Sarapan Bubur Nasi di LA Hotel
9:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita pagi Sabtu 28 dan 29 Jun 2025 di LA Hotel. Kami menginap selama dua malam di sini. Waktu sarapan pukul 6 hingga 10 pagi. Pukul 7 pagi kami turun ke dewan makan. Banyak jenis makanan yang disediakan, lengkap dari yang ringan hingga makanan berat. Amie tidak ambil yang berat seperti nasi, rendang ayam dan lauk-pauk lain. Sudah tentulah Amie pilih menu kesukaan iaitu bubur nasi berlauk.
Sarapan pagi Ahad:
Bubur Nasi Berlauk |
Kita suka bubuh lobak putih jeruk banyak-banyak , kacang tanah goreng dan chicken floss. Tambahkan cili padi potong yang direndam dalam kicap cair.
Tidak ketinggalam ambil sepiring kecil salad. |
Jus Oren |
Ambil sedikit hashbrown, kacang panggang dan sosej.
Telur rebus setengah masak. |
Oleh sebab suka sangat makan bubur, jadi hendak makan puas-puas sebelum balik ke LD. Tambah sedikit bubur nasi lagi. Kali ini bubuh telur rebus separuh masak sebiji (ambil sebiji dari mangkuk Encik Suami), dan tambahkan chicken floss serta cili padi hiris dengan kicap cair.
Cicip juga sesudu nasi hujan panas, mi goreng, sayur terung goreng balado dan sayap ayam masak kurma. Kenyang sungguh sarapan pagi itu.
Encik Suami : Kopi |
Firdaus memilih coco crunch. |
Ini gambar hari Sabtu. Sarapan pada 28 Jun 2025. Encik Suami ambil makanan berat. Ada nasi, rendang ayam dan acar mentah. Katanya untuk tenaga memandu ke Teck Guan Cocoa Village.
Makan hashbrown. |
Encik Suami : Kopi |
Amie : Hirisan buah tembikai kuning, honeydew dan salad. |
Ambil sepotong puding dan tart coklat yang kecil comel. |
Bubur Nasi Berlauk. |
Tak puas makan bubur pada pagi Sabtu, melantak dua mangkuk bubur pada pagi Ahadnya pula. Bilalah nak rajin masak bubur sendiri di rumah... ahaks!
3 comments
Super kenyang dah
BalasPadamKalau di kampung saya namanya bubur ayam
Sedpanya bubur berlauk tu Kak Amie. Ada pulak lobak putih jeruk tu kan. Puas hati dapat ulang makan hari keduanya juga. Firdaus dan coco crunchnya tak tinggal. Kopi tu wajib ada kalau sarapan. hihi...
BalasPadamBubur ni senang nak buat, tapi tulah ambil masa nak masak sampai jadi bubur. Jadi kita makan sepuasnya dulu. Nanti teringat-ingat pulak.
sedapnyaaa bubur....kalau BF dekat hotel, saya pun suka ambik bubur......
BalasPadam