Makan Tengah Hari di Tawau Cocoa Cafe

11:58 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah meronda di sekitar Cocoa Village, kami singgah di kafe untuk makan tengah hari. Cocoa Kafe seperti sebuah rumah banglo, ada bilik-bilik dan ruang tamu. Pengunjung kafe boleh memilih tempat duduk yang sesuai dan ikut keselesaan masing-masing.

Smoked Duck Aglio Olio

Boleh duduk-duduk di beranda menikmati pemandangan dan merasai angin sepoi-sepoi bahasa.

Rasa seperti berada di rumah sendiri pula.

Di atas meja makan ada hirisan daun pandan buat bau-bauan yang menenangkan.


Setiap pengunjung yang datang boleh serahkan tiket masuk di kaunter pesanan di kafe, dan kami diberikan segelas kecil minuman coklat sejuk.

Tiga gelas coklat sejuk untuk kami bertiga.


Firdaus mengisi borang pesanan makanan, dan pelanggan dikehendaki membawa ke kaunter untuk menjelaskan bayaran. Makanan akan dihantar ke meja pelanggan oleh pelayan cafe.

Firdaus : Blue Summer


Yang warna biru itu kiub ais.

Lemon masu sejuk.

Encik Suami memesan Hot Honey Lemon tapi yang datang sejuk pula. Biarlah, kata Encik Suami. Tak payahlah minta tukar. Nampak pelayan kafe pun sibuk melayan banyak pelanggan dari meja-ke meja.

Amie : Tropical Pineapple

Rasanya hendak memesan lagi segelas ... ahaks! Rasa Tropical Pineapple ini sama seperti yang selalu Bonda kita buat, nanas dicincang dan direbus bersama gula dan kulit kayu manis serta cengkih.

Hot Honey Lemon & Sebiji Coklat

Tidak lama kemudian, datang pula Hot Honey Lemon. Encik Suami kata, sudah minum honey lemon ais yang datang awal tadi. Mungkin silap hantar, kata pelayan kafe. Nanti saya semak semula pesanan, katanya lagi. Kami beritahu, tidak mengapa. Kami akan bayar honey lemon ais itu. Pelayan kafe datang semula dan beritahu kami, tak perlu bayar honey lemon ais kerana itu kesilapan dari dapur. Nampaknya, rezeki Encik Suami dapat dua minuman dalam satu harga.

Encik Suami : Smoked Duck Aglio Olio

Encik Suami suka makan itik, dan kebetulan ada Smoked Duck Aglio Olio. Itulah pilihannya. Spaghetti yang dihidang itu bukan dibubuh kicap, tetapi warna daripada koko. Spaghetti koko ini ada dijual di Elaies Hall. Itik salai itu pula Encik Suami pelawa kita makan. Makanlah sekeping.

Daging itik salai terasa asapnya dan lembut pula! 

Amie : Grilled Salmon

Kulit salmon dipanggang garing. Isinya lembut berjus.

Habis licin kita makan salad dan kentang goreng tetapi terpaksa minta tolong Encik Suami untuk habiskan ikan salmon.

Firdaus : Korean Spicy Fried Chicken with Fries


Macam sedap jew tengok Firdaus makan. Bebrapa kali jugalah dia pelawa kami makan ayam goreng tapi masing-masing sedang berusaha untuk menghabiskanb hidangan sendiri.


Dalam perjalanan keluar dari Cocoa Village, kami singgah beli aiskrim koko di hujung Elaeis Hall. Ada pelbagai produk koko dijual di sini termasuk sabun dan syampu. In syaa Allah, pada masa yang lain kalau berkesempatan datang lagi memang hendak beli beberapa produk penjagaan kulit di sini. 

Ais Krim Koko - RM8.00.


Jom balik.


Sewaktu datang pagi tadi, tempat letak kereta di bawah pokok kelapa sawit masih kosong. Sekarang, sudah penuh.




Lebih kurang pukul 2:45 petang kami tinggalkan Teck Guan Cocoa Village.


Sampai di LA Hotel, tak sabar hendak mandi, bersihkan diri, solat dan berehat!

13 comments

  1. Sedap semuaaaaaa 😍😍😍😍🤤🤤🤤. Saya pun baca ini saat belum makan 😅. Makin lah lapar.

    Membayangkan salad, tp ada potongan nenas, drooling langsung kak. Nenas nih memang sedap kalo dibuat apapun. Makanan, minuman, asalkan manis yaa 😄

    BalasPadam
  2. Rumah sy ada nenas. Rasa nak buat jugaklah nenas cincang tu, selalu blend terus.

    BalasPadam
  3. menariknya ...makanan & air pon tergoda ❤❤

    BalasPadam
  4. Menarik ais ketul warna biru. Pakai bunga telang agaknya buat ais.
    Makanan dan minuman kat sini bukan je nampak sedap tapi nampak menarik.

    BalasPadam
  5. Sy pun tertarik dgn jus nenas tu ...
    Firdaus nampak kurus sikit la... Makin hensem :)

    BalasPadam
  6. Mesti sedap air koko tu. Rezeki husband kak Amie dapat dua minuman yang sama versi panas dan sejuk untuk satu harga. Minuman sedap, makanan pun sedap. Seronoklah tetamu yang datang menjamu selera di sini. Kita tengok pun dah terliur.

    BalasPadam
  7. menu2 yg mengoda, tertarik dgn air nenas tu, kebetulan semua bahan ada kat rumah, kalau tak fikir hari dah agak mlm, mmg ada ler yg try buat 😀

    BalasPadam
  8. Sajian menu makannya sungguh menggoda selera nih Mbak.
    Aduh,,,tapi saya tertarik sekali dengan es krim koko itu...sepertinya sangat menyegarkan...

    Salam,

    BalasPadam
  9. Menarik tempatnya kak, menu yang akak pilih tu pun nampak sedap semuanya. Air Daus tu cantik betul warnanyha... Daus memang tak suka menu nasi ye kak? Suka betul dia dengan ayam korea tu.

    BalasPadam
  10. Kat rumah SA pun ada nenas lagi 2 biji...nak potong dan buat juice jugak la

    BalasPadam
  11. Smoked Duck Aglio Olio..!! Perut tengah lapar, nampak yang ni je sekarang paling best hehe.

    BalasPadam
  12. Special spagetti tu, dari koko. Wow, rupanya ada produk dari koko seperti sabun dan syampu. Camanalah tu, kalau syampoo bau koko. Hehe...

    BalasPadam
  13. Menarik juga blue summer tu. Ice cube warna biru.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe