Ini resepi tertunggak... hidangan makan malam untuk malam semalam. Oleh kerana internet buat hal, malas nak tunggu lama.... terus tidur sebab 7.30 hingga 2.00 petang Sabtu ada Latihan Dalam Perkhidmatan. Udang dan sotong goreng ini Amie ikut resepi kakak ipar Amie. Adunkan tepung gandum dengan tepung jagung, dan tambahkan lada putih serta serbuk ENO. Memang rangup!
Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas sederhana besar - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor
3 ekor sotong sederhana besar - buang kulit, mata dan mulut serta asingkan telur jika ada, potong ikut suka
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
3 biji bawang putih - tumbuk
3cm halia - tumbuk
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu serbuk ENO
1/2 sudu serbuk kunyit
air
minyak
Cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, semua bahan tumbuk, serbuk ENO, serbuk pati ikan bilis serta sebuk kunyit.
2. Masukkan air dan buat satu adunan yang sedang-sedang, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan udang atau sotong ke dalam adunan dan goreng dengan minyak terendam.
5. Apabila kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan hidangkan.
Resepi begini memang jadi rebutan anak-anak. Seronok tengok mereka makan. Licin bersih! Pada masa yang sama Amie teringin pula makan ikan kering terbang kukus dan juga telur hitam seperti di bawah. Jadi, ini bahagian Amie dan suami pula menghabiskannya.... anak-anak manalah mahu makan...
Ke mana pun kupergi, lauk-pauk kampung tetap menjadi pilihan!
tepat sekali akak ayu ni memang suka masakan kampung...ikan masin tue penambah selera even mcm2 masakan moden sekarang ni
BalasPadamMp buat udang goreng rangup ni tak pernah menjadi...anak2 sllu kata tak macam di kedai...Rupa2nya, rahsianya ada di dapur Amie....wokeyy nnti nak cuba buat....thnks....
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMmg Sedap Sotong Dan Udang Goreng Rangup....Anak2 Kak Lin Suka Sangat...
telur hitam tu mcm mana ye kak amie? kalau telur herba yg mcm org sarawak buat tu pernah jugak makan.
BalasPadamAyu,
BalasPadamsesekali layan ikan kering.... walaupun tak sesering dahulu masa kecik2
MP,
BalasPadamada macam2 cara buatkan jadi rangup, cara Amie ini salah satu daripadanya... cubalah, sekali,dua kali ...insya-Allah menjadi.
Lin,
BalasPadammemang... layan selera anak2, berapa banyak pun tetap laris... mereka tak tahu jemu.
Nani,
BalasPadamsuami Kak Amie kata ibunya pernah bekerja sambilan buat telur hitam ni, telur ni telur itik.... sayangnya tak sempat nak tanya apa ramuannya sebab ibu mentua kakak dah lama 'pergi'... sesetengah orang kata ini telur herba.
Assalamualaikum akak...
BalasPadammenu2 tu semuanya menyelerakan tau akak... tambah2 lg ikan yg kat bawah tu... menyelerakan sungguh... sedaaapnyaaaaaa.... terliur sudah
ummie pun suka lauk2 kampung amie, evergreen..
BalasPadamgambar ikan dengan dekonya tu sungguh memancing air liur..memang nampak sangat best Kak Amie
BalasPadamDianaaaaa...
BalasPadampandai makan ikan kering ye.... makan sekali-sekala sedapkan!
Ummi,
BalasPadambestnya dunia masakan kita ye... pilih je mana kita nak.... menu kampung,moden, barat, timur... semua ada, cuma kena tepuk perut tantya selera je... he hehehhh
Ixora,
BalasPadamhe he.... memancing air liur ye, mehlah datang sini selalu,jangan segan2 buka tudung periuk kak Amie... he hehehhh
salam kak amie..2 hari tak online macam2 menu akak tayang terlepas sungguh sedapnya kak nasib baik saya puasa kak.. hihihih kalau tak nak datang umah makan..:)
BalasPadamSalam Juwita,
BalasPadamyang mana kita masak yang itulah kita kongsi resepi dengan kawan-kawan, selagi ada mood rajin selagi itulah masukkan resepi... nanti kalau dah datang mood malas masak.... he hehehhhh... tak adalah resepi masuk...