Lebaran Hari Kelima : Lempeng Cair Juga Yang Dicari!

3:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada yang sudah melempeng di bulan Syawal ini?
Pagi tadi, Amie masak nasi kuning kukus sambal ikan tuna campur ikan tongkol atas permintaan Fuad. Nampaknya sudah dua kali Fuad minta nasi kuning sejak balik bercuti. Tempoh hari sewaktu berbuka puasa, dan hari ini makan nasi kuning sewaktu sarapan.

Kita pula teringin makan lempeng cair. Nampaknya terpaksa mengalah dengan Abang Farid. Kita hanya dapat makan dua keping, dan yang lainnya Abang Farid punya! Memang Abang Farid suka makan lempeng.

Firdaus tidak berselera untuk makan sebab masih demam.
Fairuz pula, tidak menjamah apa-apa makanan. Encik Suami minta Fuad dan Fairuz menemaninya ziarah salah seorang ahli keluarganya yang sedang sakit. Kemudian mereka sambung beraya di Kampung Binuang. Ketiga-tiganya belum sampai ke rumah kerana menghantar Fairuz ke klinik.
Abang Farid pun kurang sihat.

Kelmarin Encik Suami pun nampak kurang sihat, tetapi hari ini bertenaga pula bantu mengemas rumah, dan kemudian jalan-jalan.

Eh, cerita tentang sakit pula!

Lempeng Cari.

Pada mulanya Amie hendak sediakan sambal sardin, tetapi terfikir pula baik makan lempeng cicah sambal ikan lauk nasi kuning saja.

Nasi Kuning & The Gang

Jemput makan.
Bismillah.

Buah hati hamba yang sekarang kurang sihat kecuali Fuad. Alhamdulillah, Fuad sudah pulih dari keracunan makanan di sini FUAD KERACUNAN MAKANAN!


9 comments

  1. Ish.. lama2 tergoda jugak kita dengan nasi kuning tu Kak Amie!

    BalasPadam
  2. sokong sgt...lepas2 raya ni, menu simple2 mcm ni jugak yg sedappp

    BalasPadam
  3. Semoga ahli keluarga Amie yang sakit, segera sembuh. Sedapnya, lempeng cicah sambal ikan. 😋

    BalasPadam
  4. syafakallah buat yang sakit... semoga pulih seperti sedia kala

    puas makan segala jenis hidangan raya, tekak nak jg mkn yg 'basic' kan kak? hehehe...

    BalasPadam
  5. Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk semua kesayangan Cikgu...
    Bila anak-anak dah dewasa,Baba dah tenggelam dek anak-anak perkasa...😄

    BalasPadam
  6. Semoga lekas sembuh fuad...selamat berbahagia berkumpul hari lebaran kak amie...menu menunya mbul ngiler semua...yang nomor 1 lumayan baru nih bagi mbul...pengen tahu rasanya kayak apa hihi

    BalasPadam
  7. slmt hari raya maaf zahir batin

    memangg sedapp ni

    BalasPadam
  8. dana selalunya raya ke3 dah cari menu biasa kak heheheh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe