Petua Buat Sambal Belacan Yang Sodaaaappp!

12:55 PTG

Tiba-tiba teringat permintaan Suria Amanda untuk kongsikan cara membuat sambal belacan. Menurut Chef Norzailina Nordin dalam buku Soal Jawab Dunia Masakan -  Rahsia Dapur:

Sambal belacan yang sedap sangat relatif sebab kita mempunyai tahan ketahanan pedas yang berbeza. Ada orang yang lidahnya sangat peka, sedikit cili sudah cukup pedas dan ada yang sebaliknya. Jadi, sambal yang sedap adalah daripada pengalaman diri sendiri yang menyediakannya atay yang dimakan di rumah orang. Yang penting, imbangi manis, masin dan masam.

Di sini Amie kongsikan petua untuk membuat sambal belacan yang sedap berdasarkan tips yang ditulis oleh Chef Norzailina Nordin. Antaranya:

  • Tumbuk atau kisar cili merah, cili padi (ikut suka pedasnya) hingga lumat. Petua yang biasa untuk jumlah cili adalah mengikut jumlah yang ganjil seperti 5, 7, 9 dan 11 tangkai. Dari segi saintifik, keberhasilannya sudah hendak dibuktikan.
  • Bakar atau goreng belacan (di dalam sedikit minyak) baru dimasukkan ke dalam cili tadi. Tambahkan gula pasir dan garam, tumbuk lagi.
Ada tiga pilihan asam:
  1. Asam Jawa - pastikan ia diperah dengan air masak, biar pekat.
  2. Hirisan tomato / mempelam masam - tumbuk kasar dengan cili.
  3. Jus limau nipis / limau kasturi dan lain-lain.
Banyak juga versi sambal belacan yang pernah Amie jadikan entri, misalnya SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH seperti gambar di bawah ini.

Sambal Belacan Belimbing Buluh

Sambal Belacan Belimbing Buluh & Ulam-Ulaman

Di bawah ini pula Amie buat stok sambal belacan. Simpan dalam peti sejuk. Nak makan hanya keluarkan saja dan hidangkan. Boleh lihat resipinya di sini : SAMBAL BELACAN SEDAP GILER!!!!

Sambal Belacan

Belacan, bawang merah dan bawang putih dipanggang terlebih dahulu.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sambal belacan.

Jika suka boleh gunakan limau nipis campur limau kasturi.


Boleh juga gabungkan ketiga rasa masam seperti jus limau nipis, jus limau kasturi dan asam jawa. Kalau mahu, bolehlah hiriskan sedikit kulit limau kasturi dan masukkan dalam sambal belacan yang sudah siap ditumbuk atau dikisar.

Sambal belacan dah siap. Bolehlah simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan pada hari-hari sibuk.

Satu lagi sambal yang sangat sedap, yang Amie sangat suka sudah tentulah Sambal Belacan Siam. Kebetulan sewaktu jalan-jalan ke Bangkok (sebelum PKP), Amie beli belacan dan gula Siam. Bukan apa, suka sangat makan sambal belacan di sana sampai tak tahu malu minta tambah lagi. Kalau inginkan rasanya yang original gunakanlah belacan Siam dan gula Siam. Boleh beli di Shopee. Gunakan bahan tempatan pun boleh saja. Carilah belacan yang kurang masin. Gula Siam itu boleh gantikan dengan dengan gula kabung atau gula Melaka.

Sambal Belacan Siam ini kurang pedas. Jadi kena buat banyak sebab asyik nak menambah saja!

Sambal Belacan Siam.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Sambal Belacan Siam.

Sambal Belacan Siam & Ulam-Ulaman

36 comments

  1. Betul, buat banyak dan simpan peti ais. Kadang kalau nak cepat masa goreng nasi, guna je sambal belacan. Terangkat! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Banyak gunanya. Jimat masa untuk masak.

      Padam
  2. Stok sambal belacan sy baru habis kelmarin. Petua letak cili dalam bilangan ganjil tu memang menjadi amalan sy, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak salah ikut petua tu kan. Saya pun kalau rajin kadang-kadang kira jumlah ganjil juga.

      Padam
  3. Dapat cicah dengan ikan goreng,ayam goreng pun tak payah lauk lain dah.Apa lagi kalau ada kari & ikan masin serta ulaman.Pakej untuk tambah nasi berpinggan...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah biasa makan nasi ada sambal, memang akan tercari-cari sesuatu yang pedas.

      Padam
  4. kecur air liur tgk gambar sambal belacan..hihi..sedapnya..

    belacan & gula Siam utk authentic sambal belacan Siam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada dah stok becan dan gula Siam. Kalau rajin nak cari juga bekalannya nanti.

      Padam
  5. wah stock sambal belacan...senang juga utk yg slalu mkn kena ada sambal belacan..tkyah wat hari2 kalo dh ada stock byk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah simpan stok untuk seminggu dua.

      Padam
  6. sambal belacan ne kena pedas masam manis, mmg xdakla sepinggan nasi, konfirm menambah. hahaha

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Sedap Wak. Time sibuk tak sempat masak lauk, goreng jew telur, tambah sambal belacan dalam pinggan nasi. Cukuplah.

      Padam
  8. Senang buat stokkk sambal belacannnn banyakkk terus pastu simpan dalam peti. Boleh guna banyakkkkk hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpan banyak hari sambal belacan makin sedap sebab bahan-bahan semakin mesra.

      Padam
    2. Ohhhh makin lama disimpan, makin sedap ke kak amie? Sebab bahan bahan semakin mesra. Baru saya tahu hehehe :D

      Padam
  9. Sambal belacan, kalau guna belacan/cili/bawang tak dimasak (kukus/bakar/goreng). Saya kurang suka, sebab terasa mentah.

    Sedapnya sambal belacan siam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang dinamakan selera. Unik. Ikut citarasa masing-masing sebab lain orang lain citarasanya.

      Padam
  10. menarik nya sambal belacan siam dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat-ingat sambal belacan di Bangkok, buatlah berkali-kali di rumah sendiri sampai kehabisan stok belacan dan gula Siam.

      Padam
  11. CCL pun suka bakar belacan . Walaupun time membakar tu bau satu rumah ..seakan-akan ikan kering . Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aroma belacan tambah menggoda bila ditambah jus limau nipis atau limau kasturi...perghhhh!

      Padam
  12. SAMBAL BELACAN KALAU BELACAN ORI TUMBUK SENDIRI TERSANGATLAH SEDAPNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeeehhh.... belacan ori tumbuk sendiri memang sangat sedap!

      Padam
  13. Buat sambal belacan kalau pakai belacan di bakar pergh baunya terangkat wooo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baunya memang mengancam! Terus rasa berselera nak makan.

      Padam
  14. Tidak pernah pula sambal belacan Siam.
    Wah gabungkan 3 jenis bahan masam.

    BalasPadam
  15. Sambal belacan tu bg akak 'ibu' segala menu...kalau takda rasa sesuatu yg kurang ja..tp anehnya tiap kali buat tak pernah sama rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, lain waktu dibuat, lain pula rasanya.

      Padam
  16. aduiii kak..tgk gambar aje dah ngencesss ailiooo

    BalasPadam
  17. Baru saya tahu kaedah guna bilangan ganjil untuk cili api tu. Selalu main hentam je letak berapa banyak. Bolehlah cuba nanti. Saya suka sambal belacan letak belimbing buluh. Terasa sedap sambal belacan asli.

    BalasPadam
  18. Masak asam, masak lemak, kari bila dipadankan dengan Sambal belacan, memang ummmp.

    BalasPadam
  19. SA nak belajar buat sambal belacan Siam tu Kak Amie..nise tu dah beli dah...hehehe...gigih tgok kak amie ada bahan tu siap order kat Shopee...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe