Pasar Rempah di Marrakech
8:58 PGBismillahirrahmanirrahim.
Komen Uncle Gedek dalam entri Jemaa el-Fnaa : Pasar Berber @ Souk Terbesar di Maghribi : Kat sini macam masuk terowong masa kan?
Betul!
Seolah-olahnya kita turut berada pada abad ke-11 tetapi diselang-seli perjalanan dari masa depan. Setelah melepasi 'terowong masa' barulah dapat sinaran cahaya matahari yang terang benderang.
Seolah-olahnya kita turut berada pada abad ke-11 tetapi diselang-seli perjalanan dari masa depan. Setelah melepasi 'terowong masa' barulah dapat sinaran cahaya matahari yang terang benderang.
Entri kali ini Amie hendak kongsikan pasar rempah di Old Medina. Walaupun hanya 'bertembung' dengan beberapa buah gerai rempah sahaja namun sekiranya berminat kita boleh meneroka pasar rempah lain. Maklumlah, untuk menghabiskan pengembaraan di setiap pasar di sini tidak cukup hanya dengan mengambil masa sehari atau seperti kami, hanya melalui lorong dari pintu masuk dan kemudian keluar di penghujung pintu.
Antara pasar rempah yang boleh dilawati termasuklah:
- Souk Semmarine
- Rahba Kedima Square
- Mellah Market
- Spice Souk Of Bab Doukkala
- El Attarine Souk
Kesemua pasar rempah yang disebutkan tidaklah terhad menjual rempah sahaja tetapi turut dimeriahkan dengan dagangan lain termasuk barangan kulit, tekstil, barangan penjagaan diri, peralatan dapur dan sebagainya.
1. Souk Semmarine adalah salah satu pasar terbesar dan paling terkenal di Marrakech. Apabila anda berada di sini seakan-akan berada di Timur Tengah. Antara rempah-rempah yang terdapat di sini termasuklah kunyit, kayu manis, dan saffron.
2. Rahba Kedima Square merupakan pusat dagangan rempah-rempah ini menjual segala rempah-ratus dari jintan sehinggalah ke paprika. Selain itu, para pengunjung juga dapat menemui pelbagai ramuan herba tradisional Morocco.
3. Mellah Market. Kedudukan Mellah Market di kawasan Yahudi Tua Marrakech ini terkenal dengan koleksi rempah-rempahnya yang unik. Selain terdapat pelbagai ramuan masakan Morocco, Mellah Market juga terkenal dengan tawaran bahan-bahan perawatan kecantikan tradisional.
4. Spice Souk Of Bab Doukkal. Untuk jaminan dan kepuasan membeli-belah rempah, kunjungilah Spice Souk of Bab Doukkala kerana ia merupakan salah satu tempat membeli rempah-rempah berkualiti tinggi di Marrakech.
5. El Attarine Souk merupakan syurga bagi pecinta aroma terapi dan penggemar masakan eksotis. Terdapat pelbagai berbagai macam minyak esensial serta ramuan yang jarang ditemui dari seluruh wilayah Arab-Afrika Utara ada di sini. Berjalan-jalan melalui lorong-lorong sempit El Attarine Souk akan membuat berasa tenang dengan aroma semerbak lembut yang menyambut kedatangan kita.
Video salah satu pasar rempah di Jemaa el-Fnaa.
Setakat ini dahulu perkongsian ringkas pada kali ini.
Jumpa lagi.
13 comments
meriah btul pasar rempah tu...berguni2 hah
BalasPadamYa Allah.. tentu satu kepuasan bagi seorang blogger masak dapat masuk pasar rempah begini. Teruja sy tengok rempah² dalam guni besar tu Kak Amie.
BalasPadamMeriah sangat pasar rempah mereka. Kalau ada kat sini mesti seronok.
BalasPadammeriahnyer pasar di maghribi ituu
BalasPadamMenariknya!
BalasPadamBekas tempah tu sendiri pun dah satu tarikan. Tersusun elok semua mmg menarik minat pembeli. Suka sangat bila tengok suasana pasar di luar negara; menarik dan bersih
wah pelbagai jenis rempahan elok susunnya
BalasPadamPasar yang keren banget
BalasPadamMemang betul tu, tidak cukup sehari berkunjung ke pasar seperti itu
suka tengok
BalasPadamcantik kemas je diorang susun
Pasar rempah ni teringat pula pasar di Turki tu. Agak2 kalau beli rempah seperti saffron ke dan yang lain2 mesti murah kan.
BalasPadamNampak klasik pasar ni
BalasPadamKita kat malaysia macam jarang je nak jumpa rempas ratus yg jual dalam guni mcam ni. Ke ada ek?
My goodness saya tak bisa bilang lah kalo bisa ke tempat ini, saya bakal puaaaaas sangat seharian hanya eksplor seluruh sudutnya. Terbayang aroma wangi rempah, penataannya yg estetik, colorful, cantiiik sangat. ❤️❤️❤️.
BalasPadamSuka sangat lah tengok, menarik cara diorang susun rempah2 dalam huni untuk dijual tu.
BalasPadamwah...pelbagai jenis rempah yang ada SA x kenal pun ye Kak Amie..elok cantik tersusun tu ha
BalasPadam