Epal Hijau vs Epal Merah : Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan?

9:45 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom cerita tentang epal
Epal merah nampak menawan dan sangat menggoda mata. Snow White juga memilih epal merah dan tidak nampak racun di dalamnya!

Mungkin ramai yang memilih epal merah kerana rasanya yang manis, lembut dan juicy berbanding epal hijau yang lebih masam tetapi rangup pula. Epal merah lebih tinggi kandungan gulanya manakala epal hijau lebih rendah sedikit. Namun begitu kandungan serat dan Vitamin C dalam epal hijau lebih tinggi. Indeks Glisemik dalam kandungan epal merah tinggi sedikit berbanding epal hijau.

Dengan kata lain, epal merah rasanya  lebih manis dan disukai ramai. Epal hijau pula lebih masam, lebih rendah gula dan lebih baik untuk yang menjaga gula darah, diet  dan weight control.

Bagaimanapun kedua-duanya bagus, cuma epal hijau memberi lebih manfaat untuk kawalan gula rasa kenyang lebih lama  kerana kandungan serat & GI lebih rendah.

Epal Hijau & Epal Merah

Fuji Apple

Mari kita lihat kandungan gula dalam sebiji epal anggaran purata saiz sederhana seberat lebih kurang 180 gram sebiji. Sebiji epal merah seperti Fuji, Gala, dan Red Delicious mengandungi 17 – 19 gram gula.
Epal hijau  seperti Granny Smith mengandungi 14 – 16 gram gula.

Ini bukan angka tepat atau muktamad kerana setiap varieti epal ada sedikit perbezaan bergantung tempat pokok epal ditanam, musim dan tahap masak / matang. Kesimpulannya epal hijau biasanya 2 – 3 gram lebih rendah gula berbanding epal merah.

Oh, sedikit sahaja beza kandungan gulanya, padahal jauh juga beza manis epal merah denga masam epal hijau kan!

Granny Smith Apple


Perkongsian ini berdasarkan perbincangan kami di kantin sewaktu sarapan. Amie selalu bawa epal hijau dan makan bersama kawan-kawan penoreh. Suatu hari seorang rakan penoreh bernama Irene tanya kenapa Amie suka makan epal hijau? Amie jawab, untuk belajar diet seimbang supaya dapat kawal gula dalam darah memandangkan umur sudah kemes-emasan eloklah jaga pemakanan. Kata Irene, epal hijau pun tinggi gula dan lebih kurang sama dengan epal merah!

Setelah Amie buat rujukan dengan Pak Google, Amie kongsikan hasilnya dalam entri ini. 

8 comments

  1. makan epal hijau rasa ngilu gigi...tapi, makan mangga muda ok je

    BalasPadam
  2. Lebih kurang sahaja rupanya kandungan gula dalam epal merah dan hijau. Tapi yang sy ingat, dulu sy selalu baca - Makanlah sebiji epal setiap hari, kamu tidak perlu berjumpa doktor.

    BalasPadam
  3. Omputih kata an apple a day keeps the doctor away kan Kak Amie..SA amalkan makan apple hijau untuk kurangkan berat badan..sampai sekarang never failed cuma jarang kongsi..

    BalasPadam
  4. Dua2 pun suka, yang tak suka bila nak kupas 😍😍😍

    BalasPadam
  5. Makqan epal hijau memang rasa masam tapi bila di blender ambil jusnya lepas tu letak asam boi se biji 2 letak ais batu aduhaiiiiii kecur bila dibayangkan. hehehehehe

    BalasPadam
  6. Kalau nak diet digalakkan ambil epal hijau, kalau buat jus pun epal hijau lebih sedap. Tapi dana tak tahan dengan kemasaman epalhijau tu

    BalasPadam
  7. Ank2 saya penggemar epal...ada jer hari diorg minta kupas nak makan epal...stock sentiasa kena ada...

    BalasPadam
  8. epal merah nampak segar n menarik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe