Minum Fresh Orange dan Makan Kek Kentang Sepanyol Waktu Sarapan
8:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah seharian meredah Granada hingga ke Cordova dan malamnya merehatkan diri di Seville, memang tidak lain yang diharapkan selain dapat berehat sepuasnya untuk mendapatkan kembali tenaga. Apalagi dalam keadaan sudah membersihkan diri dan tidur di atas tilam empuk dalam suasana hangat di bawah selimut maka lenalah tidur hingga ke pagi. Mimpi pun tak sempat singgah dalam tidur!
Seperti biasa, rutin harian diteruskan dengan mengalas perut di dewan makan. B&B Hotel menghidangan sarapan continental atau ala Andalus. Antaranya termasuklah pelbagai jenis roti kecil Andalus, pastri, buah segar, kopi, teh, jus, bijirin, yogurt dan sebagainya.
Minyak Zaitun |
Kekacang |
Sewaktu sarapan, kami sering dihidangkan dengan roti baguetta atau bollo andaluz, iaitu roti putih tempatan yang dibelah dua dan dibakar serta dihidang panas. Bolehlah disapu dengan mentega atau jem. Di sini dipanggil tostada con mantequilla y mermelada.
Boleh bakar roti pilihan di sini.
Ada Hot Drink Machine dan juga Cold Baverage Dispenser.
Orange Juice Machine (Automatic Citrus Juicer ) - Maquina exprimidora de naranja automatica. |
Kami memilih satu sudut, tempat Orange Juice Machine (Automatic Citrus Juicer). Seronoklah dapat menekan butang mesin, 100% jus oren segar terus masuk ke dalam gelas, Rasanya sejuk dan manis bersari. Sedap! Hendak ambil segelas lagi, terfikir pula sebentar lagi kami akan memulakan perjalanan. Cukuplah minum segelas. Perut perlu dijaga!
Agaknya memang epal di Sepanyol jenis ada bintik-bintik jeragatlah!
Tidak pastilah fresh orange ini dari berapa biji buah oren, sebab hanya perlu tekan butang sehingga sebanyak mana jus yang kita mahu.
Jom sarapan. Bismillah. |
Kek Kentang Sepanyol, telur hancur dan kekacang. |
Bollo Andaluz yang dibakar dan disapu mentega dengan jem. |
Bilik 212 |
Selepas sarapan, naik ke bilik dan turun semula untuk memulangkan kunci bilik.
Siapa boleh teka maksud SALIDA? |
Kami akan meninggalkan B&B Hotel sekitar pukul 8:00 pagi.
Ada yang meminta kami bergambar bersama kerana kami memakai pakaian tradisional Morocco. Kami beli pakaian ini di Morocco tetapi memakainya ketika berada di Sepanyol.
Tiga model berpakaian tradisional Morocco. |
Pagi itu, bas membelah dingin pagi mwninggalkan B&B Hotel menuju ke destinasi seterusnya.
Sempat mengerling bacaan suhu ketika itu 9'C.
41 comments
Macam tu je sarapan mereka. Kalau kita tu meriah dah makanan berat bagai sarapan.
BalasPadamRasanya sarapan Eropah lebih ringan berbanding American Breakfast. Tapi roti-roti tu jenis yang mengenyangkan. Cuma kali ini tiada salad.
PadamSemua makanan nampak sedap :)
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamAestetic! Sampai mknn pun nmpk nilai estetikanya. Menyelerakan pun ya jugak
BalasPadamKan. Ada nilainya yang tersendiri.
PadamSaya kalo di sana, bakal sukaaaaa sangat sarapan hanya dengan sayuran, pakai dressing zaitun dan madu, lalu icip2 aneka roti dan keju 😍😍😍. Itu saja dah kenyaaang sangat. Terkadang rindu makan roti2 ala eropa, Krn roti mereka padat dan mengenyangkan. Beda dengan roti asia yg terlalu lembut dan cepat buat lapar.
BalasPadamRoti Asia gunakan tepung gandum yang sudah diproses, hasilnya ringan dan tidak mengenyangkan. Saya suka makan roti panggang sapu mentega dan pilihan jem yang tersedia.
PadamRasulullah S.A.W. tidak pernah mencela pada sesuatu makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu baginda akan memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.”
BalasPadamSubahanallah..indahnya kata-kata ini, rasa lembut dan segar jiwaraga membacanya. OO ya pelancongan di Sepanyol ya..pasti melakar kenangan indah, balik Malaysia akan terbayang kenangan itu. Juadah yang ada amat menyelerakan..inilah kelebihan bila travel..selain hilangkan tekanan dapat banyak ilmu...
Alhamdulillah. Dapat luangkan masa jalan-jalan ke negara orang buat seketika.
Padamwahhh macam macam makanan ada ye
BalasPadamYa, menu khas untuk sarapan.
PadamSedapnya sarapan² dia...sekali sekala hadap tu pun syiok..asyik makan berat ke bila sarapan..
BalasPadamBetul Linda. Walaupun tak berat, makan itu makan ini penuh juga perut.
PadamKek kentang tu nampak sedap...
BalasPadamOrang Malaysia pakai baju tradisi Morocco jadi tumpuan di Sepanyol, menarik 👍🏻😁
Kek kentang tu mengenyangkan.
PadamJadi tumpuan pula pakai baju tradisional Morocco tu.
apa ya makna salida sedapnya kek karot
BalasPadamMaksudnya : Keluar
PadamWalaupun cuma roti, tapi kalau dah dibakar di letak topping pelbagai boleh makan bertambah dan mengenyangkan jugak kan kak. Besar betul buah epal dia kak. Kenyang makan sebiji
BalasPadamBetul Dana. Kenyang makan sekeping. Belum lagi makanan lain.
PadamEpal tu besar. Ambil sebiji masuk beg sandang buat bekal.
rambang mata....semua sedap
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki sarapan di negara sejuk.
Padamsimple saja menu breakfast orang sepanyol
BalasPadamPenyediaannya pun mudah.
PadamKeju dia macam letak atas air ke tu?
BalasPadamKeluar airnya kot.
PadamJauhnyer mengalas perut
BalasPadamJauh di mata, jadi kenangan di hati.
PadamLast 2 week jumpa apple ni besar betul kat Jaya Grocer tapi SA x beli sebab sebiji je dah RM12.90 harga kak, ikut hati nak beli...fikir dan belek banyak kali sudahnya letak balik..curious ni nak tau apa rasa dia..sama ke macam apple biasa tu...
BalasPadamEpal di sini mungkin fresh dari ladang. Rasa dia lebih rangup, manis dan wangi.
PadamBeraneka jenis makanan berasaskan tepung. Boleh buat kenyang sampai ke masa makan seterusnya. Sedap betul air jus tu ye Kak Amie. Kalau bukan sebab kena travel, mesti dah tambah minum.
BalasPadamMemang mengenyangkan Fizah, terutamanya kek kentang Sepanyol tu. Padat isinya. Ikutkan hati memang nak tambah dua tiga gelas, tapi ingat apa jadi dalam perjalanan... minum segelas sajalah.
PadamItu menu sarapan orang Spanyol ya?
BalasPadamBeda sekali dengan model sarapan saya disini, yang selalu ramai dengan berbagai tambahan menu.
Oh demikian rupanya pakaian tradisional Morocco, cantik juga ya Mbak.
Salam,
Ini sarapan ringkas yang disediakan pihak hotel. Mungkin ada menu sarapan Sepanyol yang lebih berat.
PadamYa, itulah pakaian tradisional Morocco di kala musim sejuk. Djellaba namanya.
Sy baru nak cakap pasal baju Kak Amie, rupa²nya memang beli kat sana ya. Nampak sedap² sarapannya.
BalasPadamYa, beli di kota Fez, Morocco. Baju sejuk saya tertinggal di kampung.
PadamPertama kali tengok kek kentang. Donut dia nampak gebu.
BalasPadamBagusnya, ada pelbagai mesin air minuman.
Saya pun pertama kali makan kek kentang. Kiraya macam bingka kot kalau di tempat kita.
PadamSenang nak pilih minuman, tekan butang mesin saja.
rambang mata tengok section breakfast tu! semua sedap. tapi sayang ada yg kita tak boleh makan
BalasPadamsakan lah menekan nekan mesin air oren tu
Biasanya kami tunggu tour guide atau tour leader untuk memilih makanan yang sepatutnya.
PadamKeju dan kek kentang tu, menambat mata. Sedap semua yang terhidang, especially yang boleh makan lah.
BalasPadam