Kongsi Pengalaman Kembara Lebih 100 Buah Negara : Malaysia Tetap di Hati
8:57 PG| Sumber : AI |
1. Tempat paling terkesan di hati.
Baitulmaqdis (Jerusalem).
Menurut catatan sejarah, Baitulmaqdis telah dimusnahkan sebanyak dua kali, dikepung 23 kali, diserang 44 kali, dan ditawan serta direbut semula sebanyak 52 kali. Tempat ini menjadi rebutan 3 agama besar dan masih bergolak semenjak lebih dua ribu tahun dahulu sehingga sekarang.
2. Tempat paling epik.
Maasai Mara Kenya, melihat berjuta animal migration depan mata seperti di Padang Mahsyar.
3. Monumen paling rasa diri tertipu
Manneken Pis Belgium, kerana penat berjalan mencari patung kecil budak sedang kencing.
4. Tempat paling mahal
Canada dan Norway. Hostel bajet RM500 semalam, hotel 3 star RM1000 semalam dan makanan mampu tengok sahaja.
5. Air terjun paling epik
Iguazu Falls Brazil/Argentina lebih besar dan hebat dari Victoria Falls Zambia/Zimbabwe.
6. Negara paling cantik
Norway, New Zealand, Kyrgyzstan, Canada dan Switzerland. Semua mempunyai snow-capped mountains, tasik membiru, fjords dan hutan terpelihara.
7. Negara yang rakyatnya paling ramah (most friendly people)
Algeria dan Iran. Kemana pergi mesti ada orang menegur ingin menolong atau bertanya khabar.
8. Negara yang rakyatnya paling cantik dan segak (most beautiful people)
Iranian, Russian, Ethiopian, Brazilian, Venezuelan dan Filipinos. Pada pandangan mata saya (to my eyes-lah)
9. Tempat paling kotor
Naples dan Jakarta. Tak larat tengok sampah bersepah di tepian bangunan rumah mereka.
10. Tempat paling bahaya
La Boca Argentina, Favela Brazil dan Downtown Rio de Janeiro. Saya rasa tak selamat kerana banyak mata mengekor apatah lagi dengan polis berkeliaran dengan bersenjata berat.
11. Padang pasir paling cantik
Gurun Namib di Namibia kerana pasirnya berwarna merah mengandungi besi.
12. Makanan paling sedap
Turkey dan Thailand kerana kepelbagaian jenis makanan yang kita tak jemu.
13. Ikan paling lazat
Ikan Sturgeon di restoren Cherkezi Dzor Gyumri Armenia lebih sedap dari ikan kelah. Telur sturgeon caviar menjadi rebutan ramai.
14. Dessert paling sedap
Laz Boregi pada saya memang dessert paling sedap yang pernah saya rasa dan hanya dijual di Rize Trabzon Turkey oleh orang kaum Laz. Anda tak akan jumpa di Istanbul atau bandar-bandar lain. Ia lebih sedap dari Custard tart dari Portugal, Tiramisu Italy, Gulab Jamun & Rice pudding India, Churros Spain, Lamingtons Australia, Baklava Greece dan puding Raja.
15. Airlines paling bagus layanan
Thai Airways. Dengan percakapan mereka yang lembut dan layanan mesra memang tertambat hati.
16. Tempat paling overrated
Sehingga kini saya masih terpingga-pingga kenapa ramai melancong ke Dubai, dengan cuaca panas, barangan mahal dan semuanya artificial.
17. Safari paling best
Maasai Mara, lebih banyak binatang liar dari Kruger Afrika Selatan dan Chobe Botswana
18. Train ride paling epik
Bernina Express dari Chur Switzerland ke Tirano Italy.
19. Jalan paling bahaya
Karakoram Highway dari Gilgit ke Hunza Valley Pakistan. Tiada guardrail di tebing gaung dan runtuhan batu dari gunung boleh berlaku bila-bila masa.
20. Negara paling banyak artifak dan bahan arkeologi
Turkey dan Mesir. Satu negara adalah bahan sejarah semenjak ribuan tahun.
21. Paling bersih dan teratur
Tentunya Japan sehinggakan kita jadi rimas kerana semuanya bersih dan sistem teratur.
22. Orang paling snobbish (hidung tinggi).
French. Anda tidak akan di layan kalau berbahasa Inggeris.
23. Monumen paling jauh dan lama untuk jejak.
Machu Picchu Peru kerana perjalanan jauh dari Santiago -> Cusco -> Ollantaytambo -> Aguas Calientes -> Machu Picchu. Semuanya mengambil masa 7 hari pergi balik.
24. Airport paling besar
Dubai. Kalau transit satu jam memang tak sempat untuk sambung flight seterusnya.
25. Airport paling kelam kabut
Sanaa International Airport Yemen. Rasa macam tiada sistem di sana.
26. Airport servis terbaik
Setelah turun naik beratus airport di dunia tentunya KLIA kerana bersih, ada dispenser air percuma, toilet bersih ada bidet, trolley free, ramai petugas, baggage cepat keluar, proses imigresen laju, pemeriksaan kastam tak menyusahkan dan banyak kerusi untuk berehat. Kalaulah signages besar macam Dubai, memang saya beri 100/100.
27. Airport rasa paling tak selamat
Morondava Airport Madagascar, kerana tiada scanner badan. Semua manual check sahaja.
28. City paling kemas dan 'liveable'.
Vienna dipilih sebagai the best city to live in the world kerana selamat, mempunyai first class public transportation, bersih dengan recreational facilities yang terbaik. Saya dapati taman dijaga dengan baik dan mempunyai tempat rehat disediakan untuk penduduk tempatan.
29. City tua tercantik.
Cesky Krumlov Czech Rep. kerana bangunan lama yang masih terjaga.
30. Pekan yang mengasyikkan.
Berada di Hallstatt Austria seperti dibawa ke zaman silam dengan pemandangan picturisque.
31. Negara paling murah.
Myanmar. Semuanya murah dan empat orang makan berlauk hanya RM30.
32. Pemandangan jalan paling cantik.
Alpine road di Austria dan Transfagarasan highway di Romania.
33. Castle paling cantik dan tersergam.
Neuschwanstein castle Bavaria Germany. Macam istana dalam fairytale.
34. Negara paling boring
Luxembourg, Liechtenstein dan Slovenia kerana kecil dan tiada banyak tempat tarikan.
36. Jalanraya paling baik.
Austria, Czech Rep, Germany, Slovakia, Slovenia dan Hungary.
37. Negara paling ramai gelandangan melepak di bandar
Buenos Aires Argentina, Sao Paulo Brazil dan Antananarivo Madagascar.
38. Ibukota bukan negara Islam paling banyak monumen Islam.
39. Bandar disebut sebagai syurga dunia oleh tourist arab.
Zell Am See dan Kuprun di Austria kerana selalu hujan, sejuk dan bersebelah tasik.
40. Jalan paling bahaya di waktu winter.
Transfagarasan Highway di Romania.
41. Bandar paling overated.
Prague kerana Old town sangat kecil, congested dan mahal.
42. Negara paling mendatar tanpa pergunungan.
Hungary.
43. Tempat paling ramai tourist tertipu.
Bran @ Dracula’s castle Romania walhal ianya bukan tempat sebenar Dracula@Vlad the Impaler.
44. Bandar paling ramai scammer
Istanbul
45. Ibukota paling boring.
Bucharest. Bangunan lama berumur tak sampai 100 tahun dan Old Town yang kecil dan haphazard.
46. Public transport terbaik.
Di Vienna kerana sistematik, tiada siapa menjaga dan timely.
47. Negara paling ramai kaum Gypsy yang masih tinggal dalam kereta kuda.
Romania.
48. Negara paling miskin di Eastern Europe.
Moldova.
49. Ibukota dengan teenagers paling trendy dan ranggi.
Prague.
50. Negara paling banyak castle.
Romania kerana sejarah medieval yang lama.
51. Negara paling kuat beragama.
Romania beragama Eastern Orthodox penuh dengan gereja dan Malaysia yang bangak masjid dan surau.
52. Negara yang sama ‘cost of living’ dengan Malaysia.
Dari banyak negara yang saya jejak, hanya Romania di mana harga barangan dan makanan serupa dengan Malaysia. Hanya harga petrol mereka RM7.17 satu liter.
53. Negara Eastern Europe yang mempunyai paling banyak masjid lama.
Bulgaria kerana ada masjid lama di Sofia, Plovdiv, Varna, Ruse, Stara Zagora, Shumen, Haskovo, Yambol, Vidin dan berpuloh di bandar lain.
54. Pemandangan pergunungan paling cantik.
Grossglockner Austria dan Lofoten Norway
55. Sungai paling cantik dan epik.
Sungai Danube bermula dari Black Forest region Germany dan melalui 10 negara iaitu Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Serbia, Romania, Bulgaria, Moldova dan Ukraine sehingga ke Black Sea.
56. Bangunan paling hodoh.
Bangunan Parliament Bucharest Romania.
57. Kepulauan paling cantik
58. Negara rasa paling selamat
Algeria. Hati sentiasa rasa selamat dengan orang yang baik-baik di sekeliling.
59. Tempat rasa paling tak selamat
Ciudad del Este di Paraguay kerana setiap corner ada anggota bersenjata berat dan Jerusalem kerana ramai remaja berjalan dengan M16.
60. Negara tanpa tarikan khusus tetapi menarik, aman dan stabil.
61. Negara yang mempunyai dua binatang endemik yang tiada di lain tempat di dunia.
Madagascar kediaman Lemur dan Fossa, dua binatang yang endemik di negara itu.
62. Tempat paling banyak bandar tinggi melebihi 10,000 kaki.
Tentunya Tibet.
63. Bandar yang mempunyai cuaca paling nyaman.
Kunming, Perth dan Cape Town
64. Pemandangan sawah padi paling cantik.
Wee Kacura Sumba, Sapa Vietnam dan Jatiluwih Bali.
65. Pantai paling cantik
Pink Beach Lombok dan Trou aux Biches Mauritius.
67. Istana paling mewah.
Istana Versailles paling mewah di Paris dengan kemewahan dan hiasan melampau.
68. Bandaraya paling sesak
Tokyo
69. Gunung paling cantik.
The Matterhorn Switzerland kerana bentuknya yang ikonik seperti piramid dan merupakan antara yang paling banyak diambil gambar.
70. Tasik paling cantik di dunia.
Tasik Moraine, Kanada dengan warna birunya yang menakjubkan berlatarbelakangkan Banjaran Ten Peaks dan Tasik Plitvice, Croatia kerana rangkaian tasik yang berhubung dengan air terjun bertingkat dan airnya yang jernih berwarna zamrud.
71. Negara yang mempunyai taman negara dalam bandar
Nairobi, Kenya adalah ibu kota yang mempunyai taman negara dalam bandar.
72. Pemandangan paling menakjubkan
Reine Lofoten, Kaabah Mekah dan Baobab Avenue, Morondava Madagascar.
73. Bandar paling banyak kereta antik.
Havana Cuba.
74. Bandar di mana bangunannya semua serba putih.
Asghabat Turkmenistan.
75. Bandar di mana bangunannya semua serba biru.
Chefchaouen Morocco.
76. Monumen paling mengerikan.
Colosseum di Rome tempat di mana 400,000 manusia dan sejuta haiwan terkorban di arena sepanjang 390 tahun penggunaannya untuk pertunjukan awam, perlawanan gladiator, pemburuan haiwan, serta hukuman mati terhadap penjenayah, tawanan perang, dan mereka yang dijatuhi hukuman mati. Acara-acara ini merupakan bentuk hiburan yang kejam bagi masyarakat Rom.
77. Tandas awam paling kotor.
India, China dan negara Central Asia.
78. Tempat majoriti muslim paling sekular dan liberal
Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) adalah wilayah majoriti Muslim yang paling liberal dan sekular di dunia. Saya dan famili pun terperanjat bila berada di sana.
79. Ukiran batu paling menakjubkan.
Petra Jordan. Kagum melihat satu bukit di ukir dan dibina menjadi bangunan.
80. Tempat saya terpegun melihat keupayaan manusia.
Great Wall of China kerana manusia boleh membina satu struktur sepanjang 21,196 km, 2000 tahun lalu. Panjangnya seperti dari Kuala Lumpur ke London melalui jalan darat kemudian sambung ke Reykjavik, Iceland, melalui feri.
81. Bangsa paling berbudaya tinggi.
Orang Jepun dan Jawa.
82. Bandar paling banyak bangunan Art Nouveau.
Riga Latvia.
83. Underground railway paling kotor dan tak selamat.
Paris Metro.
84. Subway paling bersih dalam dunia
Tehran Metro dan Tokyo Metro.
85. Tempat paling mudah bertemu Aurora Borealis
Abisko Sweden kerana mempunyai microclimate tersendiri.
86. Istana paling tinggi dalam dunia.
Potala Palace di Lhasa, Tibet kediaman Dalai Lama ialah istana paling tinggi di dunia dengan ketinggian 3,700 meters (12,139 kaki). Saya menaiki 2000 anak tangga selama satu jam untuk sampai ke atas dengan keadaan oxygen yang nipis.
87. Bangunan tertinggi di dunia.
Burj Khalifah Dubai ketinggian 828 meters (2,716.5 kaki) sehinggakan mereka yang berada di tingkat 150 iftar (buka puasa) 3 minit lewat dari mereka di tingkat 1.
88. Negara paling selesa dan aman.
Tentunya Malaysia.
Wallahua'llam.
Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
5 comments
Nice info...
BalasPadamSemoga suatu saat saya ada rezeki untuk mengunjungi negeri-negeri yang indah..
Jauh berjalan luas pandangan.
BalasPadamBila banyak travel, boleh la buat perbandingan. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik tempat sendiri, ye kak.
BalasPadamKak Amie pergi lah dulu Raja Ampat, nanti review... saya tengok cantik sangat.
BalasPadamMasyaa Allah...
BalasPadamRezeki Cikgu dapat menjelajah keserata alam...meraaai..menikmati aneka rasa dan pengalaman...Alhamdulillah