Tortilla Daging Berempah
12:37 PTG
Salam semua. nampaknya sejak kelmarin hingga ke malam tersekat dalam dapur sendiri, tak boleh keluar ke mana-mana. Terpaksalah tahan hati dengan karenah internet ni. Resepi yang tertunda hingga terpaksa up-date pada bulan Julai (1 hb) ini merupakan resepi bulan Jun (30 hb)....dah sebulan, dah basi.... he heheh... Oleh kerana seharian hujan dari pagi hingga ke tengahari, sebelah petangnya pula dingin mencengkam sampai ke tulang. Terfikir pula nak masak sesuatu yang boleh panaskan badan. Rajin pula petang kelmarin menguli tepung. Akhirnya jadilah roti tortilla, walaupun tak secantik dan semolek yang sedia dijual di supermarket, tapi dapatlah dijamah oleh seisi keluarga sebagai santapan petang...
Berikut Amie tuliskan bahan dan cara penyediaan roti tortilla yang biasa Amie buat, dah tak ingat dari mana dapat resepi ini. Kalau buat memang dalam jumlah yang banyak, sebab anak-anak suka makan yang baru diangkat dari kuali. Kalau ada silap minta maaf ye....
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak sayuran - Amie gunakan minyak jagung je..kalau ada vegetable shortening lagi baik
1 1/2 cawan air suam
Cara:
1. Campurkan tepung dan baking powder serta garam.
2. Tuangkan minyak dan gaul rata.
3. Masukkan air suam.
4. Uli hingga menjadi doh.
5. Bahagikan doh kepada 5 bahagian. Setiap bahagian bahagikan lagi kepada 3 bahagian. Semuanya berjumlah 15 bahagian.
6. Rehatkan doh antara 10-12 minit.
7. Canai setiap doh hingga nipis.
8. Goreng tanpa minyak di dalam kuali.
9. Apabila nampak garing, bolehlah angkat.
10. Hidangkan bersama daging berempah.
Walaupun tidak secantik mana, tapi cukup sempurna untuk memenuhi selera anak-anak. Amie buat roti tortilla seperti kelongsong, susun daun salad dan timun serta daging berermpah di dalamnya. Resepi ini pun Amie main ingat saja, sekali lagi kalau tersilap ... minta maaf, sebab apabila keinginan untuk makan datang mendadak, jadi capai sajalah apa yang ada di dapur ntuk dijadikan intinya...
Amie kongsikan juga resepi Daging Berermpah di sini.
Bahan-bahan:
400 gram daging kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 biji bawang putih (cincang)
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 sudu besar rempah jintan putih
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
2 biji tomato (cincang)
1 cawan kacang pea
1 sudu serbuk pati ayam
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato.
3. Masukkan daging kisar. Gaul sebati.
4. Masukkan tomato cincang dan kacang pea.
5. Masukkan lada putih. Kacau rata.
6. Taburan serbuk pati ayam dan gaul hingga mesra.
7. Angkat dan bolehlah masukkan ke dalam kelongsong roti tortilla.
Anak-anak kenyang makan roti tortilla sehingga tidak mahu makan malam lagi.... Jom cuba resepi yang ringkas ini, sedap makan panas2 yea.... sebenarnya, Amie taklah sekenyang mana, sebab dalam 15 keping itu...14 keping dimakan dengan penuh selera oleh anak-anak dan suami!
24 comments
1st time dgr pasal roti nih...nmpk sgt sodap...
BalasPadamPapa Mifz,
BalasPadamala2 capati gitu...
salam amie,sama la kita
BalasPadamentri akak yang hari ni pun sepatutnya post semalam tapi semalam tenet buat hal betul..langsung takleh bukak..jadi lah entri basi kan?..akak bawakan lauk semalam je lah hari ni ya..hehe
Kak amie,
BalasPadamsedap nampk menu ni..kita pun suka buat macam gini, bila time dah boring makan nasi..
Salam Kak Anim,
BalasPadambetul tu kak... mood utk cerita tentang resepi yg dimasak pun tak dapat dipamerkan sepenhnya... sebagaimana cooking with my heart and soul... hehehehhh
Salam Ayu,
BalasPadammakan begini pun boleh mengenyangkan...., sedap makan ketika roti tu baru kiat kuarkan dari kuali ye...
Salam Amie,
BalasPadamBila singgah sini mesti rasa cam termengidam...heheheh....mengancam tul hidangan Amie hari ni
Salam Wattie,
BalasPadamAmie pun termengidam jgak...ginilah kejadiannya... he hehehh
rajinnya Amie ni...uishhhh tabik spring saya ke awak ni...sedap banget nampak roti tortilla awak tu,,,,jelesnya saya
BalasPadamSalam Ixora,
BalasPadamjom buat roti ni...senang je macam buat lempeng... hehehehhh
tortilla? bleh lawan kfc ni
BalasPadamsalam kak amie.. sedap nya nampak tortilla ni .. ita rajin gak buat tortilla tapi tak sempat amik2 gambo.. hiihiih
BalasPadamSalam Kak Amie...
BalasPadamrajin betul akak buat tortilla sendiri. Dok scroll tengok menu akak ni, aduhhh... gerammnye tengok sutun kat bawah nun... gemuk2 sutun nye. mesti ada telur.
Ijan
kak Amie..feveret mieza nih tortilla..waaaa dah berapa tahun dah mieza tak makan...mana nak dapat kulit tortila kat sini? Tesco ada ke kak? kakkkkk nak tortila segulung kakkkkkkkk hehehehe
BalasPadamAssalamualaikum akak...
BalasPadamdiana dah lama x buat tortilla nie... sedapnya akak... terasa plak nak makan... :)
Salam JARI,
BalasPadammemang boleh lawan kfc...sbb roti tortilla lebih mengenyangkan...
Salam Juwita,
BalasPadamkalau buat roti tortilla sendiri, kita bebas pilih nak makan dengan apa yg kita suka....best!
Salam Ijan,
BalasPadammemang sutun2 tu tgh bunting...penuh telur, kebetulan pulak semuanya ada isi...agaknya musim sutun bunting kut..., masa bersihkan tu pun kena hati2 tak mau telurnya rosak..
Salam Mieza,
BalasPadamKak Amie buat sendiri roti tortilla tu, setahu kakak kalau di supermarket biasanya ada dijual, rupanya pun jauh lebih cantik dr yg kak amie buat ni... kak amie belum pernah beli rotinya...tp kawan2 kata di Giant ada...
Salam Diana,
BalasPadamKak Amie dah teringin sangat nak makan time cuaca sejuk lepas hujan, tu yg rajin sikit menguli tepung tu.... kira ok jugaklah walau tak secantik yang dijual tu... hehehhh...
kenapa saya tak pandai masak seperti akak erkh...huhuhu..
BalasPadamari ni pun just singgang ikan dan masak pedas lala utk mkn tengahari...
Assalam Mama Ema,
BalasPadamsebenarnya Mama Ema pandai masak, kita sama2 pandai masak tau... heheheh
kagum! kak amie pandai buat tortilla. sebelum ni pernah makan yg dijual di McD je. heheh...itupon taktau zaman bila punya...sedap nampak inti daging berempah tu...kalau rumah kite dekat2 aje, mau aje sy singgah tempat kak amie.heheh
BalasPadamAssalam Nani,
BalasPadamterima kasih di atas kekaguman itu...ecewahhhh...Kak Amie main bantai aje dik, di sini bukannya banyak pilihan makanan yang kita suka, mau tak mau kenalah buat kala dah teringin sangat,
Nani pun boleh buat ape.... tu yang macaron pun sudah buat, tortilla lagilebih senang...