Medersa Ben Youssef & Sekitarnya
11:51 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pada mulanya hati tertanya-tanya apakah keistimewaan dan keunikan Madrasa (Medersa) Ben Youssef sehingga terpaksa berasak-asak masuk ke dalam! Ramainya pengunjung yang berada di situ dan kami terpaksa mengambil gambar seadanya sahaja.
Madrasa Ben Youssef merupakan sebuah madrasah atau kolej Islam di Marrakesh, Maghribi. Tapak bersejarah Madrasa Ben Youssef ini ialah kolej Islam terbesar di Maghreb dan diiktiraf sebagai kemuncak seni bina Saadian dan Maghribi. Madrasah ini dinamakan sempena Masjid Ben Youssef yang terletak bersebelahan, yang pada asalnya merupakan masjid utama bandar itu, yang diasaskan oleh Almoravid Sultan Ali ibn Yusuf (1106–1142).
Madrasah ini ditutup pada tahun 1960, untuk diubah suai dan dibuka semula kepada orang ramai sebagai tapak bersejarah pada tahun 1982. Madrasa Ben Youssef kini menarik beribu-ribu pelancong setiap tahun dan kekal sebagai salah satu bangunan bersejarah yang paling penting di Marrakesh. Ia kemudian ditutup untuk pemulihan semula pada November 2018 dan dibuka semula kepada orang ramai pada April 2022.
Sumber : Google |
Takjub dengan seni ukir pada dinding madrasah. |
Halaman Utama Medersa Ben Youssef Sumber - Google |
Halaman Utama Medersa Ben Youssef 1921 Sumber - Google |
Medersa Art Gallerie |
Ada makna tertentu dari simbol yang terukir di muka pintu. |
5 comments
terpukau melihat ukiran2 yang ada..betapa teliti dan berbakat orang yang membuatnya.
BalasPadamGah sungguh seni bina madrasahnya.
BalasPadamYelah, ramai sungguh pengunjung. Memang susah nak ambil gambar.
cantiknya jalinan jalinan yg terbentuk tu kak.. ukiran
BalasPadamUnik klasik senibina nya di sana. Patutlah ramai pengunjung sebab madrasah/kolej terbesar. Sebelah pula masjid utama. Cantik semua foto Kak Amie.
BalasPadamMacam mana lah orang zaman dulu bisa membuat ukiran sebaguuuus dan sedetiiil itu ya kak. Mengingat teknologi pun belum maju. Takjub saya.
BalasPadamDan ini masih dipakai hingga kini sebagai madrasah yaa. Hanya saja beberapa part terbuka utk umum , betul tak?
Menariiik sangat semua seni bina di marocco ini. Saya sukaaa. Apalagi kalau berjalan2 di lorong2nya, dengan diapit bangunan kiri kanan lalu jalanan terbuat dari bebatuan. Macam masuk ke lorong waktu