Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Klebang

12:04 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas  meronda di Bandar Hilir Melaka, kami jalan-jalan cari makan di Pantai Klebang pula. Sayangnya, Amie terlupa ambil gambar nama gerai tempat kami makan. Ramai sangat pelanggan yang datang di situ. 

Kami memesan dua set talam goreng-gorengan seafood. Set pertama, mengandungi gorengan seafood seperti udang, sotong dan juga cendawan. Tak tahulah apa seafood yang lain sebab nampak semuanya sama saja bentuknya setelah siap digoreng dan dihidang. Selain goreng-gorengan seafood, ada nasi goreng di bahagian tepi talam. Set ini berharga Rm35, dimakan untuk dua orang.

Set Gorengan Seafood & Nasi Goreng RM35.00



Kerepek Ubi Lemak Pedas Basah RM20.00

Seingat Amie, banyak kali juga jumpa penjual kerepek ubi sepanjang kami singgah makan di warung atau gerai di Melaka dan Negeri Sembilan. Setelah Fairuz cuba makan sekeping, dan katanya sedap, Amie beli sebekas dengan harga RM20.00.


Firdaus merengek minta maggi!


Set gorengan seafood dengan nasi goreng ini pilihan Fuad dan Fairuz. Rasanya hidangan ini boleh dimakan oleh 3 atau 4 orang!


Abang Farid minta nasi kosong, dan makan dengan goreng-gorengan tadi.

Set Gorengan Seafood RM75.00

Talam kedua sampai tanpa nasi goreng. Kami hendak ratah begitu sahaja. Ada ikan goreng, udang, sotong, anak ketam, cendawan, sosej dan entah apa lagi.



Selepas makan, kami ronda-ronda kawasan sekitar. Banyak gerai jualan makanan di situ. Kami singgah beli buah-buahan potong dan bawa pulang ke tempat penginapan.

Buah-buahan segar.

Firdaus kata: Belilah jambu merah. Abang Farid suka makan!
Kita pun belilah jambu merah, belimbing dan mangga potong siap bubuh serbuk asam boi.

16 comments

  1. Menarik betul tepung gorengannya berserat dah macam serat telur butter prawn.Pastinya rangup dan sedap.Daus adik yang baik,ingat buah kesukaan
    "Adik Angkat Food Panda," tu🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rangup tepungnya tu Mama Cella. Gaul dengan nasi putih pun sedap. Kalau ada sambal belacan atau kicap lada tambahlah sedapnya.

      Padam
  2. Langsung terasa nak kena pergi Melaka esok-esok ni

    BalasPadam
  3. Set goreng-gorengan tu mengancam sungguh..

    BalasPadam
  4. ni kat area kedai makan kabin ke kak? or gerai-gerai dekat dgn laut? malam2 situ mmg meriah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya gerai-gerai dekat laut ni. Maklumlah malam, tak perasan suasana keliling.

      Padam
  5. set talam dengan gorengan pelbagai seafood tu menarik... mmg x pernah ada dijual di sini lagi

    BalasPadam
  6. Kalau sy tahu Kak Amie singgah Klebang, sy rekomen Roti John warung anak saudara sy, sedappp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oohh... Nanti lain kali ada rezeki ke sini boleh singgah Roti John Warung.

      Padam
  7. hari tu di melaka syu ke sini juga. tp syu beli makanan yang dijual di situ je dan makan di hotel.

    BalasPadam
  8. comel sgt firdaus di gambar akhir tu :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe