Makan Nasi Lauk Telur Ikan Goreng
4:52 PTGCadangnya balik dari ladang hendak beli Ink Printer Canon G3010. Sudah sampai masanya kena isi tangki dakwat. Nanti tak cukup untuk cetak kertas latihan murid. Tambahan pula musim ulang kaji untuk peperiksaan percubaan SPM memang banyak bahan hendak dicetak.
Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kononnya hendak terus ke kedai, tapi disebabkan kesesakan lalu lintas lambatlah pula hendak sampai ke destinasi. Perut pula sudah mula berkeroncong. Kita minta Encik Suami melencong ke kedai makan. Kemudianlah baru cari ink.
Amie ajak Encik Suami intai-intai Restoran Nak Sup Ikan LD. Dari dalam kereta, nampaknya ada kerusi meja kosong. Biasanya waktu puncak di sini pada ketika pelanggan makan tengah hari. Sekarang sudah beransur kurang.
Kami memesan:
- Nasi putih
- Telur Ikan Goreng
- Sup Ikan dengan Tomato
- Peria Goreng Telur Masin
- Chinese Tea Panas
Telur Ikan Goreng |
Peria Goreng Telur Masin |
Telur Ikan Goreng |
Bismillah. |
Cantik pula mangkuk Sup Ikan dengan Tomato ini. Ada gambar ikan di luarnya. |
Mangga Manila |
11 comments
First time dengar menu telur ikan goreng.. rasanya kat sebelah sini macam takde je menu tu.. hehe..
BalasPadamSekarang tengah pattern cuaca mendung, hujan sekejap-sekejap. Kenapalah sedap-sedap menu kak Amie pesan ni. Telur goreng tu bukan semua kedai ada, siap dengan hirisan bawang lagi. Sup ikan pun segar dan penuh dengan tomatonya. Sedap tu diratah tomatonya tak ada sayur lain pun takpe. Mengikut tema sup ikan dan mangkuknya. Peria goreng, krup krap makan tak rasa pahitnya pun kan.
BalasPadamRezeki tak putus dapat mangga manila lagi.
Teringin nak mencuba makanan sana nampak menarik dan menyelerakan.
BalasPadamIsssh kak Amie , teringin betuuul saya ke sana, kuliner di LD nampaknya memang sedap2 semua ya kak 😍😍. Saya suka pare atau peria. Tp biasanya makan mentah pakai sambal terasi. Belum pernah rasa di goreng. Sedaap nih pasti ❤️❤️. Telur ikan goreng tuh, juga tempting sangat 😍
BalasPadamHujan2 mcm ni mmg sedap jika ada sup.. kuching pn hujan dan sy masak sup ayam td
BalasPadamUnik menu restoran2 di LD ni ya. Tak pernah lagi jumpa restoran seumpama ni di Johor. Yang best, dia boleh masakkan bahagian ikan ikut permintaan pelanggan.
BalasPadamCemburu dengan orang Sabah, hari2 makan ikan segar :D
BalasPadamKenapa semuanya sedap2 belaka....
BalasPadamSedapnya, menu dia lebih kurang mcm kat Kudat Sup Ikan.
BalasPadamGeram tengok sup ikan akak tu, nampak sedap dan isi ikannya tu tebal
BalasPadamSedapnya sup ikan dan tomato...mesti segar je lepas makan tu kan kak..
BalasPadam