Berbuka Puasa Dengan Murtabak Paratha & Minuman Tongsui
7:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini kami hanya berbuka puasa dengan Murtabak Paratha dan Minuman Tongsui sahaja. Walaupun tidak pelbagai jenis juadah, namun sudah cukup mengenyangkan dan tidak berlebihan pula.
Murtabak Paratha & Minuman Tongsui |
Murtabak Paratha |
Amie gunakan roti paratha sebagai kulit murtabak. Intinya pula campuran tumisan tiga biji kentang dengan 400 gram daging kisar, tiga biji bawang besar, lima ulas bawang putih, tiga sudu besar serbuk kari, satu sudu besar serbuk cili, serta satu sudu kecil lada putih tumbuk. Untuk memekatkannya Amie pecahkan empat biji telur dan gaul dalam kuali. Sentuhan akhirnya, masukkan hirisan daun sup.
Sebenarnya inti murtabak ini banyak! Boleh buat lebih 10 keping murtabak! Amie hanya buat lima keping sahaja.
Amie panaskan roti paratha di dalam kuali sehingga kekuningan dan terbalikkan seketika. Terus angkat dari kuali dan letakkan inti di bahagian sebelahnya dan kemudian tutup dengan bahagian roti paratha yang sebelah lagi. Selepas itu Amie masukkan ke dalam air fryer dan panggang selama lima minit di bawah suhu 180'.
Hasilnya, memang nampak gebu dan rangup!
Mungkin orang lain yang gunakan roti paratha akan balut inti dengan roti paratha yang dinipiskan, tetapi Amie lebih berminat untuk makan murtabak paratha yang rangup. Jadi, ternampaklah intinya sedikit. Semua teruja hendak makan dan habis licin tak tinggal baki. Ada lima keping murtabak paratha. Amie potong dua, jadi semuanya berjumlah 10 keping.
Murtabak Paratha yang enak dan mengenyangkan! |
Minuman Tongsui |
Memandangkan cuaca sangat panas, Amie sediakan minuman tongsui untuk sejukkan badan. Alhamdulillah. Dua tiga gelas jugalah Amie hirup minuman tongsui yang masih panas ini. Selepas berbuka puasa, badan rasa berpeluh! Mudah-mudahan dapat khasiat dari minuman menyihatkan ini.
Balik dari ladang, Amie terus renih bahan-bahan tongsui. Kemudian Amie berehat, tertidur! Apabila masuk dapur, semerbak jew bau tongsui yang direnih dalam slow cooker.
Resipi Minuman Tongsui ada di sini: Minuman Tongsui Sejukkan Badan
16 comments
Sedapnya minuman tongsui tu, Kak Amie. Tentu banyak khasiat dan bagus diamalkan hari². Murtabak paratha tak kurang enaknya tu, kenyang dan puas makan untuk berbuka.
BalasPadamMinuman tongsui memang bagus, menyegarkan walaupun minum panas.
PadamMurtabak pun sedap, maklumlah buat sendiri hihihiii.
Tongsui ni macam minuman lencikang ya lebih kurang. Sama juga la untuk menyejukkan badan. Nampak paratha ni sedap pula Amie. Nanti nak cuba.
BalasPadamYa, yang penting dapat sejukkan badan di bulan puasa yang agak panas ini.
PadamMemang sedap murtabak paratha. Boleh buat ikut selera kita.
Saya yakin makan 1 buah saja martabak ini pasti kenyang sampai sahur kak 😄😄. Nampak padat dan banyaaaak ❤️. Dah komplit pun sebenernya, ada Karbo dari kentang dan protein dari daging.
BalasPadamTongsui ini nama lainnya peach gum dessert. Saya sukaaa Krn kaya akan collagen
Betuk Fanny. Saya makan dua keping yang dipotong dua dari sekeping murtabak. Tak makan lain selepas itu. Hanya minum tongsui tiga gelas. Kenyang sampai sahur.
PadamOooo peach gum dessert namanya. Terima kasih berbagi info. Minuman ini memang bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Menarik la idea martabak paratha tu. Masuk list dah ni🤭
BalasPadamMasuk list, jangan tak masuk ye Mama Cella.
PadamKacang jew tu kalau resipi dah sampai ke Mama Cella.... ahaks!
Good idea ni. Selalunya kulit popia, blom try lg yg ni.
BalasPadamDulu saya selalu gunakan kulit popia. Kali ini gunakan roti paratha. Lebih mudah dan cepat siap. Sedap pula.
Padamtengok gambar je tapi terasa sedap dia tu kak
BalasPadamBetul, memang sedap.
PadamNampak sedap roti paratha tu. Tapi minuman tongsui tu lagi nyaman bah
BalasPadamYa, harap dua-duanya ngam di perut.... ahaks!
PadamSedapnya murtabak paratha, boleh la try buat nanti. Minuman tongsui tu memang sedap je masa puasa ni, tak pernah minum tapi ada antara bahannya diguna utk Laicikang kan.
BalasPadamMacam laicikang plak ye Kak Amie..sedap ni sebab boleh sjukkan badan..kalau SA, maybe kena minum panas- panas gitu...sebab masih batuk kan...murtabak paratha pun nampak sedap
BalasPadam