Chomey Homestay

10:06 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun cuti sekolah sudah bermula pada 10.12.2022 tetapi kita dapat arahan untuk menyiapkan satu tugasan secara online. Mendongkol jugalah hati sebab terpaksa melaksanakan tugas tersebut. Kita membuat tugasan itu sewaktu bermalam di DZR Home Bangi. Oleh kerana tiada WIFI, kita gunakan data sendiri dan tidak sanggup berjaga sampai ke pagi. Kita pun tutup laptop dan berharap dapat menyiapkannya pada keesokan harinya. Selepas sarapan, kami pulang semula ke homestay dan menyambung tugas sehingga waktu check out pada pukul 12:00 tengahari.

Seterusnya kami bergerak ke Chomey Homestay di Sri Palma  Villa, Mantin, Negeri Sembilan. Kita sangat berharap dapat menyelesaikan kerja-kerja online di sini. Malangnya, sewaktu Abang Farid menempah, terlepas pandang pula tiada WIFI! Terpaksalah gunakan data Abang Farid dan Fuad pula. Kali ini Amie terpaksa minta bantuan Abang Farid dan Aseeyah untuk bantu selesaikan kerja-kerja online. Syukurlah kita memang bawa laptop, begitu juga Abang Farid dan Aseeyah. 

Terima kasih Abang Farid dan Aseeyah. Kita sambung ronda-ronda Putrajaya. Nanti Mommy belanja makan di sana.

Daftar masuk ke Chomey Homestay pada hari Sabtu bersamaan 10 Disember 2022.

Chomey Homestay terletak di aras bawah. Jadi tidak perlulah kami naik lift untuk ke tingkat atas. Boleh letak kereta di mana-mana tempat parking kecuali yang berbumbung. Tempat parking memang agak sesak! Ada tiga bilik tidur dan tiga bilik air.

Selamat datang ke Chomey Homestay!

Menurut tuan rumah, televisyen belum sambung ke Astro, boleh buat monitor saja. Kami pun tak sempat nak buka televisyen. Biasanya begitulah. Daftar masuk sekadar untuk bersihkan diri, solat dan berehat atau tidur sahaja.





Hiasan dalamannya nampak menarik.


Bilik tidur utama.


Nampak klasik!




Bilik air.

Bilik tidur kedua.



Bilik tidur ketiga.

Bilik air.

Tuala dan sejadah terletak di sini.


Arah ke dapur.

Peti sejuk.

Banyak peralatan dapur dan juga bahan makanan di sini.

Mesin basuh.

Dapur untuk memasak.

Ketuhar.


Kalau menginap lebih satu malam mungkin boleh masak di sini. Fuad sudah berkali-kali mengingatkan dari awal supaya jangan masak di mana-mana homestay. Katanya, kita datang untuk jalan-jalan dan berehat. Jangan penatkan diri memasak!


Malam ini merupakan malam terakhir kami menginap di homestay sebelum kami berangkat pulang ke kampung pada keesokan harinya.

Chomey Homestay 
Total Price : RM294.55


5 comments

  1. Cantik sgt.. lengkap semua keperluan di homestay tu.. tp begitulah jarang sgt masak kalau di homestay.. selalunya tapau dan mkn di homestay je

    BalasPadam
  2. Wahhh.. seronok Daus asyik pindah2 rumah je ya. Tak dapat sy bayangkan berapa byk barang Kak Amie angkut naik katerbang tu.

    BalasPadam
  3. Tudiaaaa....qadha percutian 2 tahun PKP ni nampaknya Cikgu🤭
    Alhamdulillah,seronok tengok kebersamaan keluarga bahagia ni mengisi quality time.Apa khabar Abang Farid & Kakak Aseeyah? Dah balik Malaya kah

    BalasPadam
  4. berkenan pula saya tengok meja tu kak...

    ni betul2 homestay! kelengkapan semua ada. nak menginap pun rasa senang hati..

    BalasPadam
  5. cantik juga homestay ni. deco dia simple..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe