Akhirnya Dapat Juga Makan Nasi Ayam Steam
11:37 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Hari ini santai-santai saja duduk di rumah. Tiada undangan majlis kahwin dan yang sewaktu dengannya. Tidak juga mengunjungi pasar tani kerana masih banyak bekalan bahan basah dan kering di dapur. Jadinya, adalah masa untuk manja-manjakan muka dengan tempelkan masker. Malas betul hendak pakai masker, untuk buang sel kulit mati supaya wajah tidak terus nampak kusam. Sepatutnya jadi rutin pakai dua kali seminggu, tapi pakai sekali seminggu pun sudah cukup bagus untuk insan seperti diri ini... ahaks!
Minggu lepas, hari yang sama dan waktu yang hampir sama sempat cari makan nasi ayam steam di Tawau. Selepas daftar keluar hotel, kami cari barang dapur di Pasar Tanjung, Tawau. Beli kopi yang baru dikisar. Serbuk kopi itu bukan untuk dibuat minuman tapi dijadikan masker wajah, ditambah dengan madu. Madunya pula Amie gunakan madu kelulut. Kononnya hendak kurangkan jeragat di muka. Sekarang ini, seiring dengan pertambahan usia mulalah timbul jeragat. Tidaklah banyak tapi sudah mula bersusun bintik-bintik gelap. Kawan-kawan kata, usahakan pakai masker serbuk kopi dengan madu dua kali seminggu.
Eh, cerita lain pulak dah.
Selesai membeli-belah di Pasar Tanjung, kami ke Pasar Tani Tawau pula. Kami beli sepasu pokok daun sup. Dua hari lepas Encik Suami kata sudah pindahkan anak-anaknya menjadikan kesemuanya berjumlah tiga buah pasu. Kita belum sempat tengok, entah di mana Encik Suami letak pasu itu.
Selesai membeli-belah di Pasar Tanjung, kami ke Pasar Tani Tawau pula. Kami beli sepasu pokok daun sup. Dua hari lepas Encik Suami kata sudah pindahkan anak-anaknya menjadikan kesemuanya berjumlah tiga buah pasu. Kita belum sempat tengok, entah di mana Encik Suami letak pasu itu.
Akhir sekali kami singgah makan di Wangi Chicken Rice. Alhamdulillah, hasrat untuk makan nasi ayam lauk ayam steam tercapai jua. Sebenarnya kita pun suka makan nasi ayam lauk ayam yang digoreng, tapi kalau ada yang dikukus, memang itulah yang kita pilih.
Peha Ayam Steam |
Tiga mangkuk kecil sup kosong, dan tiga bekas kecil sos lada campur halia. |
Firdaus - Nasi Ayam Mayonis |
Encik Suami : Nasi Ayam Goreng |
Bahagian peha ayam dibelah dua, dan kemudian dicincang kasar.
Ada hirisan timun di bawahnya.
Lauk tambahan yang dipesan:
- Tauhu Jepun
- Sayur Manis Goreng Bawang Putih
- Hati Ayam
Sayur Manis Goreng Bawang Putih |
Hati Ayam |
Bismillah. Nasi Ayam & The Gang! |
Setelah 15 minit meninggalkan Tawau dengan perut kekenyangan, tiba-tiba Lina anak buah Encik Suami telefon ajak kami makan tengah hari. Lina bersama suami dan ibunya (kakak ipar Amie) kelmarin dari Lahad Datu bermalam di Tawau. Nampaknya rezeki datang terlajak masa. Alhamdulillah. Terima kasih Lina. Semoga murah rezeki untuk Lina.
11 comments
Bancuh serbuk kopi dgn madu je ke kak? Pastu lumur di muka? Br tau pulak tips ni
BalasPadamSedapnya ns ayam.. menu chinese style.. i like
Banyak versinya Mira. Ada yang tambahkan lagi dengan susu tepung dan jus lemon. Ada yang letak gula kalau tak ada madu. Kak Amie pilih yang mudah, kopi dengan madu jew. Sedap pakai, menempel terus di wajah, lepas cuci kulit rasa lembap.
Padamooo gitu ya antara petuanya nak kurangkan jeragat. Cara alami.
BalasPadamKena rajin lah kan manjakan muka kalau nak kulit cantik. Ini patut dari remaja dah mula.
Dulu mana reti tepek macam-macam.. paling kurang pun bedak sejuk je huhu
Sekarang banyak dah produk cuma kena pandai cari mana yang sesuai.
Nak try pakai kopi sebab tengok kawan pakai, lama-lama jeragat hilang.
PadamSaya pun suka yang kukus lagi, kalau diberi pilihan untuk nasi ayam. Sedapnya... 😋
BalasPadamWah, kita gang laaa....!
Padamsaya pernah pakai juga masker serbuk kopi tu. tapi sekarang dah berapa tahun tak pakai sejak dah guna chemical exfoliate.
BalasPadamdulu saya rajin juga pakai masker kunyit + yogurt putih. kulit rasa bersih dan licingg je
sedapnya nasi ayam tu! nampak meriah bila dah campur2 semua lauk dalam satu pinggan :D
Ayam kukus sudah semestinya memang lembut.... Perhhhh makan pun layan jeeee....
BalasPadamNasi ayam gorengnya sungguh menggoda selera
BalasPadamSy paling malas nak pakai masker, bertahun dah tak pakai, patutlah kulit kusam macam org kerja ladang kelapa sawit, hihi. Kak Amie, macam kebetulan pulak hari ini sy masak nasi ayam, tapi ayam rebus aje, hehehe.
BalasPadamSayur manis tu nampak sedap. Cie suka ayam goreng lebih garing2 gitu. Kosong betul sup dia .
BalasPadam