Belawis Sos Thai
10:47 PTGJumpa lagi..... selesai sudah tugas memberi ceramah teknik menjawab SPM di SMK Desa Kencana di Felda Sahabat 16. Amie berangkat seawal 6.15 pagi dan sampai ke sana tepat pukul 7.55 pagi dan ceramah bermula pukul 8 pagi. 12.15 tengahari Amie berangkat dari Desa Kencana kembali ke Lahad Datu. Boleh tahan letihnya mengharungi perjalanan jauh...... Syukurlah pihak sekolah bersetuju Amie hadir hari Sabtu, sebab Amie terpaksa minta bantuan pakwe untuk hantar, dan sekali harung bawa anak-anak bersama. Sementara menunggu Amie menyempurnakan tugas, mereka mandi-manda di pantai Sahabat 16. Kira berbaloilah juga aktiviti hari ini untuk kami sekeluarga. Wokey........sebelum berehat malam ini Amie masukkan dulu hasil masakan petang tadi. Amie masak ikan belawis sos Thai. Seronoknya tengok anak-anak makan sebab mereka suka sangat sosnya....
Sebelum ini memang Amie pernah masukkan resepi ikan belawis, tapi kali ini Amie masukkan sekali rupa paras ikan belawis seperti di bawah.....
Inilah rupa ikan belawis di negeri Sabah. Dalam perjalanan pulang dari Desa Kencana kami singgah beberapa kali di gerai ikan termasuk di Malabong, Makuau, dan simpang Bakapit. Kebanyakan ikan yang dijual segar-segar belaka kerana baru naik dari laut. Dapatlah kami bekalan ikan untuk sepanjang minggu ini. Oleh kerana esok pagi Amie ada tugas yang perlu di selesaikan di sekolah, nampaknya tak sempatlah untuk ke pasar tapi sekurang-kurangnya sebahagian keperluan dapur seperti ikan sudah dipenuhi.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan belawis seberat 600 gram
3 sudu tepung jagung
3 sudu sos tomato
6 sudu sos cili Thai
2 sudu sos plum
4 helai daun limau purut
sedikit garam & gula
50ml air
minyak
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 biji lada merah
7 biji cili padi
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, masak lagi hingga mendidih.
4. Masukkan sos tomato, sos cili Thai dan sos plum.
5. Perlahankan api, dan biarkan sos menjadi pekat.
6. Masukkan daun limau purut, garam dan gula.
7. Angkat sos dan tuangkan di atas ikan. Hias mengikut citarasa masing-masing.
Habis dah ikan belawis sos Thai yang Amie masak. Nak sambung cerita sikit pengalaman hari ini. Desa Kencana letaknya sejauh 110 km dari bandar Lahad Datu. Ini bermakna jika diambil kira dari rumah Amie,kena tambah 10 km lagi, jadi 120km. Lahad Datu luasnya sebesar negeri Selangor, dan di Felda Sahabat inilah pusat pengeluaran kelapa sawit terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Rasa tenang dan damai bila masuk ke kawasan felda sebab kiri kanan dipenuhi pemandangan menghijau saujana.....
Selepas berceramah, disediakan pula hidangan tengahari. Wah! Rezeki tidak patut ditolak...... Sempat bergambar dengan adik-adik (bukan pelajar sekolah tau)... ini guru-guru yang terlibat mengendalikan program seminar teknik menjawab SPM pada hari ini. Kelihatan masih muda.... memang muda-muda pun, kebanyakannya bar posting. Ada yang dari Kota Kinabalu, Perak dan Johor. Amie tabiklah dengan kegigihan mereka mendidik anak bangsa, sehingga sanggup dihantar jauh ke pedalaman Sabah.... berhampiran Laut Sulu, bukannya Laut China Selatan yang memisahkan Malaysia Timur dengan Malaysia Barat tapi Laut Sulu memisahkan Sabah dengan Filipina.
Antara lauk-pauknya termasuklah ayam masak merah, ikan goreng salut tepng, pajeri terung dan kerabu pucuk paku yang sangat sedap!
Terima kasih atas segala layanan baik adik-adik cikgu yang manis...Cikgu Elsie, Cikgu Cheah, Cikgu Eva, Cikgu Isabella dan Cikgu Farhana.....dan beberapa orang lagi yang tak sempat mengenali namanya. Sepanjang perjalanan pulang meninggalkan Desa Kencana dan pantai Sahabat 16 yang cantik, bersih dan indah, Amie terpana dengan nama-nama kampung yang begitu klasik sebutannya seperti Kampung Gemala Pura, Kampung Hamparan Badai, Kampung Anjung Teduh, Kampung Embara Budi, Kampung Baiduri Ayu, Kampung Fajar Harapan, Kampung Cenderawasih, Kampung Jeragan Bakti dan Kampung Kembara Sakti...... Selamat tinggal Desa Kencana, namamu seindah wajahmu....tenang, damai, bersih, tersusun dan orang-orang yang ditemui juga ramah-tamah belaka serta pelajar-pelajar SMK Desa Kencana yang sungguh sopan santun, penuh budi pekerti!
10 comments
Nampak macam sedap sangat ikan tu. Kalau kat semenanjung mesti mahalkan.
BalasPadamtak pernah nnpk ikan tu kat sini..sedap ye amie ikan tu..
BalasPadammemg tak boleh nak bc je lah resepi ikan2 ni...kena berguru ni..tp kak amie bukan nya kat sebelah umah je
BalasPadamKak amie..ikan belawis la pulok...mcm2 jenis ikan akak kenalkan kat sini..very informative la kak...nnt mieza nk cuba la..nampak menggiurkan!
BalasPadamKak Sam,
BalasPadamada tak ikan ni di sana kak...
Ain,
BalasPadamAmie pun jumpa di sini.... sedap, keluarga suami sgt suka terutama mak & bapa mentua...
Nora,
BalasPadambest kalau berjiran ye... tukar2 lauk hehehhheee
Mieza,
BalasPadamsosnya memang sedap! cuba buat...pasti nak masak kali ke 2!
ikan tu mmg fav kami sekeluarga tau akak... sedaaap sesangat.. tambahan lg jika belum d masukkan dlm peti ais... sedaaap sesangat.. diana boleh makan ikan nie banyak tau akak.. hehehehe
BalasPadamDiana,
BalasPadamikan yang kakak masak ini pun belum masuk ais, suka ratah2 aje, kak amie pun suka makan byk2 kalau ada banyak.... hehehhhheee