Jemaa el-Fnaa : Pasar Berber @ Souk Terbesar di Maghribi

6:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang pukul 11:00 pagi, kami sudah berada di pintu masuk salah sebuah pasar @ souk di Old Medina, Marrakech. Marrakech memiliki dua bahagian utama iaitu Old Medina dan kota moden. Selain dinamakan Mutiara Dari Selatan, Marrakech juga dihgelar Bandar Tembok Merah dan Bandar Batu-Bata. Marrakech adalah bandar keempat terbesar selepas Casablanca, Fez dan Tangier.

Terdapar ratusan kedai di Old Medina. Pasar @ souk yang wujud sejak abad ke-11 ini sungguh meriah dengan pelbagai barangan seperti perhiasan rumah, peralatan memasak, barangan tembaga, permaidani, barangan penjagaan diri, barangan kulit, pakaian dan 1001 barangan lain. Tidak cukup satu hari untuk menamatkan lawatan ke tempat ini. Namun apakan daya, kami hanya pengembara kerdil yang perlu mematuhi waktu dan arahan yang diberikan.

Jom terokai Medina of Marrakech, Tapak Warisan Dunia UNESCO, kita layari deretan kedai yang tidak berkesudahan yang menjual segala-galanya! 





Mari kita mulakan langkah untuk lebih memahami degup jantung Marrakech!




Berjalan di lorong sempit berlantaikan susunan batuan yang kasar, terasa berada di abad ke-11. Bukan sahaja pejalan kaki yang melaluinya tetapi termasuk kenderaan seperti motosikal juga ditunggang beriringan dengan kami samada menyongsong atau menyongsang.


Seorang wanita Maghribi sedang menunggang motosikal di lorong menuju ke pasar @ souk. Souk (dalam bahasa Arab) bermaksud pasar.


Lelaki Maghribi memakai djellaba iaitu sejenis jubah labuh dan longgar yang biasa dipakai di Afrika Utara terutama pada musim sejuk.



Beginilah antara pemandangan di pasar. Para peniaga mempamerkan barangan jualan di bahagian luar kedai mereka. Ini memudahkan pelancong atau pembeli melihat barangan tersebut dari luar.













Dari satu lorong ke satu lorong kami seret kaki. Kalau berjalan sendiri memang boleh sesat! nampak macam sama saja lorong-lorong yang dilalui tetapi kalau diteliti, sudah tentulah berbeza berpandukan barang niaga yang terdapat di setiap hadapan kedai.




Banyak kali juga kami berpapasan dengan penunggan motosikal.


Ada juga yang menunggang basikal.




Nun di sana.... nampak seperti keldai.



Ya, betul! Memang keldai dengan tuannya. Mungkin membawa barang niaga.


Sayangnya, sesekali terbau aroma najis keldai di jalanan. Oh, kena tutup hidung!


Ini kenderaan nama apa pula?


Oh, tuk tuk pun ada. Eh, bukan tuk tuk tapi tok toklah pula namanya.





Jom kita teruskan aktiviti cuci-cuci mata. Nampaknya belum ada yang memulakan aktiviti cuci poket!











Mata memang asyik memandang pinggan seramik dan juga lapik gelas di bawah ini. Cantik! jadi, mulalah berangan untuk membelinya nanti.



Sesekali merenung pula pemandangan di atas!


Memang layan kaki sajalah untuk berjalan  di souk yang menjadi syurga untuk membeli-belah ini. Comel-comel pula kasut kulit yang kecil di bawah ini.






Ada sesuatu yang sangat menarik di souk. Di penghujung pengembaraan dalam pasar ini kami sempat melihat sendiri keadaan di kedai-kedai pengusaha barangan kulit seperti pembuat kasut, gendang, beg dan sebagainya.




Selain berniaga, mereka memiliki kepakaran membuat barangan berasaskan kulit.




Pengusaha barangan kulit sedang memproses bahan untuk dijadikan produk seperti kasut, beg dan seumpamanya.


Antara barangan kulit yang dihasilkan di tempat niaga.




Kasut dan selipar ini bukan dihasilkan dari kilang tetapi dihasilkan menggunakan tangan!


Memang rasa kagum dengan bakat dan kesungguhan mereka! 





Setakat ini sahaja dahulu perkongsian lawatan membeli-belah di souk Marrakech yang unik di Old Medina. Ketika langkah kaki terhenti di pintu keluar, barulah tersedar diri ini baru sahaja bertemu budaya yang berbeza. Rasa kagum dapat menyelami  suasana kesibukan pasar raya yang meriah dengan tukang-tukang tempatan mempamerkan hasil ciptaan terbaik mereka, daripada permaidani tenunan tangan dan barangan kulit yang direka dengan rumit kepada tanglung yang berkilauan dan barang kemas yang indah. Terasa di setiap kedai yang dilewati, suasananya menceritakan kisah warisan Maghribi seakan-akan mengalu-alukan kedatangan kami untuk menerokai keaslian dan kesenian di sebalik setiap barangan buatan tangan mereka!

Nanti kita sambung cerita lagi,


2 comments

  1. Tok tok itu kalo di sini sebutnya Bajaj 😄. Masih ada di JKT, walaupun tak boleh masuk jalan utama. Jadi hanya jalan2 biasa jakarta.

    Memang tak bisa keluar kalo saya sendiri jalan di sana. Dah lah saya buta arah 🤣🤣.

    Tapi pasarnya menariiik kak. Nampaknya kalo nanti ke marocco saya nak pergi mandiri saja, tak mau travel, supaya puas eksplor kota2 nya ❤️❤️❤️. Terlalu cantik dan menarik juga banyak sejarah tempatnya. Favorit saya trmpat2 seperti ini

    BalasPadam
  2. Kat sini macam masuk terowong masa kan?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe