Nasi Jagung Ayam Ros Pandan
9:27 PTG
Assalamualaikum semua..... tengahari tadi sempat singgah di dapur Wattie Home Made sebab terbau Ayam Ros Pandan dari dapurnya. Oleh sebab cerita resepinya sungguh menarik hati, Amie pun berkira-kira untuk mencuba resepi yang katanya amat enak itu. Audit dari luar dokumen kualiti pun sudah datang pagi tadi, jadi bolehlah balik rumah sebelum pukul 3 petang. Sempat pesan dengan suami minta belikan ayam segar bahagian peha. Terbayang-bayang depan mata betapa lazatnya dapat masak ayam segar, terasa-rasa manisnya..... Amie gandingkan Ayam Ros Pandan dengan Nasi Jagung yang Amie ubahsuai dari resepi asalnya dalam Majalah RASA keluaran Jun 2011.
Untuk resepi Ayam Ros Pandan bolehlah jenguk resepinya di dapur Wattie Home Made di SINI. Boleh juga terus menuntut ilmu dari pakarnya di Dapur Tanpa Sempadan CM Gebu di SINI dan juga daripada Kak Nor Secubit Garam di SINI. Terima kasih kepada semua sifu kerana telah menghasilkan resepi yang sangat sedap ini. Kena rajin buat bawang goreng sendirilah seperti kata Wattie supaya rasanya lebih lazat, wangi.... dengan aroma daun pandannya yang membangkitkan selera. Kepada tuan punya resepi, minta halal ye... dan Amie tolong sebarkan kerja amal yang baik ini untuk tatapan rakan-rakan yang lain.
Ayam Ros Pandan
Resepi Asal : CMG - Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Nor - Secubit Garam
Bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan kisar halus :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah - Nur gunakan cili kering kisar
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato
Cara Membuatnya :
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
Resepi Asal : CMG - Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Nor - Secubit Garam
Bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan kisar halus :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah - Nur gunakan cili kering kisar
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato
Cara Membuatnya :
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
3. Tuang air dan kacau rata.
4. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..
Untuk Nasi Jagung pula Amie perturunkan resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
4 cawan beras - cuci dan toskan airnya
1 tin jagung
200ml susu cair
150ml air
1 helai daun pandan
1 sudu makan serbuk pati ayam
100 gram minyak sapi
50 gram marjerin
sedikit pewarna kuning telur - jika suka
Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - cincang halus
3 biji bawang putih - cincang halus
1.5cm halia - hiris nipis
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Pada masa yang , sementara air mendidih, panaskan minyak sapi dan marjerin dalam kuali dan kemudian masukkan kesemua bahan tumis. Kacau dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan beras, jagung dan serbuk pati ayam serta pewarna dan gaul rata.
3. Masukkan susu cair dan air.
4. Kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan menjadi kering.
5. Pindahkan nasi yang telah kembang tadi ke dalam periuk pengukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Hidangkan bersama Ayam Ros Pandan dan Acar Mentah.
Jom makan.... bismillah.....
20 comments
sedapnya tgk menu nasi jagung akak ni...sungguh menyelarakan dgn ayam ros tu lagi...order 1 set kak yer...hehe
BalasPadamNieza,
BalasPadamnampaknya Nieza langkah kanan malam ni....sebab dtg duluan...ada lagi sepinggan untuk Nieza... he heheheh
suke tgk your cooking~ hehe inspiring~ hopefully one day i can be a good cook for my family..
BalasPadamAssalam kak,uishh memalam singgah sini,udah terliur nih kak..Rajinya akak,selalu wat mcm2 jenis nasi..Ayam tuh pon nmpk sedap sgt,yerla mesti wangi jer kan..
BalasPadamkak amie. sedapnya menu akak ni.. terliur tgk nanti leh la cuba plak..ba
BalasPadamAssalamualaikum akak amie...
BalasPadamwah sedapnya set nasi tu akak... semua ada... tengok ayam tu mmg menyelerakan sekali ler akak... sedap sungguh...
kat rumah dah lama tak beli ayam..sbb incik suami dah tak makan ayam...
BalasPadamselalunya masak simple2 saja
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamWuisshhh....cepatnya Amie buat projek ayam tu, akak juga yang mai lambat, gerenti dah tinggai bekas ni
Aesh,
BalasPadaminsya-Allah....any one can cook...
Dana,
BalasPadamhari2 di kantin makan benda yg sama je... bosan, kena masak sendiri kalau nak makan, di sini mmg tak byk pilihan resepi mcm yg dijual di tempat kita...
Juwita,
BalasPadamjom... kita sama2 kongsi resepi, cuba mana yg berkenan...
Diana,
BalasPadamkelainannya ayam tu sbb ada bawang goreng yg dimasukkan bersama di akhir masakan.... sedap!
Mama Ema,
BalasPadammemang ada orang yg tak makan ayam, abang ipar amie pun tak makan ayam...
Wattie,
BalasPadamsedaplah ....hingga jilat jari, tang bawang goreng tu yang best
Rumah saya, ayam kurang sikit. Kalau beli pun selalu buat goreng je..
BalasPadamummi tak pernah buat lagi nasi jagung ni, nampaak sedap sangat..
BalasPadamHazila,
BalasPadamayam goreng semua orang suka....anak2 lagi laaa...
Ummi,
BalasPadamkami sekeluarga suka sgt makan jagung, terutama anak2...kalau masak begini cepat licin!
nampak sedap sesangat!
BalasPadamIxora,
BalasPadammemang sedap... tak tinggal sisa pun...licin!