Sedapnya Nasi Oren!
5:35 PTG
Selamat berhujung minggu kawan-kawan!
Hari ini memang banyak cerita tapi nak ringkaskan saja.
Pertama,
Kita masak Nasi Oren, resepi yang dah lama kita tak masak. Dulu pernah masak, ada DI SINI. Nasi Oren dengan Ayam Lemon Madu. Kali ini tak masak ayam, sebaliknya gantikan dengan daging. Mulanya nak gandingkan Nasi Oren dengan Udang Goreng Butter tapi semalam dah makan 'seafood' di luar sempena ulang tahun Fairuz, salah satunya menu Udang Goreng Butter, jadi lain kali boleh cuba Nasi Oren dengan Udang Goreng Butter pulak.
Seperi biasa.....
Kalau musim cuti sekolah, semua ada di rumah. Selesai saja masak, tak sempatlah nak ambil gambar banyak-banyak sebab semuanya dah duduk mengadap meja makan!
Amie temankan Nasi Oren dengan Daging Masak Hitam, ala-ala masakan Sarawak. Ini kali kedua Amie masak daging cara begini, bubuh kismis dan buah prune dan juga kerisik. Sedapnya.... walaaaa! Nanti kalau Amie masak lagi, Amie cuba ambil gambar step by step. Jangan risau dan jangan pelik bila ada kismis dan buah prune dalam masakan ini. Cuba dulu, baru tahu! Tapi resepinya Amie kongsi lain kali ye... kali ini, sebab banyak sangat ceritanya, Amie kongsikan resepi Nasi Oren saja.
Ini rupa Nasi Oren yang sangat sedap tu. Resepinya di bawah ini. Dulu Amie ikut resepi Majalah RASA, tapi Amie dah ubah suai 80 % mengikut selera! Ikut citarasa masing-masinglah kaan... ahaks! Apa pun terima kasih Majalah RASA kerana Amie ambil panduan asas dari situ, selebihnya ikut kreativiti sendiri.
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
4 sudu besar mentega
1 cawan jus limau sunkist
1 cawan susu cair
2 sudu besar bes minuman buah Sunquick Mandarin
3 sudu besar stok ayam pekat - bancuh dengan 2 1/2 cawan air
2 sudu besar kismis
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum buang lawang
Sedikit pewarna kuning
Bahan hiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara memasak:
1. Rendam beras selama 20 minit - cuci dan toskan airnya.
2. Panaskan periuk dan masukkan mentega, kemudian tumiskan bawang merah dan putih, kulit kayu manis , bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, kismis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan bancuhan stok ayam, susu cair, jus limau sunkist dan bes Sunquick Mandarin.
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan kacau sekali dua.
5. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
6. Setelah nasi siap masak, buat beberapa lubang di atas nasi dan titikkan pewarna kuning untuk menambah warna pada nasi tadi.
7. Tutup periuk sehingga nasi benar-benar tanak.
8. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi supaya warnanya sekata.
9.Sedia dihidangkan.
Bila dah masukkan stok ayam pekat, tak payahlah tambah garam sebab dah cukup rasa. Kalau tak mahu gunakan stok ayam, bolehlah gunakan air rebusan ayam. Untuk memasak berasnya pula Amie gunakan sukatan air mengikut sukatan beras dan tambahkan 1/2 cawan lagi sebab nak bagi nasi tu lembut sikit.
Apa pun Nasi Oren ini memang sedap!
Inilah teman Nasi Oren, Daging Masak Hitam yang bagaikan jodoh paling serasi untuk dinikmati! Lain kali Amie kongsi resepinya ye... ni kelam-kabut sebab kejap lagi nak ke kampung.
Cerita kedua,
Untuk kenang-kenangan anak-anak kami, Amie paparkan gambar sambutan ulang tahun bujang kami yang ketiga, Mohd. Fairuz Zamri. Minggu lepas ulang tahun Fuad yang ke 17, kelmarin ulang tahun Fairuz yang ke 14.
Kenapalah ternaik-naik bulu kening Fairuz ini... ada-ada sajalah kalau kita tangkap gambar abak-anak! Tengok tu... siapa punya ulang tahun, siapa punya kek? Firdaus juga yang tak mahu ketinggalan...
Selamat ulang tahun ke 14 Fairuz. Rajin-rajin belajar ye. Jangan malas solat. Sayangi adik Firdaus selalu...
Wokeh...
Sesiapa singgah sini, Amie belanja satu set Nasi Oren, dengan Daging Masak Hitam & Acar Mentah sertas segelas jus oren!
1 comments
Assalamualaikum. Cawan biasa ke puan
BalasPadam