Makan Tengah Hari Masakan Baba & Nyonya di Atlantic Nyonya Restaurant Melaka

9:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang berada di Johor, Fuad yang membawa kami makan ke sana dan ke mari. Di Melaka pula, Amie ambil kesempatan untuk menikmati masakan Baba & Nyonya. Alhamdulillah, hasil carian makanan halal Cina Peranakan ini, kami berlabuh di Atlantic Nyonya Restaurant yang terletak di 100, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 7500 Melaka.

Sewaktu kami tiba, jam sudah menunjukkan lewat pukul 2:30 petang. Alhamdulillah, barangkali ketika itu pelanggan sudah banyak yang meninggalkan restoran, jadi kami dapat makan tengahari yang agak terlewat dalam suasana yang tenang dan santai.



Sumber: Google

Pinjam gambar pintu masuk dari Pak Google. Sudah kenyang makan, lupa pula hendak ambil gambar luar restoran. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, sempatlah berbual dengan anak-anak tentang keunikan masyarakat Baba & Nyonya atau Cina Peranakan yang kini menjadi kumpulan minoriti di Melaka. Selain di Melaka, sebahagian daripada mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Uniknya masyarakat ini, walaupun  berketurunan Cina tetapi mereka mengamalkan adat resam dan budaya campuran Melayu dan Cina. Mereka dikatakan wujud di Tanah Melayu sekitar 600 tahun yang lalu, berhijrah dari Tanah Besar China untuk berniaga dan kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan.


Hiasan dalaman Atlantic Nyonya Restaurant.


Sebelum ini beberapa buah meja dipenuhi pelanggan. Setelah mereka beredar, cepat-cepat Amie ambil gambar.



Cantik, bersih dan kemas!


Masing-masing tidak sabar menanti hidangan tiba di meja. Maklum sahajalah setelah menempuh perjalanan jauh dari Parit Raja, merentas negeri Johor hingga ke Melaka, sudah tentu perut pun sedang berkeroncong minta diisi.



Menu yang dipesan:
  • Nasi Putih
  • Siakap Nyonya Asam
  • Ayam Buah Keluak
  • Kangkung Belacan
  • Terung Lada Hitam
  • Telur Udang
  • Sup Itik
  • Nyonya Cendol
  • Chinese Tea Pot
  • Chinese Tea Gelas 

Chinese Tea Pot


Walaupun Chinese Tea didatangkan panas, tetapi diiringi dengan ais batu. Jadi, bolehlah jadikannya sebagai minuman suam atau sejuk. Chinese Tea ini tawar, tanpa gula.

Chinese Tea Gelas - Manis

Ayam Buah Keluak

Dulu kami mencari masakan asam pedas ikan di Melaka. Kali ini Amie mencari Ayam Buah Keluak. Selalu menonton masakan ini di kaca televisyen. Hari ini dapat menikmati sendiri keunikan Ayam Buah Keluak ini. Ayam Buah Keluak merupakan resipi klasik masyarakat Cina Peranakan dengan menggunakan buah keluak sebagai bahan utama.


Ada beberapa biji buah keluak di dalam masakan ini. Rasa kuahnya memang sedap! Penuh dengan rempahan segar seperti serai, kunyit dan belacan. Menurut pelayan restoran, ada udang di dalam buah keluak. Amie pun tercari-cari, terkorek-korek tetapi tidak jumpa. Mungkin maksudnya udang kering atau belacan kot! Apa pun Ayam Buah Keluak memang cukup rasa!

Telur Udang

Ini pula Telur Dadar dengan Udang Basah saiz L. Didatangkan panas-panas di dalam pinggan sizzling. Sekejap saja habis licin!

Terung Lada Hitam

Terung Lada Hitam ini pilihan Fuad. Katanya, rasanya sangat sedap. Hampir separuh mangkuk Fuad habiskan sendiri.

Kangkung Belacan.

Yang ini pula Kangkung Belacan pilihan Fairuz. Katanya, padu betul rasa sayur ini. Tentulah rasanya sedap kerana perencahnya diperbuat dari bahan terpilih dan berkualiti. 


Pada mulanya Amie memesan Sup Ikan dan Encik Suami memesan Sup Itik. Sayangnya Sup Ikan sudah habis. Jadi kami terima sajalah Sup Itik.

Sup Itik


Lauk terakhir sampai ialah Siakap Nyonya Asam. Masakan inilah yang ditunggu-tunggu. Firdaus tidak habis-habis hirup kuahnya yang memang cukup sempurna rasanya. Di antara beberapa jenis ikan seperti ikan merah, ikan kerapu dan ikan siakap, kami memilih ikan siakap kerana harganya lebih murah berbanding ikan kerapu dan ikan merah. Lagi pun di Lahad Datu memang jarang dapat makan ikan siakap. Siakap Nyonya Asam lengkap dengan sayur kacang bendi, hirisan nanas dan tomato.

Siakap Nyonya Asam

Firdaus mengetuai bacaaan doa makan.

Bismillah.

Jemput makan!


Sup Itik ini ditambah sawi masin, dan tomato.

Sup Itik

Cendol Nyonya

Cendol Nyonya ini pula, pada mulanya didatangkan kosong dan hanya nampak ais parut sahaja yang memenuhi mangkuk. Pelanggan perlu tuang sendiri gula melaka untuk memenuhi cita rasa masing-masing.

Gula Melaka

Cendol Nyonya

Di bawah timbunan ais itulah tersembunyi cendol dan aksesori lain seperti kacang merah dan jagung krim. Cendol Nyonya ini memang Amie yang pilih, tapi hanya sempat sudu dua tiga kali sahaja ke mulut. 


Dapatlah anak-anak berkenalan dengan masakan Baba & Nyonya di Atlantic Nyonya Restaurant. Sebelum ini hanya mendengar sahaja masakan Baba & Nyonya yang dikatakan unik dan sedap dengan penggunaan pelbagai rempah dan bahan segar yang terpilih. Kami pernah makan di Kota Kinabalu. Sekarang kami dapat merasai sendiri di tanah Melaka. Walaupun belum berkesempatan menikmati banyak lagi masakan Baba & Nyonya, namun kami bersetuju dengan kenyataan tersebut!


Kami meninggalkan Atlantic Nyonya Restaurant pada pukul 3:22 petang dan terus bergerak ke Atlantic Residence untuk daftar masuk homestay.

16 comments

  1. Saya masih tercari-cari sama ada benar keturunan peranak cina atau dikenali sebagai kaum baba dan nyonya Melaka ini benar-benar dari hasil perkahwinan Cina dan Melayu. Saya lebih gemar menyatakan mereka berkahwin dengan 'orang tempatan' yang bukan orang Melayu. Saya berpendapat, orang Melayu sejak dari dahulu berpegang teguh dengan ajaran Islam dan tidak sesekali keluar dari Islam untuk berkahwin dengan orang dari agama lain. Ini dapat dilihat bahawa kaum baba nyonya tetap mengamalkan ajaran Buddha dan mereka amat taat dengan agama mereka berbanding masyarakat Cina yang beragama Buddha yang lain. Saya pernah terbaca, sebelum adanya kaum baba nyonya di Melaka, mereka terdahulu ke tanah jawa. Padagang-pedagang cina ini mula berkahwin dengan wanita-wanita berketurunan Jawa kemudiaanya membawa isteri masing-masing ke Melaka di era Kesultanan mahupun zaman penjajahan. Kisah perkahwinan Sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po pun masih boleh diperdebatkan. Andai dikatakan di situ bermulanya asal usul baba dan nyonya, masakan Bukit China yang dikatakan dijadikan perkuburan kuno china. Jika benar ketika itu mereka diislamkan, kawasan perkuburan tersebut sudah tentu menjadi perkuburan muslim (cina muslim) bukannya kubur cina buddha.

    Wallahuaklam. Saya kena gali lagi bagi menemui kebenarannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan Encik Fairus dapat teruskan usaha mencari kebenarannya untuk dikongsi bersama. Saya pun tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hal ini.

      Padam
    2. Semoga Allah mudahkan urusan dan dapat mencari kebenaran Sejarah Yang Tersembunyi..🤲

      Padam
  2. Wah,akhirnya Cikgu dah dapat merasa ayam buah keluak.Dulu selalu nampak Chef Florance Tan masak kat TV.Saya antara ingat dan lupa sama ada pernah makan @ tidak biji buah kepayang proses ni.."Mabuk Kepayang" pernah la ..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ada lagu dulu-dulu: sayang-sayang buah kepayang... Anita Sarawak mungkin penyanyinya.

      Padam
    2. Eh, salah. Khatijah Ibrahim rupanya.

      Padam
  3. Nampak kangkung belacan tu dimasak dengan banyak perencah, mesti mewah rasanya 😊
    Buah keluak tu pernah nampak Chef Florence Tan masak, setakat ni tak pernah jumpa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tentu istimewa rasanya dengan banyak perencah. Saya tak sempat merasa, habis oleh Fairuz.

      Padam
  4. Sha mencari-cari telur udang.. Ingatkan telur udang betul, rupanya telur dadar bersama udang.. kikikiki.. Menarik betul masakan baba nyonya ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, telur dadar dalamnya udang segar. Unik kan.

      Padam
  5. siakap nyonya asam tu mmg sedap. sy ada beli buku resepi chef florance tan dan salah satu masakan yg dia share adalah siakap nyonya asam. nak buat pun sng je. ikut je resepi yg diberi. so no wonder firdaus smpi berhirup kuah. mmg sedap!

    BalasPadam
  6. Masakan baba nyonya memang sedap, kan. Sy pernah makan masakan Ayam Buah Keluak ni masa preview promosi Nyonya Cari Makan di sebuah hotel di Johor. Chef kata, dapat buah keluak dari Melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Suka tonton rancangan masakan di tv kalau ada resipi masakan baba nyonya.

      Padam
  7. Selalu pergi melaka tapi tak terfikir nak rasa masakan baba n nyonya. Emm nampak menarik lauk pauknya.

    BalasPadam
  8. first time dengar menu ayam buah keluak. nampak menarik juga..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe