 round the world
Terima kasih Wak.
PadamMak oi sijil tu border warna merah... rare tu... sempena cny ke kak? tahniah kak dpt anugerah sifar CRK... anak² dh besar gitulah kan? kalau anak ramai masih kecik selalu CR pun boleh habis bila mereka sakit dan admit hospital
BalasPadamnie sokong sgt kak Mim..linda dah kerja 11 tahun, GCR baru ad 5 hari...hahaha..org lain berpuluh2 dah
PadamPengetua kita Cina, Mira. Merah sajalah pilihannya.
PadamTerima kasih Mira.
Sebenarnya baru kali ini Sifar CRK.
Tak apa Linda. Kak Amie dulu pun jumlah GCR boleh dibilang dengan jari.
alhamdulillah, tamat sudah sesi persekolah 2023/2024...
BalasPadamsemoga kak Amie terus maju jaya ya..selamat bercuti, tahniah untuk anugerah, bukan setakat anak murid je dpt anugerah, cikgu pun dapat juga..
Terima kasih Linda.
PadamItulah, sekarang ni semua kena tunjuk prestasi untuk nilaian tahunan.
byk dpt sijil tu...terliur tgk nona manis jagung tu...biasa mkn yg hijau je
BalasPadamNona manis jagung tak berapa kuat rasanya.
PadamSelamat beristirehat
BalasPadamTerima kasih CCL.
PadamWahhh.. cuti kali ni dgrnya Kak Amie nak ke luar negara, kannnn. Selamat bercuti dan JJCM Kak Amie!
BalasPadamJJCM tu yang best kan SK.
PadamTahniah kak Amie, duh saya tergoda dengan ayam masak palekko, nampak sedap
BalasPadamTerima kasih Naia.
PadamRasa pedas ayam palekko memang sedap sangat.
Sibuknya mesyuarat, sampai tak sempat makan bekal bawa sendiri. Tapi banyak makanan lain yang sedap-sedap. Tahniah, dapat banyak sijil penghargaan.
BalasPadamBegitulah kalau kami mesyuarat, memang tak ada rehat.
PadamTerima kasih Nur.
Saya sukaaaa sangat buras. 😍😍. Tapi biasanya di makan dengan COTO MAKASAR. Atau konro Makasar. Nasib baik di jakarta ada banyak restoran Bugis Makasar, jadi tak susah mencari buras.
BalasPadamMemang lah kalo nak kembalikan barang dari teman atau tetangga, rasa tak enak hati kalo kosong kan. Pasti kita balas dengan isian lain 😁
tu diaaaaa
BalasPadamkak amie sememangnya guru yang berdedikasi
boleh dicalonkan utk anugerah tokoh guru ni
terbaik kak!
BTW selamat bercuti!
Eh..kak Amie nampak kurus lah. Selamat bercuti cikgu Amie dan Firdaus!
BalasPadamSemoga terus sukses. Bukan senang nak dapat 4 sijil dalam 1 masa tu.
BalasPadamHari terakhir pun nampak gaya macam sibuk. Sebab nak cuti kan, macam-macam nak dibuatnya. Tahniah atas pencapaiannya kak Amie. Wahh meriah dapat hadiah tupperware. Menyelerakan dan kenyang dapat makan sarapan buras dengan lauk ayam masak palekko yang pedas. Pedas takpe, ada kuih muih manis buat cover pedas. hihi...
BalasPadam