Petang tadi merajinkan diri menguli tepung nak buat karipap. Sebenarnya kalau nak makan karipap boleh beli saja di bazar Ramadhan, tapi Amie nak makan karipap inti sardinlah pulak....! Lebihan intinya pula Amie jadikan inti popia. Seronok tengok Fuad & Fairuz makan popia... tiba-tiba bila teringat anak bujang satu, Farid nun jauh di Bangi, yang memang hantu popia juga! Tiba-tiba rasa tak selera makanlah pulak. Selepas berbuka puasa Amie buka Whatsapp, nampaklah gambar sepinggan nasi campur yang dikirimkan Farid. Katanya dapat berbuka beramai-ramai di masjid. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidaklah makan bersendirian. Belajarlah berdikari ya, abang Farid.
Wokey, kita tinggalkan dulu cerita popia dan karipap inti sardin.
Amie nak cerita tentang jus mangga saja, sebab resepi popia dan karipap dan biasa sangat Amie cerita.... takut jemu pulaklah asyik dihidangkan dengan resepi ini hihihiii.....
Amie kisar sebiji mangga udang seberat 1.3 kg. Mangga yang Encik Suami petik di belakang rumah kami sudah cukup ranum. Amie tambahkan sedikit air dan gula pasir. Lepas itu Amie simpan dalam peti sejuk. Bila dikeluarkan untuk dinikmati sebagai hidangan berbuka puasa, Amie terkejut.... sebab rasa jus mangga yang Amie buat menyamai rasa jus mangga yang Amie pernah beli dan nikmati setiap hari, pagi dan petang ketika berada di Makkah pada tahun lepas! Alhamdulillah.... selama ini Amie asyik teringat jus mangga tersebut, dan selepas ini Amie akan buat sendiri jus yang enak itu! Tak perlu bubuh ais batu seperti gambar di bawah ini sebab rasanya akan sedikit berbeza! Kalau nak sejuk, simpan saja dalam peti sejuk. Tapi kalau nak bubuh ais pun tak apa, ikut citarasa masing-masing he he heee.....
1.3 kg mangga udang (mangga lain pun boleh - pastikan masak ranum) - kupas kulit dan potong kecil
1000 ml air
4 sudu makan gula pasir (ikut manis yang digemari)
Cara:
1. Campurkan mangga bersama air dan gula pasir di dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Simpan selama 2-4 jam dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Mengoda sungguh jus mangga tu Amie...
BalasPadamAmie, memang pandai masak, bestnya kalau kita berjiran.. boleh pergi buka puasa dirumah Amie! :)
BalasPadamaww menggodanya nengok jus mangga itu
BalasPadam