Apa Enaknya Kapurung?
12:54 PTGEntri hari minggu ini Amie hendak paparkan makanan tradisional Bugis lagi iaitu kapurung. LD bukanlah bandar besar. Kalau ke pasar tani, pilihan makanan tradisional yang menonjol hanyalah dari gerai atau warung orang Bugis. Mereka menjual buras, barobbo', kapurung, dan kuih-kuih tradisi lain seperti broncong. Gerai-gerai lain yang dimiliki peniaga orang Bajau turut menjual kuih penjaram, orang Cocos menjual cengkaruk dan kerak nasi dengan serondeng ikan. Kebanyakan makanan lain yang dijual sama seperti yang ada di tempat kita terutama kuih muih seperti karipap, kuih talam, cucur udang, keropok lekor, nasi lemak, nasi kuning, pulut kuning dengan rendang dan sebagainya.
Seperti biasa kalau beli kapurung di pasar tani, sampai di rumah Amie akan olah semula kuahnya dengan menambahkan satu tin kecil sardin, isi jagung dan tambahkan lagi sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat. Kali ini Amie tambahkan hirisan mangga muda ke dalam mangkuk kapurung.
| Kapurung |
- Tekstur unik sagu yang lembut dan kenyal tapi ringan. Tidak ditemui dalam makanan lain dan ketika makan mulut rasa soothing.
- Kuahnya rasa masam dan menyegarkan. Apabila ditambah kacang tumbuk dan bahan lain, ia jadi rasa savoury yang sedap dan tidak muak.
- Banyak pilihan bahan seperti sayur, ikan dan udang dalam satu mangkuk penuh, tapi rasanya tetap ringan ketika dinikmati.
- Kapurung bukan jenis makanan berat yang cepat membosankan. Ada orang rasa kapurung seperti therapy food.
- Sedap dinikmati ketika hujan, waktu badan rasa penat, atau ketika tidak berselera untuk menjamah nasi.
- Rasanya masih kekal tradisi dan ada sentimental value. Menurut rakan-rakan keturunan Bugis, di setiap kampung atau setiap rumah ada cara masak yang tersendiri tetapi bahan asasnya sama. Itu sebabnya kadang-kadang apabila makan di warung yang berbeza bahan aksesori yang digunakan tidak sama.
| Kuah kapurung ini sudah ditambah saredin dan isi jagung. |
| Hirisan mangga muda. |
| Sambal |
| limau Kasturi / Limau Nipis |
| Semangkuk Kapurung |
6 comments
mmg rare menu kapurung tu
BalasPadamKecur liur tengok. Sama dengan ambuyat ke?
BalasPadamohh kuah dia base daripada ikan ye. teringin pulak nak rasa :D
BalasPadamBegitu resipi kapurung ya..sajian yang best ni, pasti tambah selera..
BalasPadamuniknya... teringin juga nk cuba ni...
BalasPadamYa Allah kak, membayangkan kapurung dimakan dengan irisan mangga, langsung terliuuuur. Pasti sedaap. Saya nak cari lah restoran sini yg menjual kapurung juga 😍😍😍
BalasPadam