Pages

Khamis, 18 September 2014

Ayam Panggang Madu

Lama Amie tak kongsi menu ayam panggang. Jom layan Ayam Panggang Madu nan seksi di bawah ni. Ayam Panggang Madu di bawah ini lama tersimpan dalam folder, dan baru ada kesempatan untuk mengongsikan bersama.


Seperti biasa, Amie gunakan resepi di bawah ini. Kalau rajin, boleh klik DI SINI.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar seberat 1.5-- 1.7kg - bersihkan dan tos

Bahan A:
3cm halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu makan stok ayam pekat
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih - tumbuk
2 sudu makan minyak bijan

Bahan B:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan stok ayam pekat
3 sudu makan madu 

Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 4 jam / sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas - Amie panggang selama 90 minit.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B. 
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.

9 ulasan:

  1. Kak...kita pun nk masak ayam panggang ari ni...meriah ki dicuwel2..hihii

    BalasPadam
  2. waaa.... mcm sedap je... boleh try la nanti

    BalasPadam
  3. sedapnya..

    terus terasa2 mcm nak memanggang juga...
    Tetiba**
    hehe

    BalasPadam
  4. Salam K.Amie, bahan-bahannya pun mudah dan semua ada di dapur. InsyaAllah ada kesempatan teringin juga nk cuba.

    BalasPadam
  5. Salam,

    Untuk kek lapis, tepung top tu sama tak dengan tepung halus ataupun tepung pau?

    Kalau tak sama boleh tak substitute dengan tepung2 tu?

    Sebab saya tak ada tepung top. Tk.

    BalasPadam
  6. Sona,
    untuk menghasilkan kek lapis yang berkualiti biasanya gunakan tepung hong kong, tepung top mengandungi tepung jagungdan sesuai untuk buat biskut... wallahu'aklam, kalau salah maaafkan saya, anda boleh google

    BalasPadam
  7. Maaf. Maksud saya tepung hong kong, buka tepung top.

    Tepung HK sama tak degan tepung halus ataupun tepung pau?

    Boleh tak ganti dengan tepung halus atau tepung pau?

    BalasPadam
  8. Sona,
    saya tidak arif sepenuhnya tentang tepung ni, tapi setahu saya tepung hong kong tu tak sama dengan tepung pau, tapi tepung hong kong boleh digunakan untuk buat kuih pau, bermakna tepung hong kong bukannya tepung pau. Cuma kedua-duanya mempunyai tekstur yang sama... lebih halus.

    BalasPadam
  9. Ok, terima kasih.

    Untuk trio layer cake, berapa hari boleh tahan, kalau simpan luar fridge dan dalam fridge?

    BalasPadam