Juadah Berbuka Puasa: Karipap Sardin, Popia & Jus Mangga

9:04 PTG

Petang tadi merajinkan diri menguli tepung nak buat karipap. Sebenarnya kalau nak makan karipap boleh beli saja di bazar Ramadhan, tapi Amie nak makan karipap inti sardinlah pulak....! Lebihan intinya pula Amie jadikan inti popia. Seronok tengok Fuad & Fairuz makan popia... tiba-tiba bila teringat anak bujang satu, Farid nun jauh di Bangi, yang memang hantu popia juga! Tiba-tiba rasa tak selera makanlah pulak. Selepas berbuka puasa Amie buka Whatsapp, nampaklah gambar sepinggan nasi campur yang dikirimkan Farid. Katanya dapat berbuka beramai-ramai di masjid. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidaklah makan bersendirian. Belajarlah berdikari  ya, abang Farid

Wokey, kita tinggalkan dulu cerita popia dan karipap inti sardin.

Amie nak cerita tentang jus mangga saja, sebab resepi popia dan karipap dan biasa sangat Amie cerita.... takut jemu pulaklah asyik dihidangkan dengan resepi ini hihihiii.....

Amie kisar sebiji mangga udang seberat 1.3 kg. Mangga yang Encik Suami petik di belakang rumah kami sudah cukup ranum. Amie tambahkan sedikit air dan gula pasir. Lepas itu Amie simpan dalam peti sejuk. Bila dikeluarkan untuk dinikmati sebagai hidangan berbuka puasa, Amie terkejut.... sebab rasa jus mangga yang Amie buat menyamai rasa jus mangga yang Amie pernah beli dan nikmati setiap hari, pagi dan petang ketika berada di Makkah pada tahun lepas! Alhamdulillah.... selama ini Amie asyik teringat jus mangga tersebut, dan selepas ini Amie akan buat sendiri jus yang enak itu! Tak perlu bubuh ais batu seperti gambar di bawah ini sebab rasanya akan sedikit berbeza! Kalau nak sejuk, simpan saja dalam peti sejuk. Tapi kalau nak bubuh ais pun tak apa, ikut citarasa masing-masing he he heee.....


Bahan-bahan:
1.3 kg mangga udang (mangga lain pun boleh - pastikan masak ranum) - kupas kulit dan potong kecil
1000 ml air
4 sudu makan gula pasir (ikut manis yang digemari)

Cara:
1. Campurkan mangga bersama air dan gula pasir di dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Simpan selama 2-4 jam dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

3 comments

  1. Amie, memang pandai masak, bestnya kalau kita berjiran.. boleh pergi buka puasa dirumah Amie! :)

    BalasPadam
  2. aww menggodanya nengok jus mangga itu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe