Makan Nasi Lauk Telur Ikan Goreng
4:52 PTGCadangnya balik dari ladang hendak beli Ink Printer Canon G3010. Sudah sampai masanya kena isi tangki dakwat. Nanti tak cukup untuk cetak kertas latihan murid. Tambahan pula musim ulang kaji untuk peperiksaan percubaan SPM memang banyak bahan hendak dicetak.
Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kononnya hendak terus ke kedai, tapi disebabkan kesesakan lalu lintas lambatlah pula hendak sampai ke destinasi. Perut pula sudah mula berkeroncong. Kita minta Encik Suami melencong ke kedai makan. Kemudianlah baru cari ink.
Amie ajak Encik Suami intai-intai Restoran Nak Sup Ikan LD. Dari dalam kereta, nampaknya ada kerusi meja kosong. Biasanya waktu puncak di sini pada ketika pelanggan makan tengah hari. Sekarang sudah beransur kurang.
Kami memesan:
- Nasi putih
- Telur Ikan Goreng
- Sup Ikan dengan Tomato
- Peria Goreng Telur Masin
- Chinese Tea Panas
Telur Ikan Goreng |
Peria Goreng Telur Masin |
Telur Ikan Goreng |
Bismillah. |
Cantik pula mangkuk Sup Ikan dengan Tomato ini. Ada gambar ikan di luarnya. |
Mangga Manila |
30 comments
First time dengar menu telur ikan goreng.. rasanya kat sebelah sini macam takde je menu tu.. hehe..
BalasPadamRestoran ini menawarkan masakan dua jenis ikan, siakap dan ikan merah. Semuanya ikan segar. Telur ikan itu dari ikan merah.
PadamSekarang tengah pattern cuaca mendung, hujan sekejap-sekejap. Kenapalah sedap-sedap menu kak Amie pesan ni. Telur goreng tu bukan semua kedai ada, siap dengan hirisan bawang lagi. Sup ikan pun segar dan penuh dengan tomatonya. Sedap tu diratah tomatonya tak ada sayur lain pun takpe. Mengikut tema sup ikan dan mangkuknya. Peria goreng, krup krap makan tak rasa pahitnya pun kan.
BalasPadamRezeki tak putus dapat mangga manila lagi.
Semoga Restoran Nak Sup Ikan LD ini terus maju. Lauk-pauknya dari bahan yang segar, dan dihidang panas dari dapur. Setakat ini semua menu yang dipesan sedap belaka.
PadamAlhamdulillah, hari-hari kutip mangga manila.
Teringin nak mencuba makanan sana nampak menarik dan menyelerakan.
BalasPadamMari datang sini Cie.
PadamIsssh kak Amie , teringin betuuul saya ke sana, kuliner di LD nampaknya memang sedap2 semua ya kak 😍😍. Saya suka pare atau peria. Tp biasanya makan mentah pakai sambal terasi. Belum pernah rasa di goreng. Sedaap nih pasti ❤️❤️. Telur ikan goreng tuh, juga tempting sangat 😍
BalasPadamKami pantang jumpa menu peria goreng telur masin. Mesti pesan itu, sedap diratah.
PadamSedap telur ikan goreng itu ya dik.
Hujan2 mcm ni mmg sedap jika ada sup.. kuching pn hujan dan sy masak sup ayam td
BalasPadamBetul Mira.
PadamHirup semangkuk sup di kala hujan, memang pergghhh!
Unik menu restoran2 di LD ni ya. Tak pernah lagi jumpa restoran seumpama ni di Johor. Yang best, dia boleh masakkan bahagian ikan ikut permintaan pelanggan.
BalasPadamYa, SK. Pelanggan boleh pilih bahagian ikan yang digemari. Boleh minta goreng dahulu baru diolah ikut masakan yang dipinta, atau terus masusk dalam masakan seperti kari, sup, asam pedas, tom yam dll.
PadamCemburu dengan orang Sabah, hari2 makan ikan segar :D
BalasPadamHari-hari makan ikan pun jemu juga PH... ahaks!
PadamKenapa semuanya sedap2 belaka....
BalasPadamJemput Sueann.
PadamSedapnya, menu dia lebih kurang mcm kat Kudat Sup Ikan.
BalasPadamKalau tak silap, beberapa tahun lalu kami singgah Kudat makan di sebuah restoran yang ada sup ikan.
PadamGeram tengok sup ikan akak tu, nampak sedap dan isi ikannya tu tebal
BalasPadamDua jenis ikan tu Dana, ikan siakap dengan ikan merah.
PadamSedapnya sup ikan dan tomato...mesti segar je lepas makan tu kan kak..
BalasPadamSedap hirup kuahnya SA. Panas lagi kan.
PadamIngatkan telur goreng rupanya telur ikan goreng. Kat sini tak pernah jumpa. Kalau kat muo telur ikan mayung depa buat asam pedas. dapnya
BalasPadamKan. Jarang ada kedai makan sediakan menu telur ikan goreng.
PadamSaya teringin nak makan telur ikan mayung balik kampung nanti.
sedap semua menu dah lama xbeli ink printer dulu2 rjn juga print
BalasPadamInk printer wajib ada untuk kegunaan cetakan kerja murid.
Padamlinda tak reti makan telur ikan
BalasPadamOooooo.
PadamMenu macam ini akan buat saya makan sampai segah perut tak boleh bernafas sebab sedap sangat. Sedapnya telur ikan goreng tu
BalasPadamSedap pulak tgk sup ikan tu.. berselera tgk Amie makan
BalasPadam