Ayam Panggang Madu
9:51 PTG
Lama Amie tak kongsi menu ayam panggang. Jom layan Ayam Panggang Madu nan seksi di bawah ni. Ayam Panggang Madu di bawah ini lama tersimpan dalam folder, dan baru ada kesempatan untuk mengongsikan bersama.
Seperti biasa, Amie gunakan resepi di bawah ini. Kalau rajin, boleh klik DI SINI.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar seberat 1.5-- 1.7kg - bersihkan dan tos
Bahan A:
3cm halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu makan stok ayam pekat
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih - tumbuk
2 sudu makan minyak bijan
Bahan B:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan stok ayam pekat
3 sudu makan madu
Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 4 jam / sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas - Amie panggang selama 90 minit.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.
9 comments
Kak...kita pun nk masak ayam panggang ari ni...meriah ki dicuwel2..hihii
BalasPadamwaaa.... mcm sedap je... boleh try la nanti
BalasPadamsedapnya..
BalasPadamterus terasa2 mcm nak memanggang juga...
Tetiba**
hehe
Salam K.Amie, bahan-bahannya pun mudah dan semua ada di dapur. InsyaAllah ada kesempatan teringin juga nk cuba.
BalasPadamSalam,
BalasPadamUntuk kek lapis, tepung top tu sama tak dengan tepung halus ataupun tepung pau?
Kalau tak sama boleh tak substitute dengan tepung2 tu?
Sebab saya tak ada tepung top. Tk.
Sona,
BalasPadamuntuk menghasilkan kek lapis yang berkualiti biasanya gunakan tepung hong kong, tepung top mengandungi tepung jagungdan sesuai untuk buat biskut... wallahu'aklam, kalau salah maaafkan saya, anda boleh google
Maaf. Maksud saya tepung hong kong, buka tepung top.
BalasPadamTepung HK sama tak degan tepung halus ataupun tepung pau?
Boleh tak ganti dengan tepung halus atau tepung pau?
Sona,
BalasPadamsaya tidak arif sepenuhnya tentang tepung ni, tapi setahu saya tepung hong kong tu tak sama dengan tepung pau, tapi tepung hong kong boleh digunakan untuk buat kuih pau, bermakna tepung hong kong bukannya tepung pau. Cuma kedua-duanya mempunyai tekstur yang sama... lebih halus.
Ok, terima kasih.
BalasPadamUntuk trio layer cake, berapa hari boleh tahan, kalau simpan luar fridge dan dalam fridge?