Southville Stay @ Savanna Executive Suite

1:02 PG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dari rumah Bonda, kami terus menuju ke Bandar Baru Bangi, tempat penginapan terakhir sebelum kami terbang pulang ke sarang. Kami daftar masuk Southville Stay @ Savanna Executive Suite  Harga satu malam RM268.20. menurut tukang tempah, iaitu Abang Farid, kami dapat potongan harga dari Booking.com kerana sudah banyak kali melanggan melaluinya. Entah berapa % potongan, kita pun tidak pasti. Mungkin 10%.

Penginapan kami terletak di:
D2-22-08
Savanna Executive Suite,
Jalan BBLS2, Bandar Baru Lembah Selatan,
43800 Bangi, Selangor.

Selain syarat biasa seperti homestay lain, ada dua perkara penting yang kami perlu ingat iaitu sekiranya gunakan lebih dari enam helai tuala, bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 untuk sehelai tuala. Kami enam orang dan cukuplah 6 helai tuala. Janganlah cari pasal pula guna tuala extra... ahaks!
Penggunaan mesin basuh dikenakan sebanyak RM10.00 setiap kali basuhan. Kebetulan ada mesin pengering, jadi kami cuba basuh pakaian pada malam tersebut, dan rasanya tak perlu mendobi. Tak tahu di mana silapnya, pakaian tetap basah apabila dikeringkan. Lebih kurang pukul satu malam, Encik Suami bersama Fuad turun ke kedai dobi 24 jam di bawah untuk keringkan pakaian. Encik Suami kata, mungkin tidak pandai gunakan mesin pengering di homestay. Jadinya, sebelum tuan rumah pulangkan deposit RM100.00, Amie perlu maklumkan penggunaan mesin basuh tersebut. Maka potongan dikenakan sebanyak RM10.00 untuk sekali cucian.

Apa pun yang penting ada WIFI!
Dan sebelum tiba masa untuk daftar masuk pada pukul 3:00 petang, tuan rumah maklumkan boleh masuk pada pukul 2:30 petang. Ketika itu kami masih lagi di rumah Bonda!

Firdaus rasa seronok dan selesa bermalam di Southville Stay @ Savanna Executive Suite.

 
Selamat datang ke tempat penginapan terakhir sebelum terbang balik.


Lewat pukul 4:30 petang barulah kami masuk ke tempat penginapan kami.

Bilik tidur Fuad. Ada tilam di bawah katil. Kalau ada Fairuz sudah tentulah tilam di bawah itu digunakan.



Inilah tuala extra yang akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 apabila digunakan.

Bantal extra.

Bilik air.

Bilik tidur Abang Farid & Aseeyah.


Master Bedroom.

Kemas dan bersih.


Sejadah turut disediakan.

Petunjuk arah kiblat.

Luas dan selesa.





Kembali ke ruang tamu yang nampak lapang dan ceria.

Firdaus sedang menonton televisyen.


Anak-anak seronok sangat menginap di sini. Nampak lapang dan bersih.Tempat makan pun banyak di bawah.

Malam itu kami sempat minum kopi, makan buah-buahan dan kudapan di sini.






Memang puas hati dengan harga dan segala kelengkapan serta kemudahan yang diberikan.








Sterika dan iron board.

Mesin Basuh.

Mesin Pengering.


Firdaus paling awal bersiap pada pagi itu. Kami akan bersarapan di bawah tempat penginapan, dan kemudian bertolak ke Gombak menziarahi keluarga Aseeyah, besan kami.

5 comments

  1. Cantik dan luasnya tempat penginapan..Specialnya meja makan pun banyak pilihan.Kalau saya yang jakun ni asyik nak minum kat bar corner tu Berangan nak ada bar corner kat rumah Kedah & bila tengok semua penginapan yang cikgu share save kat memori sebagai inspire..Berangan tak kena bayar kan..!
    Hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringkas tapi kemas kan Mama Cella. Selesa kita menginap di sini, tak serabut banyak barang.

      Padam
  2. memang nampak selesa betul homestay ni. dapur dia pon kemas dan cantik..

    BalasPadam
  3. Lengkap kemudahan. Macam boleh masak. Oh rupanya guna mesin basuh dan pengering kena bayar rupanya.

    BalasPadam
  4. lengkap semuanyaaa dan bersih.. boleh singgah dan menginap lg kalau pulang ke semenanjung

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe