Makan Yang Masam-Masam Untuk Kurangkan Pahit Mulut

6:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Mulut rasa pahit semasa demam memang simptom biasa sebagai tanda badan sedang dalam proses melawan sesuatu seperti jangkitan atau keradangan. Apabila suhu badan naik fungsi lidah serta deria rasa jadi kurang berkesan. Taste buds boleh terjejas sehingga makanan dan minuman jadi tidak sedap.

Selain jangkitan pada tekak, mulut dan pernafasan, ubat-ubatan yang diambil turut memberi kesan dengan meninggalkan rasa pahit dalam mulut. Bukan itu sahaja apabila demam, badan mudah kehilangan air atau peluh. Hal ini menjadikan air liur berkurangan dan mulut menjadi kering. Dengan ini bakteria mulut mudah merebak dan akan menghasilkan mulut rasa pahit.

Pagi tadi, selain minum panas, Amie makan bihun goreng yang Encik Suami belikan. Sebelum makan ubat memang kena makan sesuatu. Kemudian apabila berasa lapar, Amie makan buah. Menjelang petang teringin makan sesuatu tetapi tak tahu hendak makan apa. Encik Suami kata Amie mati liur (bahasa orang Cocos untuk menunjukkan tiada selera makan). Katanya lagi, untuk hilangkan pahit mulut kenalah makan yang masam-masam sedikit.

Jadinya, Encik Suami belikan makanan tradisi orang Bajau:
  • Putu
  • Ikan Kayu Panggang
  • Kerabu Rumpai Laut
  • Kilau

Putu & The Gang


Kerabu Rumpai Laut

Kilau (hirisan mangga muda dengan isi ikan).

Putu

Ikan Kayu Panggang

Sambal Pencecah

Alhamdulillah.
Masuklah juga ke perut beberapa keping putu dengan lauk-pauknya. Tidaklah perut terus kosong sampai tak boleh hendak telan ubat.

Doakan ye kawan-kawan, mudah-mudahan esok kembali sihat dan boleh meneruskan kerja menoreh di ladang.

16 comments

  1. wahh makanan org kampung yg berselera nih., hehe

    BalasPadam
  2. Putu tu tak nampak macam putu yang saya selalu makan....putu tu pulut ya?

    BalasPadam
  3. Menarik juga ni. Macam teringin juga nak try makanan sana tu.

    BalasPadam
  4. menarik kerabu rumpai dan putu tu. moga segera sembuh.

    BalasPadam
  5. Semoga cepat sembuh dan dapat kembali bekerja. Bila demam memang mati liur, dah lama tak dengar perkataan mati liur tu. Kena makan yang berkuah, masam-masam baru berasa sikit kan. Dalam tak sihat, semangat lagi kak Amie tu setting hidangan ambil gambar cantik. Kita tengok hidangan pun rasa berselera nak makan.

    BalasPadam
  6. Moga diberi kesembuhan untuk sakit akak tu ya

    BalasPadam
  7. Syafakillah Kak
    Pertama kali tengok putu & the gang. Nampak menarik

    BalasPadam
  8. Semuga cepat sembuh amie. Semuga makanan yang di makan menambahkan tenaga dan dapat melawan penyakit.

    BalasPadam
  9. biasa rumpai laut makan yang dah awet huhuhu

    BalasPadam
  10. Ternyata disana ada makanan bernama "putu" ya Mbak.
    Disini ada juga putu, tapi berbeda sekali dengan putu disana.

    Salam,

    BalasPadam
  11. Semoga cepat sembuh kakamie, putu tu rasanya macamana? tertarik

    BalasPadam
  12. Get well sotong, Kak Amie. Kesiannya kalau belum sihat tapi perlu ke ladang esok.

    BalasPadam
  13. Aamiiin. Saya doakan kak Amie semakin membaik kondisinya yaaa. Harus tetap makan, biar bisa minum obat 🤗. Putu itu menarik kak. Rasanya seperti apa ya?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe