Kerabu Rumpai Laut Yang Enak!
12:10 PTG
Jom ratah Kerabu Rumpai Laut .....
Biasanya kakak ipar dan juga biras Amie rajin buat kerabu rumpai laut. Setiap kali kalau ada kenduri atau makan-makan keluarga di kampung, memang sering sangatlah kerabu rumpai laut yang dapat kami nikmati. Macam-macamlah versi yang dihidangkan. Pelbagai jenis campuran bahan yang digunakan. Semuanya sedap-sedap belaka. Biasanya mereka gunakan rumpai laut segar.
Kali ini Amie cuba buat di dapur sendiri. Kalau sudah namanya dapur sendiri, sudah tentulah bahan-bahan yang digunakan juga ikut citarasa sendiri yea.... he he heeee.... Amie tak gunakan rumpai laut segar, sebaliknya gunakan rumpai laut yang sudah dikeringkan dalam bungkusan, dan kemudian Amie rendam selama sehari semalam supaya benar-benar kembang dan lembut.
Kerabu Rumpai Laut enak diratah begitu saja, dan sudah tentunya bertambah enak kalau bertemankan ikan bakar! Adeeehhhh.... Encik Suami nampak begitu berselera menikmatinya sampai berpeluh-peluh! Bukan apa... Amie sengaja bubuh cili padi lebih dalam kerabu! Biarpun pedas tapi tetap tak puas menikmatinya dalam jumlah yang sedikit! Amie hanya rendam lebih kurang 80 gram rumpai laut tapi hasil rendaman sehari semalam, rumpai laut yang mengembang menghasilkan kerabu yang cukup banyak untuk hidangan kami sekeluarga... he he hee hanya Amie dan Encik Suami saja yang makan!
Jom kita lihat bersama apa bahan yang Amie gunakan untuk olahan Kerabu Rumpai Laut ini.
Bahan-bahan:
80 gram rumpai laut kering - rendam semalaman atau sehari semalam - cuci bersih dan toskan airnya - potong ikut saiz kegemaran
1/2 cawan perahan limau kasturi
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
Bahan hiris / cincang :
1 biji timun - kupas kulit dan buang empulur
2 biji mangga muda
1 kuntum bunga kantan
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
7 biji cili padi
Bahan tumbuk:
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut
7 biji cili padi
Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas.
2. Biarkan selama 15 minit.
3. Sedia untuk dihidangkan.
4. Jangan lupa... untuk rasa yang lebih enak, hidangkan bersama ikan bakar!
Eh... terlupa nak cerita... orang kata elok makan rumpai laut tau. Kononnya boleh buat kulit awet muda he he heee!
5 comments
Salam kak Amie..
BalasPadamWana suka sangat makan rumpai laut ni..memang tambah selera bila ada ikan bkar.. :)
KAK AMIE MANA NAK BELI RUMPAI LAUT KERING NI, SAYA KT PENANG
BalasPadamhttp://lengliyshop.net/obat-pembesar-penis/maxman-capsule-mmc.html
BalasPadamPembekal Rumpai Laut Kering Sabah
BalasPadamhttps://shopee.com.my/soflin?smtt=0.0.9
Pernah makan kuat bau hanyirnye.. tapi still boleh telan.. sedap jugak.. tapi klu latok perhhh memang sedap suka sangat makanan Sabah.. walaupun saya orang Perak je..hehe
BalasPadam