Nostalgia Air Tangan Makcik Rabiah

8:31 PTG

Petang ini ada cerita dari dapur... kerana tak semena-mena teringat pada seorang makcik.... ibu angkat Amie....Makcik Rabiah di Jeram. Sekitar tahun 1980-an semasa Amie Tingkatan 1, Amie tinggal bersamanya, kerana suami makcik Rabiah bekerja di Kelang, hanya balik pada petang Sabtu dalam seminggu. Anak-anak makcik semuanya bekerja jauh, ada yang masih belajar tapi tinggal di asrama di Kuala Lumpur. Memandangkan makcik mengalami masalah pendengaran, Amie diminta menemaninya. Kebetulan sekolah pun berhampiran, Amie jalan kaki saja. Tiap hujung bulan Amie tolong bayar bil air dan bil letrik. Kadang-kadang Amie tolong beli lala atau kerang di Pekan Jeram. Makcik Rabiah memang sangat pengasih dan penyayang. Bukan Amie yang jaga beliau, tapi Amie pula yang dijaganya. Tiap-tiap pagi Makcik Rabiah bangun awal, sediakan Amie sarapan pagi sebelum ke sekolah, dan bekalkan makanan. Paling seronok kalau Makcik Rabuah buat minyak kelapa. Wangi je bau minyak yang baru dimasak, dengan tahi minyaknya sekali. Amie suka sangat parut kelapa (guna mesin), maklumlah masa tu bukan semua orang mampu beli mesin kelapa. Seminggu sekali Amie bantu Makcik Rabiah belah koko. Hari Sabtu datang orang Cina membeli koko. Makcik Rabiah akan bagi Amie beberapa ringgit sebagai upah belah koko. Suatu petang Jumaat, semasa Amie bantu belah koko, tiba-tiba pisau tersasul membelah jari telunjuk Amie sebelah kiri..... punyalah Makcik Rabiah kelam kabut bawa Amie ke klinik. Ada lagi parut tu sampai hari ini.... sepanjang 1 inci.  Okey, kita cerita tentang masakan makcik kesayangan Amie ini. Antara  satu set masakan yang selalu Makcik Rabiah sediakan ialah seperti di bawah....


Boleh dikatakan hampir setiap minggu Abang Besar (anak makcik yang sulung) balik dari UPM dengan isterinya akan beli ikan cencaru besar di Pasar Sungai Buluh. Makcik Rabiah akan panggang ikan itu. Seingat Amie, biasanya Makcik Rabiah akan masak lemak sayur tertentu dengan mamasukkan lala yang sudah dibuang kulit ke dalamnya. Satu perkara yang Amie tak mungkin lupa ialah, dalam seminggu paling kurang satu kali Amie memungut sayur kangkung yang tumbuh liar di celah-celah pokok pisang dan pokok kelapa. Makcik Rabiah akan buat sambal hitam untuk cicah dengan kangkung celur. Entah apa cerita Makcik Rabiah sekarang. Mudah-mudahan masalah pendengarannya akan bertambah baik. Petang tadi Amie sediakan lauk pauk yang biasa dihidangkan oleh Makcik Rabiah sewaktu Amie tinggal bersamanya. Amie juga sempat sediakan sup ayam untuk anak-anak....



Sup Ayam + Cendawan Shiitake  + Lobak Merah



Nak kongsi satu resepi saja iaitu sambal hitam. Sambal hitam ini Kak Alang Azizah (anak Makcik Rabiah) yang ajar Amie buat. tentulah sampai sekarang Amie ingat....mudah saja cara membuatnya. Tumbuk 2-3 biji lada kering dengan bawang merah mentah. Masukkan garam & gula. Dulu Kak Alang tambah ajinomoto. Campur dengan sedikit air asam jawa dan kicap. Itu saja. Tapi petang tadi, Amie tak masukkan benda lain kecuali masukkan kicap manis cap Kipas Udang ( sudah cukup lengkap bahannya). Amie gantikan asam jawa dengan perahan air limau kasturi. Harap suatu hari nanti Amie dapat berjumpa dengan Makcik Rabiah.

28 comments

  1. Best baca pengalaman akak...cuma nk zoom jauh sbb guna phone Buka ni。・°°・(>_<)・°°・。

    BalasPadam
  2. Ayu,
    sekadar coretan masa lalu yg masih menggamit kenangan ketika berada di dapur...ewahhhh

    BalasPadam
  3. wah!panjang lebar story silam amie tu.seronok akak baca..Jeram kat kuala selangor tu ke amie?..dah lama tak ke sana..kubor adik lelaki bongsu akak ada di Jeram.meninggal masa baby thn '72.dah lama kan?

    sambal hitam tu nampak sedap..bolehlah akak cuba buat nanti.:)

    BalasPadam
  4. kak amie..sambal hitam tu mkn dengan goreng pisang pun sedap kak..suka mieza..ada pisang tanduk yg bbsitter mieza kasi..leh grg esok n cicah sambat hitam ni..kak mana address akak..send to my email ye kak..email mieza ada kat blog mieza tu :)

    BalasPadam
  5. Kak Anim,
    memang Jeram di Kuala Selangor tu... tahun 72 tu dah lama berlalu, dekat 40 tahun...Jeram pun dah byk berubah...

    BalasPadam
  6. Mieza,
    dah send pagi tadi, agaknya tak sampai kot... nanti kakak email lagi...

    BalasPadam
  7. mcm2 masakan ade kat sini..sungguh menyelerakan...rase nak jer berjiran dgn amie ni tau..kot2 boleh ler hulurkan sepiring kat jiran mcm ain nikann...

    BalasPadam
  8. ralit pula baca kisah kak amie ni. saya suka baca kisah2 dan pengalaman kawan2 yg jarang kita dengar. satu benda yang saya persan tentang penulisan kak amie ni kan, kak amie mesti akan tulis perkataan penuh2, ejaan yang betul dan ayat yang tersusun. maafla kak amie kalau mata kak amie sakit baca tulisan saya dengan ejaan yang entah apa2 ni..naik segan pula dengan kak amie.

    suka makan sambal hitam macam tu dengan tempe goreng garing...adus... sedapnya!

    BalasPadam
  9. salam kak amie.. imbas kenangan lalu ye..:) kadang manis bila dikenang...

    BalasPadam
  10. Sllurppp... sedap2 sume lauk2 amie... sup ayam tu kita suka... sambal hitam tu makan dengan cucur ikan bilis pun sodap kan...

    BalasPadam
  11. bestnya baca :)

    sambal itam tu sungguh menggoda..plus ulam tu

    BalasPadam
  12. saya suka celur kangkung kalau buat nasi lemak. Cicah sambal belacan pun sedap kan kak....

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum akak...
    memang seronok kalau datang kat dapur akak nie.. dapat membaca pengalaman dari akak... suka sesangat..

    akak... tgk menu kat atas tu sungguh menyelerakan ler akak... sedaaap sesangat.. sambal tu lg ler... terliur tgk

    BalasPadam
  14. Ain,
    seronoknya Kak Amie dengar.... kalau kita dapat tinggal berjiran, memang boleh saling bertukar pinggan....nak pula bulan puasa nanti....he hehheheh

    BalasPadam
  15. Nani,
    terima kasih sudi baca,
    oleh sebab masak-memasak ni perkara wajib, hari-hari kita buat, kebetulan bahan masakan yang digunakan pula ada kaitan dengan banyak peristiwa lampau (sebenarnya sebab keseorangan di dapur - banyaklah imbauannya)rasanya sesuailah dengan tema The Story of Amie's Little Kitchen : Cooking With My Heart And Soul... he hehehh,

    Kak Amie belum pening kepala baca tulisan dengan ejaan ringkas, he heheh...masih okey...

    Suka tempe ye.... tempe yang sangat sedap atau paling sedap pernah Kak Amie makan ialah semasa berkunjung ke Pulau Jawa....best!

    BalasPadam
  16. Salam Juwita,
    memang kenangan silam biarpun pahit, bila dikenang semuanya jadi manis....

    BalasPadam
  17. Wana,
    Kak Amie suka sup ayam yang bonda masak... lengkap dengan segala rempah!....rasanya pun sedap & harum...

    BalasPadam
  18. Kasih,
    sambal kenangan tu.... lama tak buat.

    BalasPadam
  19. Hazila,
    ha.... kalau kangkung dengan nasi lemak, seingat Kak Amie itu macam menu dalam kapal terbang tu... wah! Lain kali masak nasi lemak kena ada kangkung celur...

    BalasPadam
  20. Diana,
    agaknya beginilah contoh orang yang kesunyian di dapur.... berkawan dengan radio, telinga yang mendengar, nak bercakap... dengan siapa pula.... akhirnya bercelotehlah dalam blog... dapat kongsi cerita yang diimbau dari dapur bersama kawan2 yang sporting... he hehehhh

    BalasPadam
  21. mcm2 story dr k'amie...rajin akak menulis, ida menulis2 kureng rajin..huhuhu...menu yg ada tu pun sedap

    BalasPadam
  22. Ida,
    suka-suka saja...
    lagi pn tak ada kawan bercerita di dapur... he hehehhh

    BalasPadam
  23. Sy suke sgt mkn ulaman ni, hmmm menyelerakan sungguh kak...lapar rasanya tgk menu ni

    BalasPadam
  24. kenangan mengusik jiwa, best menu sihat. akk pun dh lama tak ke pantai remis, suka sangat g situ

    BalasPadam
  25. Aju,
    menu simple ... masakan orang kampung...

    BalasPadam
  26. Kak Rosa,
    terakhir pergi pantai remis tahun lepas, raya puasa kedua... sempat beli mentarang dengan belangkas...

    BalasPadam
  27. Seronoknya pengalaman Amie, moga Amie dapat bertemu kembali dengan makcik Rabiah...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe