Masakan Sedap & Ringkas : Ikan Jenahak Goreng Berlada
3:27 PTG
Petang Jumaat... yang redup dan nyaman.
Alhamdulillah, selepas solat Jumaat Encik Suami sempat makan tengahari bersama anak-anak dan kemudian kembali semula ke tempat kerjanya. Fuad & Fairuz pula nampak begitu berselera makan nasi dengan lauk ringkas yang Amie sediakan.
Alhamdulillah, selepas solat Jumaat Encik Suami sempat makan tengahari bersama anak-anak dan kemudian kembali semula ke tempat kerjanya. Fuad & Fairuz pula nampak begitu berselera makan nasi dengan lauk ringkas yang Amie sediakan.
Amie olah ikan jenahak goreng menjadi Ikan Jenahak Goreng Berlada. Ada tambahan petai, dan juga daun limau purut sebagai penaik aroma. Amie campurkan cili merah bersama cili hijau dan juga beberapa biji cili padi. Pada kami, lauk begini sudah cukup membangkitkan selera! Jom kita tengok resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
4 keping ikan jenahak - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - goreng hingga masak - ketepikan
3 helai daun limau purut
20 biji mata petai
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 30 ml air
4 sudu makan minyak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
Bahan kisar kasar:
7 biji cili merah
7 biji cili hijau
7 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu teh belacan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kasar hingga pecah minyak.
2. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan petai dan daun limau purut. Gaul sebati sehingga daun limau purut dan petai berubah warna.
4. Masukkan ikan jenahak goreng dan taburkan garam. Kacau sekali dua.
5. Padamkan api dapur.
Aduhai.... tak perlu cari lauk tambahan! Cukuplah .... Alhamdulillah.
2 comments
emmm petai ! sedap masak sambal dengan ikan Jenahak Goreng. Best
BalasPadamtercium bau petai yg nyaman tu Mie, lagi menjejeh air liur kaknoor
BalasPadam