Pages

Jumaat, 1 Julai 2011

Tortilla Daging Berempah

Salam semua. nampaknya sejak kelmarin hingga ke malam tersekat dalam dapur sendiri, tak boleh keluar ke mana-mana. Terpaksalah tahan hati dengan karenah internet ni. Resepi yang tertunda hingga terpaksa up-date pada bulan Julai (1 hb) ini merupakan resepi bulan Jun (30 hb)....dah sebulan, dah basi.... he heheh... Oleh kerana seharian hujan dari pagi hingga ke tengahari, sebelah petangnya pula dingin mencengkam sampai ke tulang. Terfikir pula nak masak sesuatu yang boleh panaskan badan. Rajin pula petang kelmarin menguli tepung. Akhirnya jadilah roti tortilla, walaupun tak secantik dan semolek yang sedia dijual di supermarket, tapi dapatlah dijamah oleh seisi keluarga sebagai santapan petang...


Berikut Amie tuliskan bahan dan cara penyediaan roti tortilla yang biasa Amie buat, dah tak ingat dari mana dapat resepi ini. Kalau buat memang dalam jumlah yang banyak, sebab anak-anak suka makan yang baru diangkat dari kuali. Kalau ada silap minta maaf ye....

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak sayuran - Amie gunakan minyak jagung je..kalau ada vegetable shortening lagi baik
1 1/2 cawan air suam

Cara:
1. Campurkan tepung dan baking powder serta garam.
2. Tuangkan minyak dan gaul rata.
3. Masukkan air suam.
4. Uli hingga menjadi doh.
5. Bahagikan doh kepada 5 bahagian. Setiap bahagian bahagikan lagi kepada 3 bahagian. Semuanya berjumlah 15 bahagian.
6. Rehatkan doh antara 10-12 minit.
7. Canai setiap doh hingga nipis.
8. Goreng tanpa minyak di dalam kuali.
9. Apabila nampak garing, bolehlah angkat.
10. Hidangkan bersama daging berempah.



Walaupun tidak secantik mana, tapi cukup sempurna untuk memenuhi selera anak-anak. Amie buat roti tortilla seperti kelongsong, susun daun salad dan timun serta daging berermpah  di dalamnya. Resepi ini pun Amie main ingat saja, sekali lagi kalau tersilap ... minta maaf, sebab apabila keinginan untuk makan datang mendadak, jadi capai sajalah apa yang ada di dapur ntuk dijadikan intinya...



Amie kongsikan juga resepi Daging Berermpah  di sini.

Bahan-bahan:
400 gram daging kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 biji bawang putih (cincang)
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 sudu besar rempah jintan putih
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
2 biji tomato (cincang)
1 cawan kacang pea
1 sudu serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato.
3. Masukkan daging kisar. Gaul sebati.
4. Masukkan tomato cincang dan kacang pea.
5. Masukkan lada putih. Kacau rata.
6. Taburan serbuk pati ayam dan gaul hingga mesra.
7. Angkat dan bolehlah masukkan ke dalam kelongsong roti tortilla.

Anak-anak kenyang makan roti tortilla sehingga tidak mahu makan malam lagi.... Jom cuba resepi yang ringkas ini, sedap makan panas2 yea.... sebenarnya, Amie taklah sekenyang mana, sebab dalam 15 keping itu...14 keping dimakan dengan penuh selera oleh anak-anak dan suami!

24 ulasan:

  1. 1st time dgr pasal roti nih...nmpk sgt sodap...

    BalasPadam
  2. Papa Mifz,
    ala2 capati gitu...

    BalasPadam
  3. salam amie,sama la kita
    entri akak yang hari ni pun sepatutnya post semalam tapi semalam tenet buat hal betul..langsung takleh bukak..jadi lah entri basi kan?..akak bawakan lauk semalam je lah hari ni ya..hehe

    BalasPadam
  4. Kak amie,
    sedap nampk menu ni..kita pun suka buat macam gini, bila time dah boring makan nasi..

    BalasPadam
  5. Salam Kak Anim,
    betul tu kak... mood utk cerita tentang resepi yg dimasak pun tak dapat dipamerkan sepenhnya... sebagaimana cooking with my heart and soul... hehehehhh

    BalasPadam
  6. Salam Ayu,
    makan begini pun boleh mengenyangkan...., sedap makan ketika roti tu baru kiat kuarkan dari kuali ye...

    BalasPadam
  7. Salam Amie,
    Bila singgah sini mesti rasa cam termengidam...heheheh....mengancam tul hidangan Amie hari ni

    BalasPadam
  8. Salam Wattie,
    Amie pun termengidam jgak...ginilah kejadiannya... he hehehh

    BalasPadam
  9. rajinnya Amie ni...uishhhh tabik spring saya ke awak ni...sedap banget nampak roti tortilla awak tu,,,,jelesnya saya

    BalasPadam
  10. Salam Ixora,
    jom buat roti ni...senang je macam buat lempeng... hehehehhh

    BalasPadam
  11. salam kak amie.. sedap nya nampak tortilla ni .. ita rajin gak buat tortilla tapi tak sempat amik2 gambo.. hiihiih

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie...
    rajin betul akak buat tortilla sendiri. Dok scroll tengok menu akak ni, aduhhh... gerammnye tengok sutun kat bawah nun... gemuk2 sutun nye. mesti ada telur.
    Ijan

    BalasPadam
  13. kak Amie..feveret mieza nih tortilla..waaaa dah berapa tahun dah mieza tak makan...mana nak dapat kulit tortila kat sini? Tesco ada ke kak? kakkkkk nak tortila segulung kakkkkkkkk hehehehe

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum akak...
    diana dah lama x buat tortilla nie... sedapnya akak... terasa plak nak makan... :)

    BalasPadam
  15. Salam JARI,
    memang boleh lawan kfc...sbb roti tortilla lebih mengenyangkan...

    BalasPadam
  16. Salam Juwita,
    kalau buat roti tortilla sendiri, kita bebas pilih nak makan dengan apa yg kita suka....best!

    BalasPadam
  17. Salam Ijan,
    memang sutun2 tu tgh bunting...penuh telur, kebetulan pulak semuanya ada isi...agaknya musim sutun bunting kut..., masa bersihkan tu pun kena hati2 tak mau telurnya rosak..

    BalasPadam
  18. Salam Mieza,
    Kak Amie buat sendiri roti tortilla tu, setahu kakak kalau di supermarket biasanya ada dijual, rupanya pun jauh lebih cantik dr yg kak amie buat ni... kak amie belum pernah beli rotinya...tp kawan2 kata di Giant ada...

    BalasPadam
  19. Salam Diana,
    Kak Amie dah teringin sangat nak makan time cuaca sejuk lepas hujan, tu yg rajin sikit menguli tepung tu.... kira ok jugaklah walau tak secantik yang dijual tu... hehehhh...

    BalasPadam
  20. kenapa saya tak pandai masak seperti akak erkh...huhuhu..

    ari ni pun just singgang ikan dan masak pedas lala utk mkn tengahari...

    BalasPadam
  21. Assalam Mama Ema,
    sebenarnya Mama Ema pandai masak, kita sama2 pandai masak tau... heheheh

    BalasPadam
  22. kagum! kak amie pandai buat tortilla. sebelum ni pernah makan yg dijual di McD je. heheh...itupon taktau zaman bila punya...sedap nampak inti daging berempah tu...kalau rumah kite dekat2 aje, mau aje sy singgah tempat kak amie.heheh

    BalasPadam
  23. Assalam Nani,
    terima kasih di atas kekaguman itu...ecewahhhh...Kak Amie main bantai aje dik, di sini bukannya banyak pilihan makanan yang kita suka, mau tak mau kenalah buat kala dah teringin sangat,
    Nani pun boleh buat ape.... tu yang macaron pun sudah buat, tortilla lagilebih senang...

    BalasPadam