Sarapan di Warung Tapaw Bandar Puncak Alam

3:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Barangkali letih, ya sudah tentu letih mengharung perjalanan panjang! Selepas solat subuh, masing-masing tarik selimut! Setelah rasa bertenaga untuk meneruskan perjalanan, kami daftar keluar homestay dan mencari sarapan.

Kami singgah di Warung Tapaw Bandar Puncak Alam yang terletak di:
 2, Lorong Naluri Sukma 8/9,
Bandar Puncak Alam,
45010, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Mengerling jam di dinding restoran, jarum sedang menunjukkan angka 10:44 minit pagi. Sarapan pagi atau terus makan tengahari?
Encik Suami kata, sarapan sahaja sebab kalau kenyang makan nasi rasa mengantuk pula sewaktu memandu. Tapi terpulanglah kalau ada yang hendak makan berat kerana lauk-pauk banyak terhidang, hanya menanti untuk dinikmati sahaja.

Mama Cella ada bertanya siapa yang memandu?
Dari KLIA ke Puncak Alam, ke Bukit Hijau, kembali semula ke KLIA2, Encik Suami yang memandu. Dari KLIA2 ke Yuslina Homestay, Fuad yang mengambil alih tempat Encik Suami. Sekarang, Encik Suami pula yang akan memandu ke Johor.

Cucur Udang Kuah Kacang


Firdaus dengan milo suam memang berpisah tiada.

Dua Set Cucur Udang Kuah Kacang. Satu untuk Firdaus, satu untuk Mommy.


Sarapan pagi yang agak lewat!

Soto Ayam Abang Farid

Roti Telur Kuah Banjir.


Masing-masing menikmati sarapan pilihan selera sendiri. 


Kita pula tak senang duduk. Mata asyik memandang ke arah lauk-pauk yang berpuluh jenis.


Cepat-cepat kita habiskan cucur udang dan terus mencapai bekas untuk mengisi lauk-pauk. Kami akan singgah di rumah Bonda selepas ini, dan sudah tentu tidak berkesempatan untuk masak makan tengah hari untuk Bonda. Jadi, beli sahajalah lauk-pauk di sini.








Kita belikan Bonda:
  • Ikan Talapia Panggang
  • Perut Air Asam
  • Asam Pedas Batang Keladi
  • Lontong & Sayur Lodeh
  • Bihun Sup
  • Kuih Ketayap


Tepat pukul 11:14 pagi kami tinggalkan Warung Tapaw.
Fuad menjadi pemandu sementara dari Bandar Puncak Alam ke Bukit Hijau  ketika ini.
Fairuz belum bertemu nendanya. Jadi hari ini baru berkesempatan untuk ziarah, sebab penerbangan Fairuz lewat.


Kita sempat melihat pokok-pokok pisang di atas tanah kita. Adik ipar rajin bercucuk tanam di sini. Sebelum kami berangkat meninggalkan rumah Bonda, adik ipar masukkan dua sikat pisang emas ke dalam bonet kereta, beberapa biji jambu batu dan buah mangga. Semuanya hasil tanaman sendiri. Buah pisang itu, kata adik ipar dari pokok yang ditanam di tanah kita. Nanti sampai Johor, masaklah buah pisang itu, kata adik ipar. Alhamdulillah!
Pisang emas dibawa ke Johor,
Masak semuanya di dalam bonet!

 
Lebih kurang pukul 1:30  petang, kereta yang kami sewa bergerak meninggalkan teratak Bonda. Sebenarnya Abang Farid menempah kereta sewa  ARUZ PERODUA di KLIA tetapi dapat HONDA BR-V pula. Kereta sewa digunakan dari 03-15 Disember 2022, selama 13 hari dengan bayaran sebanyak RM1897.00. Muatlah untuk membawa kami bertujuh ke sana dan ke sini!

24 comments

  1. Uuuiii.. sedapnya cucur udang makan dengan kuah kacang.. kegemaran tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sangat. Garing di luar, lembut di dalam.

      Padam
  2. Ah, kalau sy pun rambang mata tengok lauk2. Cucur udang kuah kacang nampaknya tidak mengecewakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rambang mata dan menggoda selera. Tak dapat makan tak apa, belikan untuk Bonda saja hihihii.

      Padam
  3. Untung dapat adik ipar rajin tanam dan jaga tanaman di tanah Puan Amie.

    BalasPadam
  4. Abah Ahnaff memang suka cucur udang warung tapaw ni. Kene dengan selera dia sebab pencicahnya kuah kacang 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan. Rangup di luar, lembut di dalam. Makan waktu masih panas, sedap!

      Padam
  5. Wah asam pedas daun keladi....tenguk pun ngences. Banyak sungguh lauk pauknya dan nampak sedap. Pilihan lauk buat bonda pun sodap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat Bonda kita selalu masak sayur batang keladi waktu kita kecik-kecik dulu. Macam lama sungguh tak makan sayur ini.

      Padam
  6. Wah pokok pisangnya dah berbuah, tu macam pisang tanduk je. Bagus lah adik ipar tanam pokok buah-buahan. Berbudi pada tanah dapat hasilnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat saya nak ronda kawasan yang ditanam. Yang penting, tanah tidak terbiar dipenuhi lalang.

      Padam
  7. Aduhai cucur udang tu menggamit la...bagai melambai- lambai SA...selalu cucur udang makan waktu petang kini pagi pun boleh ye kak...tudia...hasil berbudi pada tanah...seronok sesekali jumpa bonda...dan adik beradik yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cucur udang kuah kacang tu agaknya menu pagi hingga petang SA. Boleh untuk sarapan dan minum petang.

      Padam
  8. banyaknya lauk pauk yang ada kat sini. kalau syu dah rambang mata tak tau nak ambil yang mana satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Syu. Apabila terpandang lauk-pauk kegemaran Bonda, terus kita minta bungkus untuk bawa balik kampung.

      Padam
    2. kan kak amie. kalau tak makan, mesti akan bungkus bawak balik, sbb nampak menarik sangat lauk pauk dia.

      Padam
  9. sedapnya cucur udang cicah kuah kacang tu kak oi

    BalasPadam
  10. Tersenyum Sha membaca rangkap ini
    Pisang emas dibawa ke Johor,
    Masak semuanya di dalam bonet!

    Kalau da adalauk pauk ini, Sha tuju nasi je.. memang tak ada istilah sarapan dah.. kikiki.. Tambah pilihan lauk pauknya mengancam semuanya..

    BalasPadam
  11. Tersenyum Sha membaca rangkap ini..
    Pisang emas dibawa ke Johor,
    Masak semuanya di dalam bonet!

    Meriah lauk pauk dia.. Memang tuju nasi kalau Sha ke sini.. Hehehe..

    BalasPadam
  12. Rambang mata melihat lauk pauk yang terhidang.. Memang makan nasi ini kalau Sha ke sini..

    BalasPadam
  13. Tu dia.. sekali tiga komen.. Main-mainlah blogger ini.. huhuhu..
    Awalnya tadi tak ada komen.. rupanya dia main-mainkan kita..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe