Dari Pukul 12:00 Tengah Hari Hingga Pukul 4:30 Petang Barulah Dapat Melepasi Kawalan Pos Imigresen Sungai Tujoh (Sempadan Malaysia - Brunei di Miri, Sarawak)

4:26 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita 30 Mei 2025.
Tak sangka pula kami melalui pengalaman kurang menyenangkan sewaktu hendak melepasi Pos Imigresen Sungai Tujoh di sempadan Malaysia - Brunei untuk lolos ke Sarawak.

Rupanya berlaku kesesakan kenderaan yang hendak berurusan di pos kawalan kerana bilangan kenderaan yang terlalu banyak! Sempat juga cari maklumat dalam talian. Barulah kami tahu kalau musim cuti sekolah memang akan berlaku kesesakan berjam-jam lamanya dan kenderaan akan bersusun berkilometer panjangnya! Ditambah lagi, kenderaan masuk dari negara Brunei kerana penduduk Brunei berbondong-bondong datang ke Miri! 

Pos Imigresen Sungai Tujoh beroperasi mulai pukul 06.00 pagi hingga 10:00 malam. Biasanya dalam tempoh sehari jumlah kenderaan di antara 3,000 hingga 4,000 buah dan waktu puncak pula mencapai 5,000 hingga 6,000 buah sehari.

Kami sampai di sempadan Brunei - Malaysia waktu tengah hari kira-kira pukul 12:00. Beraturlah van kami di antara ratusan kenderaan dari arah Brunei. Tidaklah dapat dipastikan entah berapa kilometer lagi kami akan tiba di pos imigresen. 
Jadinya, habislah waktu kami begitu sahaja.
Pengajarannya : Dalam perjalanan pulang dari Miri ke Brunei nanti, kami mesti keluar awal pagi!

Google

Pukul 04:30 petang barulah van kami melepasi pos kawalan. Terburu-burulah mencari masjid untuk solat jamak dalam keadaan kelaparan.  Syukur jugalah Amie ada bekalan buah nipah yang dibeli di jeti Kampung Ayer. Amie masukkan buah nipah dalam peti sejuk di Coconut Bay Lodge. 
Akhirnya pukul 5:30 petang barulah kami sampai ke kedai makan. Tak ingat apa nama kedai makan tersebut! Perut lapar tak boleh bawa bincang dah. 

Sirap Ais penghilang dahaga.


Banyak jugalah makanan yang ditawarkan di sini, tetapi apabila memesan makanan yang dihajati yang ada hanyalah ayam penyet dan ikan penyet! Penyet pun penyetlah. Jadi semua memesan nasi dengan lauk segala penyet, ayam penyet, ikan tilapia penyet, ikan keli penyet, ikan putih penyet....ahaks!

Amie - Nasi Ikan Tilapia Penyet


Lapar bah kami!

Walaupun semua makan lauk segala penyet, yang tinggal di pinggan hanyalah tulang!

Video kenangan Brunei - Sarawak

22 comments

  1. Bestnya jenjalan,, semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  2. Masya-Allah, banyak sungguh jumlah kenderaan ye. Sabor je la.
    Saya tergelak baca perenggan yang penuh perkataan penyet tu. Hehe.. tapi ikan tilapia penyet tu nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... agaknya sudah petang, yang penyet-penyet itulah sahaja yang tinggal.
      Sabor ajelah kan.

      Padam
  3. Sedapnya tilapia penyet tu. Dapat teguk sirap ais pun dah sedap sangat lagi2 kalau cuaca tengah panas terik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, panas dari gorengan tu. Sedap jew meratah.

      Padam
  4. perjalanan yang penuh dengan ujian kesabaran ya
    Tapi tak apalah semi sebuah pengalaman
    wah menunya mantap juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, Pak.
      Kalau sudah suka berjalana-jalan, harungi saja sampai ke destinasinya.

      Padam
  5. Menyelerakan ..gambar ikan terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lapar sungguh waktu ini. Alhamdulillah dapat isi perut sebelum masuk angin.

      Padam
  6. Ramainya orang yang nak melepasi sempadan, kena cari waktu yang sesuai untuk elak beratur yang panjang... kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Diela.
      Kebetulannya inilah kali pertama kami ke Miri ikut jalan darat. Jadi, tak tahu keadaan sebenar.

      Padam
  7. Aduh banyaknya, ribu ribu kenderaan!
    Penyet pun penyet la kak, janji perut terisi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka begitu banyak kenderaan waktu tu. Pernah dua kali ke Miri tapi naik kapal terbang dari KK.

      Padam
  8. Banyaknya jumlah kereta kak...so pengajarannya kena la keluar awal esoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA.
      Sewaktu hendak keluar dari Miri ke Brunei di kemudian harinya, kami keluar awal pagi.

      Padam
  9. Wahhh.. situasi yg diceritakan Kak Amie ni sebiji macam di Tanah Jauhar ni. Penduduk Singapura berbondong² datang ke Johor setiap kali hujung minggu terutama cuti sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya orang Brunei akan Brunei dan Kota Kinabalu, rupanya Miri pun turut jadi tumpuan mereka.

      Padam
  10. Kak Amie, hari yang sama tu saya pula baru nak masuk ke Brunei.. memang saya nampak belah yang nak keluar dari Brunei ke Miri tu memang panjang barisannya...Saya pun terpaksa cut 1 hari di Brunei sebab nak keluar awal pagi. Tips dia memang kena awal pagi. Ntah2 kenderaan kita selisih ja di jalan hari tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooic!
      Memang selisihlah kita ya.
      Tak sangka pula begitu lama beratur kenderaan untuk melepasi pos imigresen.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe