Jom Cuba Resepi Raja Segala Kek : Kek Hati Pari @ Parek...

4:18 PTG

Salam sehati sejiwa...
Terus kepada isi cerita... tentang Kek Hati Pari atau dalam sebutan orang Sarawaknya, parek gitew... Kalau kami pulak sebut pare he he heee.... Kek Hati Pari @ Parek @ Pare. Ini kek bukan sebarang kek tau. Inilah Raja Segala Kek! Owhhh.... kenapa begitu yea? 
Sebenarnya ambil masa juga memikirkan keunikan dan mencari keistimewaan Raja Segala Kek ini. Puas sudah merujuk buku resepi, bertanya berpuluh-puluh kali sama Encik Google, dan juga kawan-kawan. Bila melihat gambar kek ini pula, berbagai-bagailah teksturnya, ada yang halus mulus, dan ada yang kasar berlubang. Warnanya pula ada yang hitam manis, hitam coklat, coklat kuning, dan bila melihat warna yang benar-benar hitam gelap... ya ampun! Katanya itu hasil penggunaan gula hitam! Mana nak cari gula hitam selain di Sarawak. Yang kita selalu jumpa hanya sugar brown. Tak apalah... kita sambung cerita di bawah nanti. Kita nikmati dulu Raja Segala Kek ini....

Pagi tadi bawa sikit bagi kawan-kawan rasa. Wow! Seronoknya dengar bila mereka kata kek ni sedap! Hilang segala penat mengukus berjam-jam dan berpeluh-peluh menumbuk kismis hitam sampai lumat! Sampai rumah, nampak ada lagi sepotong raja segala kek, kita pun terus ambil gambar. Gambar seadanya saja... kebetulan hujan, sang mentari sembunyi! Jadi nampaklah bayang-bayang raja segala kek sedang berposing!

Bila tengok kejadian raja segala kek ini di dapur teman-teman yang lain, ada yang begitu dan ada yang begini... akhirnya beginilah rupa paras raja segala kek yang kita hasilkan. Halus mulus tidak, lubang-lubang adalah sikit yea... Tak apa, kalau tak cuba mana kita tahu hasilnya. Lain kali kita cuba-dan terus mencuba. Sedap punya pasal, akan terus kucuba!

Amie cuba buat ikut versi tradisional. Dan di bawah ini, Amie kongsikan buku resepi kepunyaan Cik Waritie yang disimpan lebih 25 tahun lamanya! 

Kata Waritie, buku resepi ini dibawa oleh rakan sekerjanya, Norpiah Haji Weng dari Sarawak. Berpuluh-puluh resepi kek Sarawak ada di dalamnya.

Ooooooowwwoooo.... banyak resepi kek di situ! Kalau boleh baca, ada Kek Batang Kayu, Kek Tamil, Kek Mawar Hitam, Kek Melati, Kek Kukus Terpendam, Kek Mata Hantu.....! Waritie sangat sayang buku resepinya ini. Katanya, ia seolah-olah bahan antik yang perlu disimpan sebagai warisan. Iyolaaa.... tengok sajalah tulisannya pun masih gunakan mesin taip!

Ada beberapa versi Kek Hati Parek dalam buku resepi ini. Itulah yang Amie katakan di awal tadi... banyak versi! Versi di atas inilah yang kami pertikaikan beberapa hari.... terutamanya penggunaan 10  1/2 gelas tepung gandum untuk satu adunan! Kalau begitu banyak tepungnya, apa rasanya nanti? Itu kata Waritie... sebaliknya Amie jawab: Nantilah, saya cuba dulu versi yang asli. Lepas tu nanti kita cuba pula versi di bawah ini, yang gunakan 1 1/2 gelas tepung gandum.

Tempoh masa mengukus raja segala kek ini pun ada banyak versi. Biasanya Amie jumpa 8 jam mengukus. Ada yang mengatakan 10 hingga 12 jam pula! Yang 12 jam itu Amie tidak persoalkan sebab Amie sendiri selalu melihat arwah Bonda mertua membuat pudin,(sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu Cocos) menerima banyak tempahan menjelang hari raya. Memang Amie nampak (kalau tidur di kampung) Bonda mertua menjaga api dan air dari pagi hingga ke malam! Barulah pudin tadi dikeluarkan dari periuk! Kalau pudin tahan selama setahun hingga 3 tahun simpan dalam peti sejuk, raja segala kek ini khabarnya boleh bertahan dalam tempoh yang lama juga!


Wokeeeyyyy.... di bawah ini Amie kongsikan resepi paling mudah, dengan menggunakan bahan yang senang nak cari. Tak perlu pelbagai perasa seperti serbuk Horlicks, coklat dan sebagainya. Seboleh-bolehnya Amie nak cari resepinya yang benar-benar asli. Lepas ni nanti bolehlah cuba versi lain pula... yang campur macam-macam tu. Apa pun Amie tukarkan sukatan cawan atau gelas kepada sukatan metrik. Oh! Ya.... resepi biasa menggunakan sukatan adunan penuh, tapi Amie gunakan separuh sahaja. Itu pun cukup muat dalam acuan persegi 8"X8".

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
1 3/4 gelas gula pasir
1 gelas gula pasir - dijadikan gula hangus

5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8"x8" yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium

Cara-cara memasak:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Tumbuk kismis hingga hancur lumat dan kemudian ambil 75 gram tepung yang diayak tadi dan gaulkan dengan kismis hingga sebati.
3.Pukul mentega bersama gula hingga putih.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
5.Perlahankan kelajuan pemukul, dan masukkan susu pekat manis.
6. Seterusnya masukkan gula hangus dan juga kismis.Gaul rata
7.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan kertas aluminium.
8. Kukus selama 6 hingga 8 jam dengan api sederhana. Gunakan air panas setiap kali hendak menambah air kukusan.

1 


Memandangkan Amie hanya gunakan 1/2 adunan asal, jadi tempoh mengukus pun Amie kurangkan dari 8 jam kepada 6 jam sahaja!

 Kalau nak tahu rasanya, kenalah cuba sendiri...

Sekarang barulah daku faham... benar-benar faham mengapa sebiji Kek Hati Pari saiz 9"X9" mencecah harga RM200! Lagi faham dan bertambah faham kenapa adunan kek begitu banyak, sampai 1 kg tepung..... Rupanya kena bijak jimat masa dan tenaga ye sebab nak ngukusnya tu kena fikir 4, 5,6 7,8 sampai 101 kali...hiks!

15 comments

  1. nampak sedap sangat tuh. ok buat la jugak mlm nanti

    BalasPadam
  2. Salam amie, rajinnya mengukus sampai 6 jam tapi sangat berbaloikan tengok hasil kejadiannya.

    BalasPadam
  3. As salam Amie. Dulu saya selalu diberikan kek ini oleh seorang rakan dari Sarawak. Tapi skrg dah terputus hubungan. Cuma nak tanya sukatan gelas. Kalau Amie boleh convert ke cawan metrik, lagi memudahkan.

    BalasPadam
  4. Adda,
    Tahniah! Saya ngukus ni... tak larat nunggu, minta tolong Encik Suami & anak sulung jaga hihihiii....

    Aina,
    alhamdulillah.... bila kawan-kawan kata sedap, habis licin... rasa nak buat lagi lain kali, versi lain pulak.

    Azie,
    waalaikumussalam,
    setelah berbahas berhari2 dengan Waritie tu tentang tepung gandum, saya cuba olah ikut hati Azie, ikut adunan asal, kebanyakkannya 9 1/2 gelas / cawan, ada juga hingga 10 1/2 gelas / cawan. Gelas / cawan ni saya pun tak pasti mana satu sebab memang tak jelas. Jadi saya timbang, guna cawan setiap satu cawan 125 gram, jadinya 4 cawan 500 gram, ya saya guna cawan metrik. Tapi.... mungkin boleh guna lebih tepung gandum kot... he he he saya ni cuba try test aje.

    BalasPadam
  5. salam Mie, bab mengukus lama tu lah yg tak gemo sngt
    habis gas se tong haha
    tapi mesti sedap kek ni kan Mie

    BalasPadam
  6. Nampak tektur kek sangat lembab dan terserlah keenakannya...tgk cara2 cam x susah mana..tp bab nk ngukus tu bercinta laa...kek buah 4 jam..yg ni 6 jam...adoi..abes gas setong

    BalasPadam
  7. Wana blm pnah buat lagi kek ni kak..tapi pnah rasa kawan dr Sarawak buat..Mmg Sedap betul rasanya..

    BalasPadam
  8. sedap nya kek...suka makan kek..tp xrajin nak buat. hahaha

    BalasPadam
  9. rasa nak makan,tapi tak ada kudrat la bab nak mengukus tu!

    BalasPadam
  10. best ini kena cuba..biasa dpt makan yang orang bagi jer.

    BalasPadam
  11. Salam Amie.
    Terbaik!

    BalasPadam
  12. bab mengukus tu yg buat fikir 4, 5 kali... tp MaDiHaA percaya kek ni mesti sedap.

    BalasPadam
  13. Mmg kek kemestian kami di Kuching. Kek hati parek yg asli x da Horlicks, koko, coklat masak bagai. Cuma kismis hitam dihiris halus, gula hangus, browning. Mak buat jualan kek ni musim raya, gas mmg bertong2 habis. Masa sy kcik dulu,gna mnyak tanah sbb murah tp skrg murah lg gas. Kukus paling kurang 8 jam selalu 10 jam.

    BalasPadam
  14. saya minta izin ambik resipi ni sedap nampak nya nk buat utk anak2 yg duk diasrama tq

    BalasPadam
  15. Saya pun diberi resepi oleh kawan .. lebih kurang sama resepi.. dan dah 3 kali buat.. sgt sedap..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe