Pecah Telur di Gerai Kraf Tangan Desa Lampulo
8:43 PTGBismillahirrahanirrahim.
Terdapat deretan beberapa buah gerai kraf tangan berhadapan dengan pintu masuk Boat di Atas Rumah. Selepas melawat Boat di Atas Rumah, kami singgah sebentar di sini. Memandangkan kami orang terawal tiba, jadi kononnya kamilah yang 'pecah telur' ketika itu.
Gerai-gerai di sini sangat sederhana, di belakangnya ada tanah perkuburan. Dari jauh sudah terlihat pelbagai warna kopiah Acheh yang merupakan salah satu identiti visual paling kuat orang Acheh. Kopiah Acheh ini berbentuk selinder pendek, lebih rendah dan leper sedikit jika dibandingkan dengan songkok. Kebanyakannya memaparkan sulaman corak geometri Acheh seperti pucuk rebung Acheh, rempat Acheh, tangga Acheh dan motif bunga Acheh. Warnanya pula kelihatan terang seperti hitam, merah dan biru tua yang dicampur dengan warna emas.
| Amie beli lima buah kopiah Acheh untuk oleh-oleh. |
| Ada juga gerai berhampiran Boat di Atas Rumah, tapi kami tidak singgah di sini. |
| Antara kopiah Acheh. |
Ada pelbagai bentuk beg bersulam, tergantung di sana sini.
Cantik-cantik motifnya. Kemas buatannya.
Keunikan beg sulam di Aceh bukan sekadar terhasil dari ketelitian pembuatannya tetapi turut membawa identiti visual Aceh sendiri. Motif sulamannya sama seperti kopiah Acheh yang berbentuk geometri, bunga-bungaan Acheh, pucuk rebung Acheh, tangga 9 Acheh dan rempat Acheh. Begitu juga dengan pemilihan warna terang dan berani terutamanya warna emas, hitam, merah dan biru tua.
Beg tangan dihasilkan 100% sulam tangan dan bukan buatan kilang. Sebab itu setiap beg tidak akan sama 100% di antara satu sama lain.
Walaupun harga yang ditawarkan agak kayangan, tetapi melihat ketelitian dan keindahannya, usahlah berkira dengan harganya. Rugi kalaiu tidak beli oleh-oleh berupa beg sulaman dari Acheh tau... ahaks!
Setiap motif sulaman ada maksud budaya Aceh. Ada motif melambangkan syiar Islam, ada motif adat, dan ada motif sejarah kerajaan Aceh. Kualiti material biasanya tahan dan kemas sebab craft sulam Aceh bukan hanya untuk souvenir sahaja tetapi untuk pakaian adat, majlis besar dan majlis diraja.
Kalau orang datang Aceh, beg sulam biasanya menjadi item wajib beli!
Kawan-kawan yang lain memang membeli beg sulam di sini, tapi Amie tangguhkan dahulu sebab sudah beli kopiah Acheh, fridge magnet dan juga keumamah.
Peniaga buah limau dan buah salak ini menjual buah-buahan dengan harga 10,000 Rupiah sahaja. Sebelum beli kami disuruh makan dahulu limau dan buah salak. Memang kedua-dua buah ini manis rasanya!
| Ikan Kayu Masak Tumis Aceh @ Keumamah. |
Terdapat pelbagai jenis makanan ringan dijual di sini.
Nano banyak memborong makanan ringan!
| Ini namanya Lontong Paris. |
Semoga para peniaga kecil di sini terus mendapat rezeki setiap hari.
1 comments
Owhh patutlah takde gambar telur
BalasPadam