Udang & Sotong Goreng Rangup

2:00 PTG

Ini resepi tertunggak... hidangan makan malam untuk malam semalam. Oleh kerana internet buat hal, malas nak tunggu lama.... terus tidur sebab 7.30 hingga 2.00 petang Sabtu ada Latihan Dalam Perkhidmatan. Udang dan sotong goreng ini Amie ikut resepi kakak ipar Amie. Adunkan tepung gandum dengan tepung jagung, dan tambahkan lada putih serta serbuk ENO. Memang rangup!



Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas sederhana besar - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor
3 ekor sotong sederhana besar - buang kulit, mata dan mulut serta asingkan telur jika ada, potong ikut suka
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
3 biji bawang putih - tumbuk
3cm halia - tumbuk
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu serbuk ENO
1/2 sudu serbuk kunyit
air
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, semua bahan tumbuk, serbuk ENO, serbuk pati ikan bilis serta sebuk kunyit.
2. Masukkan air dan buat satu adunan yang sedang-sedang, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan udang atau sotong ke dalam adunan dan goreng dengan minyak terendam.
5. Apabila kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan hidangkan.

Resepi begini memang jadi rebutan anak-anak. Seronok tengok mereka makan. Licin bersih! Pada masa yang sama Amie teringin pula makan ikan kering terbang kukus dan juga telur hitam seperti di bawah. Jadi, ini bahagian Amie dan suami pula menghabiskannya.... anak-anak manalah mahu makan...



Ke mana pun kupergi, lauk-pauk kampung tetap menjadi pilihan!

16 comments

  1. tepat sekali akak ayu ni memang suka masakan kampung...ikan masin tue penambah selera even mcm2 masakan moden sekarang ni

    BalasPadam
  2. Mp buat udang goreng rangup ni tak pernah menjadi...anak2 sllu kata tak macam di kedai...Rupa2nya, rahsianya ada di dapur Amie....wokeyy nnti nak cuba buat....thnks....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Mmg Sedap Sotong Dan Udang Goreng Rangup....Anak2 Kak Lin Suka Sangat...

    BalasPadam
  4. telur hitam tu mcm mana ye kak amie? kalau telur herba yg mcm org sarawak buat tu pernah jugak makan.

    BalasPadam
  5. Ayu,
    sesekali layan ikan kering.... walaupun tak sesering dahulu masa kecik2

    BalasPadam
  6. MP,
    ada macam2 cara buatkan jadi rangup, cara Amie ini salah satu daripadanya... cubalah, sekali,dua kali ...insya-Allah menjadi.

    BalasPadam
  7. Lin,
    memang... layan selera anak2, berapa banyak pun tetap laris... mereka tak tahu jemu.

    BalasPadam
  8. Nani,
    suami Kak Amie kata ibunya pernah bekerja sambilan buat telur hitam ni, telur ni telur itik.... sayangnya tak sempat nak tanya apa ramuannya sebab ibu mentua kakak dah lama 'pergi'... sesetengah orang kata ini telur herba.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum akak...
    menu2 tu semuanya menyelerakan tau akak... tambah2 lg ikan yg kat bawah tu... menyelerakan sungguh... sedaaapnyaaaaaa.... terliur sudah

    BalasPadam
  10. ummie pun suka lauk2 kampung amie, evergreen..

    BalasPadam
  11. gambar ikan dengan dekonya tu sungguh memancing air liur..memang nampak sangat best Kak Amie

    BalasPadam
  12. Dianaaaaa...
    pandai makan ikan kering ye.... makan sekali-sekala sedapkan!

    BalasPadam
  13. Ummi,
    bestnya dunia masakan kita ye... pilih je mana kita nak.... menu kampung,moden, barat, timur... semua ada, cuma kena tepuk perut tantya selera je... he hehehhh

    BalasPadam
  14. Ixora,
    he he.... memancing air liur ye, mehlah datang sini selalu,jangan segan2 buka tudung periuk kak Amie... he hehehhh

    BalasPadam
  15. salam kak amie..2 hari tak online macam2 menu akak tayang terlepas sungguh sedapnya kak nasib baik saya puasa kak.. hihihih kalau tak nak datang umah makan..:)

    BalasPadam
  16. Salam Juwita,
    yang mana kita masak yang itulah kita kongsi resepi dengan kawan-kawan, selagi ada mood rajin selagi itulah masukkan resepi... nanti kalau dah datang mood malas masak.... he hehehhhh... tak adalah resepi masuk...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe