Sayur Kai Lan
4:07 PG
Dulu,
pulang dari sekolah, kami anak-anak tidak pernah bertanya kepada Bonda:
Mak
sudah masak?
Mak
masak apa hari ini?
Apa
yang Amie ingat, Bonda sudah sediakan hidangan tengahari di bawah tudung saji.
Kami yang keletihan mengayuh basikal dari sekolah hanya perlu membasuh tangan
dan terus duduk bersila untuk menikmati hidangan.
Kami
tidak pernah bertanya sebab kami tahu Bonda tidak pernah mengabaikan tugasnya
memasak untuk keluarga. Lauk-pauk? Sekurang-kurangnya Bonda akan menyediakan
dua menu termasuk ikan dan sayur-sayuran kampung.
Setelah
Amie menjadi ibu, Amie akui tugas dan tanggungjawab seorang ibu sebenarnya
bukan mudah. Apalagi jika ibu yang berkerjaya. Sudah tentulah perlu bijak
mengatur masa antara tugas dan urusan rumahtangga.
Mommy
sudah masak?
Mommy
masak apa hari ini?
Pertanyaan
sebeginilah yang Amie dengar setiap kali Fuad dan Fairuz pulang dari sekolah.
Sebab apa? Sebab hidangan belum tersedia di atas meja. Biasanya pada masa
itu Amie sedang kelam-kabut di dapur
menyediakan bahan untuk dimasak.
Sesibuk
mana pun, Amie sentiasa memastikan hidangan untuk keluarga akan tersaji untuk dinikmati bersama. Proses
memasak sudah semestinya mudah, ringkas tetapi menghasilkan rasa lazat yang
tidak terhingga! Bagaimana caranya? Sudah tentulah kita perlu ada pembantu!
Pembantu?
Pembantu rumah?
Pembantu rumah?
Oh!
Tidak!
Kita
hanya perlukan Maggi® CukupRasa™ ....
Inilah
rahsia penyelesaian masalah Amie ketika di dapur, terutama di saat kesibukan
sedang melanda. Masaklah apa bahan
makanan yang menjadi kegemaran anak-anak, dan olah mengikut cara masakan yang
disukai, kita hanya perlu tambahkan Maggi® CukupRasa™ yang membuatkan lauk biasa menjadi luar biasa enaknya. Fuad dan
Fairuz tidak perlu menunggu lama di meja makan, kerana hidangan segar dengan aroma
yang menggoda selera siap dalam tempoh beberapa minit sahaja!
Amie
memang sentiasa mempunyai simpanan Maggi® CukupRasa™dalam kabinet
dapur. Maggi® CukupRasa™ yang diperbuat dengan bawang-bawang segar, garam, ikan bilis dan rempah mampu
melazatkan pelbagai sajian untuk keluarga kecil Amie!
Di
sini Amie ingin kongsikan resepi berasaskan sayur-sayuran yang mudah untuk disediakan
tetapi dengan sentuhan akhir daripada taburan perencah Maggi® CukupRasa™, menu
ini menjadi begitu istimewa.
Jom
kita lihat bagaimana Maggi® CukupRasa™ mampu mengubah hidangan
berasaskan sayur-sayuran ini menjadi
lebih lazat.
Resepi : Sayur Kai Lan
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
400 gram sayur kailan - potong
sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan
5 batang putik jagung - potong serong
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
200 gram udang - buang kepala dan
kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
3 sudu makan minyak
Cara
membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang
besar serta bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan udang, lobak merah serta
batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan putik jagung
serta daun kailan. Tutup kuali
selama 2 minit.
4. Buka penutup kuali dan taburkan
perencah Maggi® CukupRasa™
Sangat
mudah bukan cara penyediaannya? Sudah tentulah anak-anak rasa tidak sabar untuk
menjamahnya. Terhidu aroma bawang segar sahaja sudah cukup mengundang selera
untuk menikmati hidangan yang baru diangkat dari dapur.
Mmmmm.....
inilah hasil masakan yang tiada tandingan keenakannya! Biarpun menu ringkas
namun mampu mengeratkan hubungan kasih sayang antara keluarga. Encik Suami
nampak enak meratah sayur kai lan yang rangup, Fuad dan Fairuz sudah tentunya
tidak akan meninggalkan sisa makanan di atas pinggan masing-masing.
Mungkinkah
pertanyaan yang sering diulang-ulang itu:
Mommy
sudah masak?
Mommy
masak apa hari ini?
Sebenarnya
membawa makna tersirat yang bermaksud anak-anak tidak sabar-sabar untuk
menikmati hidangan yang lengkap enak
dengan Maggi® CukupRasa™ seperti hidangan yang mereka nikmati
sebelum ini?
Jangan
lupa gunakan Maggi® CukupRasa™ sebagai
perasa lengkap untuk anda sediakan apa juga jenis masakan! Selain
menyebarkan aromanya yang tersendiri, ia mampu mengikat hubungan
kekeluargaan anda kerana air tangan ibu tidak mungkin dapat dilupakan oleh
anak-anak hingga akhir hayat mereka.
8 comments
Sedap..biasa kailn msk goreng ikn msin jew..wat mcmnepun ok jgk kn
BalasPadammas selalu masak kailan goreng belacan ..
BalasPadamnext time nk try goreng mcm akak buat ni .. simple ..tpi menyelerakan ...
Sayur goreng ni nmpk sedap, boleh meningkat selera makan !
BalasPadammemang sedap sayur kailan goreng ni.. ditambah pula dengan Maggi CukupRasa.
BalasPadamLagi-lagi sebaik tuang dlm hidangan terus dimakan masih rangup mestilah sedap Amie:)
BalasPadamWaaa.... sedapnya meratah
BalasPadamZila,
BalasPadamresepi yang sangat ringkas... cepat dimasak sedap diratah!
Mas,
memang sedap masak gini Mas, ringkas tapi sodap!
Zanita,
betul tu Zanita.... sekejap je siap!
Eny,
BalasPadamdah tak payah nak tambah perasa lain.. dah cukup dah...he hehee.
Kakzakie,
betul tu kak... rangup krupkrap berbunyik dalam mulut.
Gee,
meh sama-sama ratah Gee.