Iftar 1 Ramadan 1447H - Bubur Lambuk Daging
9:55 PTGAmie masak Bubur Lambuk. Masak gunakan slow cooker. Walaupun ada pressure cooker, tapi Amie pilih gunakan slow cooker sahaja. Mungkin dari zaman dahulu (anak-anak masih kecil) kalau masak bubur gunakan sloww cooker, jadi sampai sekarang masih gunakannya. Suka sangat aromanya yang lembut keluar dari lubang kecil penutupnya. Beras dan daging masak perlahan, keluar manis daging semula jadi dan bubur masak sempurna.
Amie masak Bubur Lambuk pada pukul satu dua petang dengan menekan butang 'high'. Kemudian biarkan masak sendiri sehinggalah pukul lima setengah petang. Amie tuangkan santan dan setelah nampak mula mendidih, Amie tutup suiz. Tunggu sehingga pukul enam petang untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa.
| Bubur Lambuk Daging |
| Kurma Palestin |
10 comments
Sedapnya bubur lambuk kak Amie.
BalasPadamHujung minggu ni nak cuba buat la bubur lambuk jugak... terliur pulak tengok akak punya bubur tu
BalasPadamNampak sedap bubur tu :)
BalasPadamAlhamdulillah. Sedap tengok bubur lambuk kak Amie. Saya tak pernah masak sendiri bubur lambuk ni. Salad tu nampak sedap, walaupun simple. Makanan sihat.
BalasPadamSedapnya bubur lambuk daging. Gambar semua on point sangat. Cuba Amie bagi tips macam mana nak rajin masak macam Amie ni
BalasPadamjarang dengar bubur lambuk daging. selalu orang buat kosong je.
BalasPadamalhamdulillah, sedap2 menu nya
waahhh sedapnyaaaaa bubur lambukkkk di hari 1st ramadhan! salad pon melelehhh air lior singgah di tgh hari ni! salam ramadhan sis amie sekeluarga! :)
BalasPadamTrakhir makan bubur lambuk zaman masih di penang lah kak. Memang sedaaaaap. Saya suka Krn ingat bubur kanji Rumbi dari Aceh. Kalau skr, tak akan ketemu seller yg jual bubur kanji Rumbi apalagi lambuk di jakarta 😅😅
BalasPadamBubur lambuk sedapnya. Tak jumpa lagi di bulan puasa ni. Nak masak tapi kurang rajin hehe.
BalasPadamSedap lah bubur lambuk.. pagi tadi sahur baru makan. Petang semalam mak buat untuk buka tapi tak sempat makan.
BalasPadamTak pernah ada slow cooker... mudah juga ya kalau nak reneh makanan.