Sarapan Lempeng Cair & Nasi Goreng
8:49 PGAwal pagi tadi setelah Firdaus ke sekolah, kita terus masuk dapur. Teringat ada baki nasi bario dalam peti sejuk, bolehlah dibuat nasi goreng. Sebelum menguruskan nasi goreng, sediakan adunan tepung gandum dahulu untuk dibuat lempeng cair. Nanti boleh makan dengan Sambal Tomato Air Tangan Firdaus!
Tinggalkan adunan tepung gandum, pergi ke belakang rumah, petik cili putih untuk dicampur dalam nasi goreng. Hendak masuk dapur, terpandang pokok limau purut, petiklah dua tiga helai. Cari bahan lain dalam peti sejuk, terjumpalah beberapa batang kacang panjang dan udang kertas. Cukuplah untuk perencah nasi goreng. Eh, tambahlah dua biji telur!
| Hidangan Sarapan |
- Lempeng Cair + Sambal Tomato
- Nasi Goreng
- Kopi Arabica Gayo Aceh
| Nasi Goreng Beras Bario |
| Lempeng Cair |
| Sambal Tomato Air Tangan Firdaus |
| Kopi Arabica Gayo Aceh |
| Selamat bersarapan! |
Semoga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini! Jangan lupa alas perut sebelum memulakan aktiviti.
0 comments