Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 08:00 malam waktu di Jeddah (01.00 pagi waktu Malaysia), bas meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Menurut Ustaz Ali Amin, kami akan sampai di Madinah lebih kurang pada pukul 02.00 pagi waktu Arab Saudi. Sebaik sahaja bas mula bergerak, Ustaz Ali Amin membimbing kami dengan bacaan doa perjalanan.
Peta Makkah ke Madinah Sumber : Google |
Kami dihidangkan Nasi Ayam Penyet dan sebotol kecil air mineral. Makanlah kami di dalam bas yang sedang bergerak.
Memandangkan semua penumpang bas keletihan dan mengantuk, jadi Ustaz Ali Amin hanya memberikan tazkirah ringkas sahaja.
Memandangkan semua penumpang bas keletihan dan mengantuk, jadi Ustaz Ali Amin hanya memberikan tazkirah ringkas sahaja.
Kemudian kami sambung tidur!
Lampu dipadam.
Sunyi!
Sepi!
Hanya bunyi enjin bas mengaum di tengah malam gulita!
Semuanya tidur pulas, barangkali hanya Ustaz Ali Amin dan pemandu bas sahaja yang jaga!
Lampu dipadam.
Sunyi!
Sepi!
Hanya bunyi enjin bas mengaum di tengah malam gulita!
Semuanya tidur pulas, barangkali hanya Ustaz Ali Amin dan pemandu bas sahaja yang jaga!
Kira-kira pukul 10:30 waktu Arab Saudi, kami berhenti untuk menunaikan solat maghrib dan isya', jamak takhir di sebuah hentian RNR Muhammadiah.
Mata pun pejam celik-pejam pelik dan kelopak mata pun rasa melekat! Ustaz Ali Amin kata, tempat ini namanya KM240. Kami ikut sahaja arahan mutawif, supaya bergerak menuju ke surau. Paip air tempat ambil wudhu' hanya satu sahaja yang berfungsi. Yang lain semuanya rosak. Ada yang belum batal air wudhu' terus tunaikan solat. Ada yang sudah sedia bawa spray air, jadi wudhu' sahaja di dalam surau.
Jemaah wanita solat di dalam surau bahagian dalam tempat makan, manakala jemaah lelaki solat nun jauh di bahagian luar hala pintu masuk.
Selesai solat, kami tinggalkan tempat ini dan bas membelah malam menuju ke Madinah. Tidaklah dapat menyaksikan suasana kiri dan kanan jalan melainkan kegelapan belaka! Suara Ustaz Ali Amin pun tenggelam timbul sayup-sayup dibawa malam yang semakin gelap pekat!
Kami selamat sampai di Madinah al-Munawarah pada pukul dua pagi di bawah suhu 11'Celcius. Lebih kurang enam jam lamanya kami duduk di dalam bas, tersengguk-sengguk tidur, dengan kaki dan lutut lenguh akibat terlalu lama duduk. lBerbelas jam lamanya dari Brunei ke Jeddah, dan dari Jeddah ke Madinah sejauh 450 KM dengan menaiki bas pula!
Di tengah kedinginan dinihari itulah kami daftar masuk ke Classy Al Andalus Suites @ Andalus Classy Hotel. Amie dan Encik Suami ditempatkan di tingkat sembilan. Semua beg jemaah umrah akan diletakkan di tingkat empat, dan kami akan mengambilnya di situ.
Selamat datang ke Madinah Al-Munawarah, Kota yang Bercahaya yang sedang diselubungi musim sejuk!
Jauh jugak yer...lebih kurang KL- Kedah tu.
BalasPadamKhabarnya cuaca sejuk kat sana kali ni..
Apapun Alhamdulillah,dah selesai ibadah umrah cikgu kali ini
Biasanya ambil enam jam perjalanan naik bas.
PadamMemang suhu rendah, terutama di awal pagi tetapi apabila matahari bersinar, tetap panaslah juga.
Alhamdulillah, selamat sampai ke tanah air.
Naik bas waktu malam, tak la begitu terasa kan cikgu. Boleh tido sebab kepenatan. Kalau waktu siang mungkin susah sikit nak lelap. Sibuk tengok pemandangan pula 🤭.
BalasPadamAlhamdulillah. Boleh tidur dalam perjalanan, tapi sekadar lelapkan mata sahaja, tersengguh-sengguk sepanjang jalan hihihiii.
PadamKalau waktu siang, tidur pula rugi rasanya tak tengok pemandangan kan.
Luas juga dewan makan dia kan?
BalasPadamYa, sangat luas sebab kalau singgah sini memang banyak, basnya dan juga jemaah umrahnya.
Padamlumayan perjuangan juga dengan persediaan air ya....dining roomnya sunyi sepi kak amy hihi
BalasPadamSepi, sebab sudah tengah malam Mbul.
PadamSedap tu dapat makan nasi ayam penyet.
BalasPadamTypo error tu cikgu Jeddah ke Madinah 450 km rasanya 😊
Berbelas-belas jam pasti kaki lenguh dan dah tak terasa huhu
Waktu makan nasi ayam penyet itu di tempat kita pukul satu pagi! Macam sahur sahaja rasanya hihihiii.
PadamTerima kasih Faizah, sudah dibetulkan 450 meter kepada 450 kilometer.
permulaan perjalanan yang terindah dalam hidup ye kak
BalasPadamPenat tapi pastinya setiap kepenatan itu Allah catatkan pahalanya🤲
BalasPadam