Pasar Utama Bintulu
12:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami sempat singgah di Pasar Utama Bintulu. Mana tahu terjumpa buah dabai! Sayangnya waktu itu bukan musim buah dabai. Jalan-jalan sajalah di pasar melihat-lihat kraftangan tempatan dan pelbagai jenis jualan berupa hasil tanaman masyarakat di sekitar.
Video Pasar Utama Bintulu
Ramah-tamah para peniaga kecil di sini. Mereka minta untuk bergambar bersama kami. Apabila kami bertanya tentang jualan mereka, dijawab setiap pertanyaan dengan wajah ceria walaupun kami tidak beli apa-apa di sini.
Video di Pasar Utama Bintulu
Pansuh - Buluh yang digunakan untuk memasak seperti masakan Pansuh Manuk. |
Sarung Ketupat Daun Palas - di dalamnya sudah berisi beras pulut untuk dimasak. |
Terpikat melihat pelbagai jenis ikan kering di sini.
Macam-macamlah namanya ikan kering salai di sini seperti ikan salai gembung, lumik, belukang dan sebagainya. Nampak masih segar dan cantik!
Melihat ikan kering salai yang cantik-cantik ini terlupa rasa terkilan gtak jumpa buah dabai.
Amie beli buah limau madu. Memang betul-betul manis bak madu! |
13 comments
Bagusnya mereka ramah tamah. Kita pun seronok kalau nak membeli. Sayangnya tak ada buah dabai kan. Tak ada rezeki nampaknya. Kan bagus kalau semua turun, dapat juga spend masa jalan-jalan shopping kat sini. Kalau kak Amie dah kata banyak barangan asing, kami di malaya ni lagilah kan. Yang sebungkus RM10 tu agaknya akar kot kan. Rare betul anggur sekali dengan daun. Kalau saya beli buat photography. hihi...Cantik-cantik hasil kraftangan mereka.
BalasPadamSeronoknya...sini kalau Kak Amie bawak jalan lama- lama pun SA x bosan...suka sangat SA kalau kat sini...teringinnya nak pergi...
BalasPadamGeramnya tengok macam2 ada di Pasar Bintulu. Hasil krafnya, makanan dan segalanya. Buluh Pansuh dan sarung ketupat pun ada dijual. Limau tu, terasa di mulut manisnya.
BalasPadamCantiknya raga n pelbagai kraftangan tempatan
BalasPadamPelbagai jenis barangan dan makanan dijual. Dari yang biasa² sehingga yang luar biasa. Ni kalau semua turun tentu tak habis memborong.
BalasPadamBuah anggur dia siap ada daun lagi. Saya paling suka tengok produk kraftangan anyaman.
BalasPadammacam sedap belacan nya
BalasPadamWow!! berbagai jualan tradisional Sarawak di Bintulu kan...ada hasil tangan DLL..nah nilah hasil berblog, saya dah nampak paparan di blog ni rasanya nak ke Tamu Ground Keningau nanti..dan berbulan-bulan Etuza tak turun di Tamu Ground yang dulu tempat arwah mak berniaga jual halia..
BalasPadamBestnya blog Amie ni tau..terbaik
BalasPadamBerkenan tengok hasil kraftangan mereka. Cantik-cantik semuanya.
BalasPadamYg di bawah ketupat Palas itu , kayu apa ya kak? Mahal juga dijual 10rm seikat.
BalasPadamKalo DTG ke pasar begini, memang sukaa saya. Walau hanya lihat2, tapi menarik barang2 nya
ikan kering dia cantik2 murah pulak tu. hish geramnya
BalasPadamIngatkan anggur tu pun dari hasil bintulu kak hehehe.... cantik ikan kering tu nampak putih gitu
BalasPadam