Asam Pedas vs Tom Yam

7:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahmanirrahim.
Hari ini kami makan tengah hari di Restoran Nak Ikan Sup. Sesiapa yang tersesat singgah di LD bolehlah ke Perdana Square singgah di sini yang beroperasi dari pukul 11:00 hingga 4:00 petang. Banyak hidangan laut jenis berkuah (sup) ditawarkan di sini. 

Encik Suami memesan Asam Pedas Ikan dengan Kuetiaw. Amie pula Tom Yam Ikan dengan Bihun. Seperti biasa, kami memilih minuman panas iaitu Chinese Tea.


Oleh kerana kedua-dua makanan berkuah yang dipesan kelihatan agak sama, jadi tidak dapat dipastikan mana satu asam pedas dan mana satu tom yam.


Untuk membezakannya, jadi kenalah rasa kuah kedua-duanya.

Asam Pedas Ikan

Yang ini rasa asam pedas, kuah merah berlemak dan penuh perisa. Rasa masam yang seimbang, pedas dan terasa aroma daun kesum. Pendek kata cukup rasa. Makan dengan nasi memang sesuai sangat tapi Encik Suami pilih makan dengan kuetiaw saja.

Tom Yam Ikan

Untuk lebih puas hati, cuba juga sesudu kuah dari mangkuk satu lagi untuk memastikan ia Tom Yam Ikan seperti yang dipesan. Sebaik sudu berisi kuah menyentuh mulut, hidung pula yang terlebih dahulu menghidu aroma serai, daun limau purut dan sedikit bau lengkuas. Betul! Ini Tom Yam Ikan. Kuahnya merah dan agak pekat. Ada rasa masin sos ikan, pedas cili padi dan masam dari jus limau nipis.


Kedua-dua masakan ini menggunakan campuran ikan siakap dan ikan merah. Kami meminta ikan digoreng terlebih dahulu dan kemudian barulah dimasak bersama kuahnya. Harga semangkuk tidak termasuk kuetiaw atau bihun ialah RM18.00.

Tom Yam Ikan dengan Bihun.

Chinese Tea

Restoran Nak Ikan Sup ini agak luas dan kelihatan bersih. Ramai pelanggan datang dan pergi.  Pemiliknya sangat peramah dan menyambut setiap kedatangan pelanggan. Sempat juga kami berbual-bual kerana rasanya seperti pernah melihat iras-iras mukanya. Rupanya beliau adik kepada arwah Penolong Kanan Pentadbiran di ladang kami. Dahulu sebelum Amie lepaskan jawatan Penolong Kanan HEM, Amie duduk bersebelahan bilik arwah abangnya. 

Balik rumah, sempat google dan baru tahu pemilik restoran ini berpangkat Datuk. Barangkali restoran ini baru beberapa bulan dibuka. Selain nama Restoran Nak Ikan Sup, ada tulisan Cina di sebelahnya. Kalau orang tidak biasa, tentu akan menyangka ia restoran masakan Cina padahal sebenarnya restoran orang kita.

Rasanya lain kali hendak datang lagi ke sini sebab masakannya cepat dihidangkan serta dapat rasa kesegarannya ikannya. Ada masakan seafood lain seperti udang dan sotong serta telur ikan. Rugi kalau tak cuba!


Selepas makan di Rsetoran Nak Ikan Sup, singgah gerai beli kuih penyaram.


Tak cukup kuih penyaram, Encik Suami beli goreng pisang dan cekodok pisang.
Bolehlah buat minum petang, katanya.


Sampai di rumah, Encik Suami kutip mangga manila yang gugur dari pokok jiran sebelah.
Dipetiknya juga sebiji mangga udanag dari pokok sendiri. Katanya ini mangga udang terakhir untuk musim ini!

Mangga Udang & Mangga Manila

Eh, hari ini 06 Ogos kan? Macam ada sesuatu dengan tarikh ini! 31 tahun yang lalu.... ya 06 Ogos 1994 tarikh kami bertunang!

26 comments

  1. Selamat bertunang Amie..hihihi..
    Tak pernah lagi Linda makan asam pedas dengan kuetiau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihan sebenarnya, boleh makan dengan nasi.

      Padam
  2. Pertama kali tengok asam pedas makan dengan kuetiau tu. Alahai mangga tu menggoda betul la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pilihan nasi / mi konlon/ kuetiaw / bihun. Encik Suami nak makan dengan kuetiaw.

      Padam
  3. Nampak serupa tapi berbeza 😀
    Agaknya hidangan biasa di sana ya - asam pedas makan dengan kue tiau.

    Terus terfikir…bila tarikh saya dan suami bertunang. Lupa! 😄

    BalasPadam
  4. Happy anniversary, terimbau kenangan hari bersejarah tu, bertunang..ha kena happy..hehehe

    BalasPadam
  5. Jarang makan tom yam ikan.. selalu tom yam ayam jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan Cina di Sabah selalunya ada menu begini.

      Padam
  6. Wuaaaaah hari kak Amie bertunang . Masih ingat ya kak 😅😅. Saya hanya ingat tgl nikah, kalo tgl tunang bye bye laah, lupaaa dah 🤣🤣.

    Aiiih teringiiiin makan di sini. Sukaa lah nama restorannya. Unik sangat. Kalo nanti saya jadi eksplor Sabah Sarawak labuhan, semoga bisa mampir ke LD juga ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tiap tahun teringat dik. Entah kenapa, tahun ini teringat pula tepat pada tarikhnya.
      Makanan begini memang disukai ramai kalau di Sabah.

      Padam
  7. Boleh tak nak cakap pertama kali nampak asam pedas ikan makan dengan kuetiau. hihi..Agaknya sebab dah biasa makan dengan nasi kan. Susah juga tu kena rasa dulu untuk bezakan tomyam dengan asam pedas. Kedua-duanya memang mirip dari segi kuahnya kan. Makanan sedap buat kita rasa nak mengulang makan lagi dan lagi. Kuih muih minum petang pun sedap. Ada sambal kicap buat cicah pisang goreng bertambah sedap lagi. Habis sudah musim buah mangga Kak Amie. Selamat hari pertunangan Kak Amie dan Encik Suami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam menu fusion pulak dah, campur itu dan ini. Tapi asam pedas dia memang sedap, cukup rasa dan ikannya pula segar ikan siakap campur ikan merah.

      Padam
    2. Terima kasih Fizah. Dah 31 tahun berlalu. Sesekali teringat tarikhnya.

      Padam
    3. Sama-sama kak Amie. Kadang terlupa harinya, tapi kalau tarikh tu pasti tak lupa. Bila terlupa, nampak macam familiar je kan. Barulah teringat tarikhnya.hihi...

      Padam
  8. Rare ni, Kak Amie. Tak pernah lagi makan asam pedas dengan kueyteow. Boleh rupanya, hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permintaan Encik Suami ni SK. Dia tak mahu makan nasi.

      Padam
  9. Kuih Panyaram tu suami panggil kuih topi.

    BalasPadam
  10. Tomyam Ikan dan Asam Pedas Ikan dengan Kuetiaw, first time tengok ni Kak Amie. Nampak sedap sangat.

    BalasPadam
  11. Bestnya dapat makan kepingan ikan camtu.. takyah buang tulang.

    BalasPadam
  12. mangga manila yg tengah2 besar tu ke? jauh beza dgn saiz mangga2 yg lain

    BalasPadam
  13. Pertama kali nampak asam pedas ikan makan dengan kuetiau, SA x pasti macam mana rasanya tapi kalau Kak Amie cakap sedap tu...memang betul sedap la...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe