Sedapnya Bahulu Kemboja!

3:28 PTG

Bonda panggil kuih ini Bahulu Kemboja. Seingat Amie, dari kecil lagi Bonda dah perkenalkan kuih ini kepada kami. Rasanya, inilah salah satu kuih yang paling Bonda suka, sebab setiap kali Ayahanda atau sesiapa sahaja ke pasar minggu di Sungai Buluh, Bonda sering pesan supaya belikan Bahulu Kemboja!  
Sesetengah daerah atau tempat memang mereka panggil Bahulu Kemboja seperti di kampung Amie. Di tempat lain pula biasanya dipanggil kuih bakar, kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja sekiranya gunakan acuan kemboja. Amie tanya Bonda dan kakak kenapa dinamakan Bahulu Kemboja walaupun adunannya bukanlah untuk adunan bahulu?
Menurut mereka, zaman dahulu, orang kampung yang hidup serba kekurangan akan memanfaatkan setiap bahan makanan yang ada. Mereka tidak pernah melakukan pembaziran sekiranya ada lebihan makanan. Memang pada mulanya Bahulu Kemboja ini berasal dari adunan untuk membuat kuih bahulu di hari raya!
Jiran tetangga akan bersama-sama mengumpul telur itik dan sama-sama memukul telur dan gula di dalam pasu! Mereka bergotong-royong membuat bahulu sebagai persediaan juadah di hari raya. Lebihan adunan itulah yang mereka tokoh tambah dengan santan, jus pandan dan sebagainya untuk dijadikan "Bahulu Kemboja" dan dinikmati ketika berbuka puasa. Jadi, melekatlah nama "Bahulu Kemboja" itu untuk kuih bakar yang telah ditokoh tambah bahannya tadi!
Itulah ceritanya mengapa kuih ini mendapat nama yang sama walaupun adunannya agak berbeza!
Amie teringat catatan dalam ruangan Harum-harum si Buah Pala dalam buku masakan Hidangan Tradisi Pulau Pinang : Menurut Puan Hasma Basir, sebagai contoh 'gulai' dalam masyarakat Pulau Pinang adalah khusus merujuk kepada masakan yang disebut 'kari' di tempat-tempat lain di negara ini. 'Rendang' pula ialah istilah umum bagi kaedah menggoreng. Oleh yang demikian, para pembaca akan mendapati 'ayam rendang' bukanlah masakan yang menggunakan santan dan ditambah dengan kerisik bagi menghasilkan cita rasa yang mewah berlemak! Bahkan ikan boleh juga direndang (dengan erti kata digoreng!)
Wokeh!
Jom tnggalkan dulu pelbagai istilah yang unik tentang masakan lain, dan kita tumpukan perhatian tentang Bahulu Kemboja orang kampung kami pula.

Sewaktu Amie pulang menziarahi keluarga di atas pemergian adinda kami yang amat dikasihi Allahyarham Amin Fauzi, setiap kali diadakan tahlil, Bonda tidak lupa memesan agar disediakan Bahulu Kemboja sebagai salah satu hidangan untuk mereka yang hadir. Ketika itu barulah Amie perasan, Amie tidak pernah buat sendiri kuih ini. 
Beberapa hari sebelum terbang ke LD, kakak sulung Amie belikan Amie acuan kuih ini di Sungai Buluh. Semasa bersembang dengan Bonda dan adik-beradik yang lain di kampung, sempat pula Amie mencatat resepi Bahulu Kemboja. Pesan kakak, gunakan minyak sapi untuk sapuan pada acuan untuk hasilkan aroma yang enak semerbak! Sukatan adunannya pula.... faham-faham sajalah cara orang kampung ...kih kih kih! Ikut naluri saja. Tak apalah, kita cuba dulu....


Kali pertama Amie buat satu adunan, Amie dapat 4 biji Bahulu Kemboja. Amie buat waktu malam dan kononnya siang harinya selepas balik sekolah Amie nak ambil gambar. Malam itu, Amie pesan dengan Farid (ketika itu bulan Ogos, Farid sedang bercuti), Amie kata esok petang Amie nak ambil gambar Bahulu Kemboja. Balik dari tempat kerja, memang rasa teruja nak ambil gambar kuih ini... maklumlah walaupun kali pertama buat tapi nampak macam menjadi! Bila Amie ke dapur, rupanya kuih sudah habis 3/4! Farid kata, macamana dia tak makan! Sebab kuih itu sedap! Selebihnya Amie berikan pada Firdaus, yang makan dengan lahapnya tapi dia buang bijan!



Alhamdulillah... walaupun tak sempat ambil gambar sekurang-kurangnya anak-anak berminat juga dengan kuih tradisional begini. Amie pun nak makan juga kuih ini puas-puas! Jadi beberapa hari kemudian Amie pun adun lagi bahan dan bakar lagi! Kali ini berkesempatan pula ambil gambar untuk kongsi di sini.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
2 cawan santan pekat
15 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan 1 sudu kecil untuk dalam setiap acuan
bijan secukupnya

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 buah acuan bahulu kemboja.
2. Kacau gula bersama telur hingga larut.
3. Masukkan santan, jus pandan bersama telur dan adun sebati.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.

Yuhuuuu.... lepas ini boleh cuba dan cuba lagi! Amie gunakan jus pandan asli, tak campur dengan sebarang pewarna, jadi warnanya nampak pucat, tapi harum pandannya satu dapur sampai ke ruang tamu! Satu lagi, kerak di bahagian bawah, tepi dan atas kuih itulah yang menjadi rebutan!

Tak sabar nak buatkan Bahulu Kemboja untuk Bonda dan keluarga di kampung!
Sedap!
Lemak!
Manis!
Cukup rasa!

 Kalau tak hengat.... sebiji ni kita pulun sorang-sorang.... ngeh ngeh ngeh!

8 comments

  1. amie...sedapnya...bukan kuih bakar ke ni? hehehe...boleh share acuan yang digunakan tak amie?

    BalasPadam
  2. Rozita,
    ada orang panggil kuih bakar juga, tapi sesetangah tempat panggil bahulu kemboja. Acuan kuih bakar juga lah ... yang pecah 8 tu.

    BalasPadam
  3. sedapnya bahulu kemboja... amk mertua adik pandai buat ni.. sedapp


    yanieyusuf

    BalasPadam
  4. rasa seperti dah ada dlm mulut nyum nyum hehehe..sedapnyaa

    BalasPadam
  5. Assalam...bole tk sy tahu acuan tu beli d sg buluh area mna,bole tk bg sy alamt/no fon..

    BalasPadam
  6. Shida,
    Waalaikumussalam... Sungai Buluh, Jeram, Kuala Selangor. Saya pun tak pernah ke kedai tu, kakak yang belikan.

    BalasPadam
  7. Saya buat tak jadi kerak tepi dan atasnya..macam mana cara nak jadikan ketak tu ya..

    BalasPadam
  8. Mama Hana,
    mungkin boleh tambahkan beberapa minit lagi sewaktu membakarnya sehingga berkerak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe